Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 17 Jun 2016

Pengalaman bersalin anak sulung


Assalamualaikum w.b.t
Ibu terlebih rajin nak update blog harinie, sambil pangku anak tengah menyusu,
Tangan sebelah menaip...hebat kan kalau dah jadi mak mak nie.
So, harinie nak cerita pengalaman melahirkan zuriat yang pertama.
Kalau tak taip sekarang takut nanti lupa pulak, al-maklumlah lepas bersalin banyak urat yang putus.

So, kita cerita kejadian seminggu sebelum bersalin, sangat tragis..hahaha
Bila ingat semula kelakor plop. Saya nie sangat sukakan binatang dan tak takut binatang, memang famous sebagai penangkap tikus yang berjaya.keh3
Seminggu sebelum bersalin ada tikus terperangkap dalam tandas,bermulalah misi menangkap tikus menggunakan tangan ye, cuma lapik pakai plastik untuk protection...misi berjaya yang tak berjaya tercedera digigit tikus di jari, masyaAllah darah jangan cakap lah mencurah-curah keluar. Disebabkan pregnant ayah terus bawak g KPJ, nasib baik ada Prudential medical card, caranya pay n claimed. So, bil hospital adalah FREE.
Tak pasal-pasal kena cucuk di lengan..sakit oooo

Apa tanda-tanda sebelum bersalin? Saya tak turun tanda pape, tengahari tu ayah balik hantar makanan, 'Nasi kandaq' tuhhhh, ayah cakap kawan ayah belanja, kawan ayah bersungguh-sungguh nak belanja orang pregnant. Makan lah nasi tu dengan penuh selera sampai abis.
Elok habis je, dalam 5minit tetiba perut sakit sangat-sangat-sangat.Tahan lagi n fikir mungkin nak terberak kot sakit perut nie, tapi sakit tu bertambah-tambah sampai kepala pening rasa loya, pastu tetiba rasa nak muntah, bermula lah episod muntah tanpa terkawal. Memang muntah berkali-kali sampai perut kosong, perut pulak sakit teramat sangat.
Dalam sejam jugak menahan sakit, akhirnya call ayah ajak g hospital.

Sampai hospital terus ke wad bersalin, diorg suruh salin baju pink hospital yang comel tu, kemudian kena cek laluan, bukaan dah 2cm, kalo ikutkan 2cm untuk anak pertama mau 2-3hari baru beranak, disebabkan ward banyak katil kosong, tak pasal-pasal kena tahan, yang ajaibnya petang tu tak sakit langsung perut, main acah-acah je. Bermalam lah di ward, doc datang cek Laluan untuk kali kedua, sebelum nie nurse yang cek, takde sakit sangat, rasa tak selesa je. Turn doc cek masyaAllah sumpah sakit sangattttttt, doc cakap 'bukaan masih lagi 2cm, saya bantu bukakan sikit eh.' Mak aiii tu bukan bantu tapi menyiksa zahirku. Doc gtau esok kita tengok bukaan macam mana.
Aritu jugak gtau suami suruh balik penang, suami sampai malam pukul 11 tapi tak boleh jumpa sebab bukan waktu melawat.

24/6/2016-30/6/2016 (warded)

Esok pagi bangun nak mandi n solat subuh, saya tengok panties penuh darah, patut sakit cek laluan tu tak hilang, rupanya dah cedera bahagian dalam, memang sakit sangat-sangat.
Lepas bersihkan n g solat (selagi tak beranak n keluar nifas, selagi tu diwajibkan solat walaupon tengah sakit or ketuban dah pecah) doc panggil sekali lagi untuk cek laluan, waktu nie rasa dunia gelap seketika sebab dah fobia cek laluan, dengan luka bahagian dalam masih lagi sakit. Tapi terpaksa serah diri, kali nie rasa macam nak terajang je doc tu, (maafkan saya menggunakan bahasa tidak sopan), sakit cek laluan kali nie rasa macam nak meronta-ronta, kesakitan tahap maksimum...hahhhh amek kauuuu
Doc siap cakap' sabar puan, tahan sikit',masalahnya sakitttt. Malangnya bukaan masih 2cm, takde progress. So, doc suggest esok kalo bukaan masih 2cm diorg nak masukkan ubat induce. Terpaksa bermalam lagi di hospital.Harinie best sikit sebab dapat jumpa suami, sepanjang waktu melawat suami temankan. Macam-macam cerita kongsi dengan suami, yelah last jumpa waktu suami hantar balik penang, waktu tu baru 33weeks, dekat sebulan lebih jugak tak jumpa suami, rindu sangat-sangat. 

Jam pkul 6.30 pagi, nurse datang gtau suruh bersiap sedia untuk masukkan ubat induce, dunia gelap sekali lagi sebab ubat tu akan dimasukkan melalui kemaluan. Saya bangun siapkan diri semua, pukul 7.30 pagi nurse panggil nama untuk cek laluan, saya perati takde pon doc pmpn semalam dalam bilik tu, yang ada sorang lelaki, tak kan doc nie kot yang cek laluan..ye memang doc tu yang akan cek laluan, nak taknak memang kena sebab doc lain masuk pkul 8pagi. Bermulalah benda paling ngeri iaitu cek laluan, ajaibnya doc lelaki nie cek langsung tak sakit, doc pon cakap, 'ok xperlu induce, bukaan dah 4cm, awak g sarapan dulu, siap barang untuk masuk ke labour room'. Walaupon bukaan dah 4cm tapi saya langsung tak rasa sakit, sakit kena seluk dengan doc perempuan tu lagi sakit.
Nurse suruh sediakan pad bertali 2pcs, 'alamak saya tak beli pulak pad bertali tu'. Akak sebelah katil sangat baik hati, dia cakap 'adik takpe, amik je yang akk, akk bawak banyak'..Alhamdulillah terima kasih kak, kita tak sempat kenal sebab elok akak masuk saya dah kena masuk ke labour room. Nurse pon datang hantar air susu segelas dan mee goreng untuk sarapan pagi. Saya pon makan sampai habis takut dalam labour room nanti lapar.Peraturan dalam labour room takleh makan n minum.

Bermulalah pengalaman duduk didalam labour room selama 7jam. Masuk labour room jam 8pagi. Elok masuk je labour room, kena tanggalkan semua pakaian dan pakai baju bertali tanpa ikat, barang kemas semua kena bukak. Alat monitor jantung baby (CTG) diletakkan di perut. Disebabkan saya pembawa GBS+, antibiotik diberi melalui drip. Kemudian datang lagi doc untuk pecahkan ketuban. Doc gunakan stick plastik panjang masukkan kedalam kemaluan, tetiba pop terus rasa air panas mengalir dengan laju. Setelah antibiotik habis, diorg datang cek laluan lagi, nurse siap cakap lagi 'kenapa saya tengok hang nie macam tak sakit langsung ja, selalunya lepas ketuban pecah akan datang sakit contraction at least sikit, hang nie macam rilex ja'..masalahnya memang tak rasa sakit langsung, rasa mengantuk adalah. Laluan masih lagi 4cm padahal waktu tu dah pukul 12.30 tengahari.
So,  dengar diorg bincang pkul 1.30 petang diorg nak induce melalui drip. Pkul 1.00 tetiba sister datang bawak cawan, katanya mak kasi air akar fatimah suruh minum, kebetulan sister tu kawan mak boleh lah diorg seludup air masuk, kalo ikutkan memang doc tak kasi minum air selusuh ke apa. Tapi minum dah lewat, lagi setengah jam je lagi nak kena induce memang takde kesan papelah. Sepanjang dalam labour room memang ngeri dengar orang lain beranak, siap jerit-jerit lagi. Terus hati rasa nak menangis, tambahan pulak dengan suasana macam tu, dah la first time beranak takde pengalaman. Bila dengar je suara baby n bapa dia azankan lagilah rasa sayu sangat. Belom lagi dengar orang depan kena induce, menjerit-jerit panggil nurse gtau sakit..sakit..sakit. Saya tak kena lagi waktu tu, lagilah rasa seram ya amat. Nurse datang sekali lagi untuk keluarkan air kencing, part nie memang nyilu sebab getah panjang dimasukkan melalui saluran kencing, panjang kot. Nurse tekan-tekan pundi kencing untuk keluarkan. Dua kali kena, sekali lagi semasa tengah teran..fuhhh

Tepat jam 1.30 petang, nurse datang pasangkan drip untuk induce, redho je dan berharap janganlah jerit-jerit macam akk depan tu. Setelah dipasang dalam 1 jam baru rasa perut sakit ala-ala senggugut, tapi kesakitan tu 15minit sekali, kemudian masuk jam kedua kesakitan mula kuat, 5minit sekali, masuk je jam ketiga, masyaAllah kesakitan yang tak dapat digambarkan dan kerap, sampai menggeletar badan tahan sakit tapi mulut diam. Pegang je besi katil sekuat yang boleh sebab sakit sangat, cuma dalam hati sentiasa baca doa mudahkan bersalin. Nurse pon datang cek, 'kenapa diam sangat, tak sakit ka?', saya pon cakap 'sakit sangat dah nie'. Nurse pon panggil doc, doc cek laluan dah 7cm-8cm, dia pon tak sure, terus doc cakap ' ok, panggil suami masuk, dah bole siap sedia untuk teran', Akhirnya suami masuk rasa bersemangat sikit. Bermulalah adegan sorak menyorak, lebih kurang 4 orang bidan dan 2 orang doc bagi semangat untuk teran. Waktu tu rasa mengantuk sangat plus perut sakit sangat, ternyiang-nyiang suara kiri kanan telinga, suami bagi semangat ' syg kuat, syg boleh, teran syg..sikit lagi, teran lagi syg', doc pulak ' teran panjang-panjang, curi nafas teran lagi, good lagi teran lagi', bidan pulak ' teran macam nak berak sembelit tu, teran kuat-kuat, panjang-panjang, bukak mata jangan tidoq'.
Maybe sebab pendarahan, rasa lemah, mata macam nak terlelap, nurse siap suruh suami basuh muka. Setiap kali sakit, saya berusaha untuk teran, akhirnya bila kepala baby saya dapat sentuh, terus rasa kekuatan datang untuk teran lagi dan lagi tapi dalam keadaan mengantuk dan akhirnya keluarlah anak ibu putih melepak, menangis kuat.Syukur Ya Allah.
Nurse potong tali pusat dan tanya baby apa, baby boy ibu yang comel.
Hilang segala kesakitan, elok nurse letak atas dada terus berhenti menangis, suami pon azankan zuriat kami. Terima kasih abang sentiasa ada untuk syg.

Part kena jahit tu ngeri jugak, jahit di bahagian dalam tak rasa apa sebab diorg cucuk ubat kebas, bahagian luar bole rasa satu-satu isi kena cucuk..dah lah luka banyak sebab terkoyak, banyak pulak jahitan kena..redho.
Baru rasa begitu besar pengorbanan emak lahirkan anak, terus terbayang macam mana diorg anak sampai 16 tu, myb diorg beranak mudah, rasa nak beranak baru datang hospital rasanya.hehe
Trauma jugak rasanya beranak sulung nie, tapi kalo ada rezeki lagi saya terima sebab beranak memang sakit, memang takleh lari dari sakit. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk merasai bersalin secara normal walaupon terpaksa di induce.
Sambungan next entry, di tahan di ward selama seminggu.

Kesian anak ibu, lahir-lahir muka bertanda, harap-harap bukan tanda kekal n besar nanti hilang..aminn



Jumaat, 27 Mei 2016

Assalamualaikum dunia


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan rezeki paling terindah ini,
Setelah 1 tahun 8bulan saya ber 'TTC' akhirnya zuriat yang ditunggu-tunggu telah pon hadir.
Segala pahit getir sepanjang mengandung 9 bulan berjaya saya tempuh dengan tabah,
Genap 38minggu 1 hari lahirlah putra kesayangan kami,
Pengalaman indah yang tak dapat dilupakan,
Saya masih lagi ditahan di ward disebabkan baby kuning,
Doakan anak ibu cepat sembuh sebab ibu dah tak tahan duduk ward lama-lama, huhu
Sedih sangat rasa sebab tak dapat peluk cium suami lagi sejak dia balik selasa lepas.
Dah 5 hari ditahan di ward nie, nak balikkkk..huaaaaa
Kesian mak ayah dan suami, ulang alik dari rumah ke hospital setiap hari.
Sedihhhhhhh

Elman Waseem bin Mohd Kamarul Afiq nama diberi, bermaksud berilmu dan segak, semoga anak ibu menjadi insan berguna yang membanggakan ibu ayah kelak.
Lahir pada 26/5/2016 (Khamis)  jam 4.26 petang secara normal, seberat 3.23kg.
Alhamdulillah Ya Allah.


  Update: 

Setelah seminggu berada di ward, emosi saya sangat-sangat terganggu, yelah anak sulung, sakit beranak tak abis lagi dah kena tahan ward bersama baby, kena jaga baby dalam keadaan sakit, hanya tuhan je yang tahu perasaan waktu tu, air mata mudah sangat jatuh.
Saya nekad merayu pada doc untuk keluar jugak dari ward, pada mulanya doc berat hati untuk lepaskan ktorg keluar sebab bacaan kuning baby belom betul-betul stabil. Tapi dah kalau tiap-tiap hari mintak, doc akhirnya akur.

Perasaan waktu tu syukur sangat, bole balik rumah rasa sangat-sangat lega.
Dapat jumpa suami, mak ayh bole tolong jagakan baby.
Duduk di ward langsung tak keluar susu, sebab dalam keadaan yang stress, susu pon keluar setitik gitu, dapat balik rumah amik kauuu meriah sangat-sangat.

Walaupon sekarang sudah hari ke 12, Alhamdulillah bacaan kuning baby El semakin hari semakin baik, semoga anak ibu ayoh cepat sembuh ye. Nanti kita nak balik Kuantan pulak jumpa tokwan dan tokki. Sambung berpantang dan raya disana.
Raya kedua kita balik penang pulak untuk majlis akikah awak.


Isnin, 23 Mei 2016

Pregnancy journey: Ujian MGTT & Ujian BSP


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih lagi rajin untuk update blog,
Kandungan berada di minggu ke-37 dan 5hari.
Sayang ibu taknak keluar lagi, cepat lah keluar sayang, tak sabar nak gomol awak.
Buat masa sekarang nie makan sangat lalu, berat pon naik dengan jayanya.
Dah baca tajuk mesti dah tau kan saya nak share pengalaman apa.

Ujian MGTT ( Modified Glucose Tolerance Test) atau dikenali sebagai ujian kencing manis (minum air gula). Sejarah family, mak ayah takde pon kencing manis. So, ingat terlepaslah daripada minum air gula, tapi disebabkan makan lalu, berat naik daripada 45kg-59kg (semasa 35w) sekarang dah 60kg (37w), doc arahkan waktu 35w kena buat ujian MGTT nie..oh maiiiiii memang berat hati sangat nak buat.Puncanya, berat naik mendadak.

So, semasa 35w saya dah balik ke penang, sambung buat pemeriksaan mingguan di penang. Sehari sebelum ujian, start pkul 10 malam kena berpuasa sampai lah esok hari. Esoknya pkul 7.45 pagi saya dah tercegat depan klinik untuk amik darah, setelah darah diambil, nurse akan kasi secawan air gula suam untuk minum, tips minum air gula, minum dengan sekali nafas, jangan minum sikit-sikit nanti terasa sangat. Dengan sekali teguk habis saya minum, lupa pulak bawak air masak untuk bilas lidah, terasa sampai ke tekak manis. Lepas minum air gula mula lah kepala pening dan terasa loya..nasib baik tak muntah. Untuk amik darah seterusnya kena tunggu 2 jam, disebabkan ayah yang hantar g klinik, saya pon tunggu jelah dalam klinik, kalau datang sendiri dah lama balik tido..hahaha

Seminggu kemudian, dapat call dari klinik, naik je no dah agak dah mesti result air gula tak lepas, memang betul pon, bacaan selepas minum air gula lebih dari normal. Tapi saya akui sepanjang pregnant saya memang berselera, makan nasi kadang-kadang sehari 3pinggan, plus suka makan manis-manis, stok ice cream, coklat mesti sentiasa ada dalam peti. Makanan masam saya kurang. Disebabkan gaya pemakanan tak sihat, pantang nampak makanan kang dah kantoi. Terpaksalah buat Ujian BSP (Blood Sugar Profile).

Ujian BSP nie pulak, sekadar amik darah dihujung jari, berbanding ujian MGTT amik darah satu tube di pelipat lengan. Ujian BSP perlu diambil sehari 4x, memang kerja saya ulang alik g klinik lah, alat BSP tu boleh je beli di farmasi, takdelah mahal sangat dalam rm 100++. Tapi disebabkan kandungan dah 36w waktu tu, macam tak berbaloi nak beli, sebab ujian nie kena repeat 2 minggu sekali..dah dekat nak beranak dah. Macam biasa sehari sebelum, start pkul 10 malam kena puasa, pukul 8 pagi g klinik amik darah dan tengok bacaan gula, next pukul 12 tghari, so sebelum pkul 12 kena puasa 3jam, lepas pkul 8 tu boleh lah nak sarapan. Kemudian pkul 4.30ptg dan 10malam, yang penting 3 jam sebelum amik darah kena puasa, rutin makan teruskan macam biasa. Disebabkan banyak membaca pengalaman orang dalam blog, hari ujian BSP dibuat, jangan sentuh nasi langsung dan makanan or minuman manis, saya makan protein dan sayuran sahaja plus minum air kosong. Result keempat-empat test bebas kencing manis...haha

Tapi ujian BSP nie kena repeat 2minggu sekali, next 31/5/2016 nanti, harap-harap sebelum 31hb baby dah keluar.aminnn
Rutin mingguan bila masuk trimester ke-3, kena ulang alik g klinik seminggu sekali.
Malas betul rasa tapi demi anak, ibu sanggup tau sayang. Harinie g cek perut macam biasa, semuanya normal, nurse gtau kepala baby dah masuk laluan antara tulang pelvis, maksudnya baby dah engaged, dah bersedia untuk keluar..Alhamdulillah, bertambah excited ibu tau. Tapi belom turun tanda-tanda or sakit, kita tunggu jelah.
Disebabkan ujian MGTT tak lepas, saya dikategorikan sebagai pre- diabetes, so bila kandungan cukup 40w baby taknak keluar lagi terpaksalah induce. Sebabnya doc takut baby besar dan susah nak teran. Last scan 35w berat baby dah 2.6kg..sihat betul sayang ibu nie.

Ramai yang tegur sekarang muka manis n nampak berseri-seri..mengandung anak perempuan ke?
Diorg tak tau sebelum masuk 3rd trimester muka memang disaster dengan pelbagai masalah kulit, cakap je, kulit jerawat, jerawat batu, jerawat pasir, jerawat nanah, kulit kering, kulit berminyak, kulit kusam sampai nak keluar rumah malu n malas. 
Bukan setakat dimuka, dibadan, leher, dada..masyaAllah banyak.
Tup tup masuk 3rd trimester semuanya hilang, macam magic.
Tuan badan pon perasan jugak, sekarang muka nampak glowing n manis (lempang sedas sebab perasan..kah3)

Selain tu, masalah yang tak berkurang-kurang adalah alahan pada kulit kaki, gatal teramat sangat, punya lah garu pakai sikat sampai berparut-parut kaki. Nasib badan.
Semasa 34w nurse puji, molek perut takde pecah (bangga kejap) sekarang masuk 37w ++ amik kau, rasakan kulit pecah everywhere...hoyehhh
Sapu minyak kelapa dara pon tak jalan. Lepas bersalin kena sapu ubat parut di kaki dan perut, malu dekat suami tengok isteri banyak sticker..hehe

Doakan saya mudah bersalin, anak sihat, sempurna fizikal dan mental, ibu pon sihat.
Cepat keluar sayang, minggu nie tau..hehe bole pulak pujuk baby suruh keluar cepat.
Semoga segala urusan dipermudahkan. aminn



Khamis, 5 Mei 2016

Pregnancy journey: Maternity photoshoot



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, kandungan sudah berada di minggu ke-35,
Nervous teramat sangat sebab kebanyakkan beranak sulung pada minggu ke-37.
Mak pulak beranak sulung minggu ke-38.
Ya Allah, permudahkanlah proses bersalin aku nanti.aminn
Saya memilih untuk bersalin di Penang, kampung halaman tercinta.
Saya akan bersalin di Hospital Bukit Mertajam, InsyaAllah.
Kerajaan sahaja sebab eden tak mampu swasta, belom ada rezeki lagi.
Dah soal siasat 2-3 orang, semua cakap bersalin di Hospital Bukit Mertajam, bidan perempuan yang sambut kelahiran..Alhamdulillah.
Semoga Allah s.w.t memelihara auratku.

Dalam banyak-banyak trimester, bagi saya, trimester ketiga paling mencabar, sebab trimester pertama saya kurang alahan, masih kuat lagi nak buat kerja dan uruskan rumah tangga. Sepanjang trimester ketiga nie, badan mula sakit, tido tak selesa, kejang otot, pedih ulu hati..saya bukan merungut tau tapi gtau perkara sebenar.
Paling tak best bila tido malam, pusing sini tak kena, pusing sana tak kena..kalau tido terlentang mulalah sesak nafas, sekarang nie paling tak selesa sakit belakang hingga ke tulang pinggul..sakit teramat-amat. Makan pon tak berapa selera. Bagi saya, trimester kedua adalah waktu yang paling selesa, bertenaga dan nafsu makan macam dinasour.Bersabarlah demi anak tercinta.
Lagi beberapa minggu je lagi ibu nak tengok awak sayang. Ya Allah peliharalah anak yang berada di dalam kandunganku dan selamat dilahirkan..amin.

Dua tiga hari nie perut terasa sakit-sakit macam senggugut plus sembelit, cirit-birit dan perut sentiasa mengeras, memang sakit, hanya tuhan je tau.
Daripada sumber pembacaan, itu adalah latihan contraction atau dikenali sebagai braxton hicks.
Selalu terjadi pada usia kandungan 34-35weeks.Mungkin macam nie kot rasanya sakit nak beranak...huhu
Jangan keluar lagi sayang, tunggu awak betul-betul matang baru keluar tau.
Alhamdulillah, hari nie g cek perut semuanya okeh cuma hb pulak low kurang 0.3 je untuk ke normal. Hari ini dalam sejarah hb low, sebelum-sebelum nie bacaan semua cantik.
Takpelah, mungkin cara pemakanan kot tak betul..hehe

Tujuan utama entry nie nak cerita pasal maternity photoshoot yang ktorg snap sebelum balik penang, masa tu kandungan baru 32weeks.
Saya paksa suami jadi photographer dan tukang edit gambar saya sendiri..keh3
Syok sendiri jelah, asalkan ada gambar disimpan buat kenangan.
Lokasi tempat biasa iaitu Pantai Sepat, port ktorg picnic n lepak.
Makeup sendiri, tempek itu ini sikit...siapppp

 Tengok apa tu kak..hehe

 Gambar dari pandangan depan nampak macam tak pregnant.

 32weeks, comel sangat perut..perhatikan hidung kembang mekar, orang cakap itu tandanya anak lelaki..apa-apapon kita tunggu nanti..jeng...jeng..jenggg

 Anak ibu dan ayoh..baby EW, InsyaAllah

 Semua orang tak percaya waktu nie dah 7 bulan ++ sebab perut kecik sangat.
Takpe, asalkan anak ibu sihat.

Doakan semoga ibu dan baby selamat, dipermudahkan urusan bersalin..aminn

Terima kasih, sayang awak sangat-sangat suamiku sebab sanggup snap gambar gedik isterimu ini, keh3. Tak pernah merungut apa yang saya nak makan, kadang-kadang tengah malam saya lapar, awak ajak keluar makan. Saya order itu ini ikut tekak saya, awak bayarkan. Tolong kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju, sidai kain waktu saya tak larat dan saya tau awak pon penat jugak sebab baru balik kerja..maafkan isterimu.
Nak senaraikan kebaikan suami memang tak habis la jawabnya.
Semoga anak kita menjadi insan yang berguna dan taat pada Allah, ibu n ayoh.

Terima kasih banyak-banyak kepada ayah dan mak yang banyak korbankan masa dan wang untuk menyambut cucu sulung, murni tau mak dan ayah sangat excited.
Murni nak apa semua mak ayah bagi, nak makan apa semua mak ayah belanja.
Tak terbalas jasa mak ayah dari kecik sampai sekarang membesarkan dan memanjakan murni. InsyaAllah murni akan jaga mak ayah sampai tua..Doakan anak dan menantu mak ayah berjaya dunia dan akhirat.Murni sayang mak ayah..sob..sob..sob

Counting days..


Khamis, 14 April 2016

Pregnancy journey:Sesi mendobi baju baby



Assalamualaikum w.b.t
Saat paling dinanti-nantikan, membasuh baju baby,
Excited terlebih, biasalah nak berubah status kan.
Disebabkan saya banyak beli barangan berwarna putih, so terpaksalah buat 2 trip membasuh, trip pertama basuh baju,kain putih-putih dulu, rendam dalam 15minit dan bilas.
MasyaAllah baru satu trip rasa macam nak tercabut pinggang nie tau.
Tak sangka pulak bole jadi macamtu, nampak sangat dah takleh nak lasak-lasak bila masuk trimester ketiga nie..cepat mengah pon ye.
So, trip kedua saya postpone selama 3 hari disebabkan dah tak daya nak basuh.
Gigih sangat ibu nie basuh tangan tau.
Untuk permulaan je basuh tangan, nanti masukkan dalam jaring berzip, campak je masuk mesin basuh..senang..hahaha

Saya gunakan pencuci Pureen ABD, sangat wangi dan bau lembut.
Mahal jugak saya beli 1 botol kecil RM 21.90.
Sebab baca dari blog ibu hamil yang lain rata-rata beli dengan harga bawah RM 20.
Rasanya tahan untuk 2-3bulan sebab baju baby kecik je.

Hasil basuhan trip pertama, saya nie terlampau suka black n white,
Abis baju, bedung, barut ibu beli black n white untuk awak.
Separuh nyawa melayang sebab penat sangat mencuci..keh3 (drama sangat)
Waktu nie tak beli lagi hanger kecik, so pakai lah hanger besor.

Next, trip kedua basuh baju berwarna pulak.
Ikutkan sikit je baju baby yang saya beli, cukuplah kan, nanti lepas baby keluar baru shopping banyak-banyak. Yeayyy dah ada hanger kecik, murah pulak tu.

Jemur jangan tak jemur, banyak romper sebenarnya..hehe

Selesai bab membasuh, bab melipat pulak, asingkan barang yang nak disimpan dan barang untuk masukkan dalam beg hospital.

Sukanya tengok baju baby.....comellllll.

Barang-barang untuk dibawa ke hospital, semangat siapkan awal-awal.
lagi awal lagi bagus kan.
Barang untuk labour room, saya masukkan dalam plastik asing..senang suami nak amik nanti.
mana tau gelabah bini nak bersalin.

Selesai sudah semuanya, lega rasa, selagi tak cuci, selagi tu rasa tak senang duduk.
Sebelum tu, nak cerita sikit bab membeli besen mandi dan towel mandi,
Sebelum nie survey di kedai Manjaku, ingat nak beli situ je sebab senang, sekali tengok harga besen, mak aiiiii mahalnya RM 39.90 saiz kecil, RM 49.90 saiz besar, towel mandi pon sama, ada 2pcs dalam 1 pack RM 16-18.
Bukan kedekut tapi macam tak berbaloi lah nak beli, sebab banyak lagi barang kena beli.
So, saya decide nak beli besen mandi IKEA je baru RM 19.90, cantik pon cantik tapi, banyak betul tapi..hehe tapi bila entah nak g IKEA.

Satu hari tu keluar jalan sorang sebab bosan sangat duduk rumah, singgah kedai COWBOY, kedai nie memang best cuci mata, dah macam poket doremon, nak apa semuanya ada.Harga sangat murah dari kedai biasa.
Belek punya belek barang terjumpa towel mandi yang sama, saiz sama,warna sama, kualiti sama tapi dijual dengan harga RM 4/pcs, apa lagi belilah 2pcs warna hijau n peach.
Sebelum nie dah beli towel pureen yang tebal sehelai, so cukuplah 3pcs towel mandi.
Besen pulak ada pelbagai jenis warna, saiz dan harga. Bermula dengan RM 13.90- 17.90.
Saya beli besen mandi yang berharga RM 15.90..sangat berpuas hati..jimat duit aku.


Memula ingat nak ambik warna hijau tapi baby blue pon cantik..pegang letak, pegang letak, lastly baby blue menjadi pilihan, payah betoi lah, nak beli besen je pon.

Rasanya kelengkapan baby hampir lengkap, yang mana bole beli selepas bersalin postpone dulu, barangan sebelum bersalin 98% dah lengkap. Yang belum lengkap barangan ibu semasa berpantang nanti, beg pon tak kemas lagi, tunggu balik penang baru kemas.
Minggu depan dah balik penang tinggal lah suamiku di Kuantan..sob..sob..sob
Alhamdulillah, dengan segala nikmat yang Allah S.W.T beri, semoga anak ibu sihat, sempurna fizikal dan mental, doakan ibu mudah bersalin nanti.

8 weeks left :)

Ahad, 27 Mac 2016

Pregnancy journey: Shopping barang baby Part 2



 Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T kandungan sudah pon berada di trimester ketiga..aminn
Tinggal 10minggu je lagi, nebesnyaaa.
Semasa usia kandungan 28w 5d ktorg g buat 4D scan untuk tengok perkembangan baby dan jantina, tapi baby taknak tunjuk..huhu
malu-malu pulak dia.
Tunjuk muka pon sikit je, nak tengok celah kangkang bukan main aktif lagi macam tengah bersilat, tak dapatlah nak pastikan jantina baby. Saja nak surprisekan ibu dan ayah kan.
Alhamdulillah rezeki baby, kebetulan bulan nie Klinik Azzahra tengah adakan promosi sempena pembukaan cawangan baru, untuk 4D scan hanya RM 40, murah kan, siap dapat CD lagi.

Doc nie peramah dan comel, sy pulak diam seribu bahasa sebab nebes,,,hehe

Tengok tu, tunjuk muka sikit je, hidung awak macam ayah lah (hidung penyet)...keh3

Daripada ciri-ciri yang ada pada ibu, ibu syak awak boboy lah, sebab muka ibu banyak sangat jerawat plus sekarang nie hidung ibu asyik merah je dan kembang semangkuk..huduh benorr.
Perut ibu pulak kecik tapi tajam, ramai orang cakap daripada bentuk perut ibu awak boboy.
Doc di klinik kerajaan dah scan waktu tu 23weeks, doc cakap awak boboy, ibu pon nampak,
Tapi tak tau lah, kuasa Allah, lahir-lahir nanti gugurl ke..tapi ibu dah beli banyak baju boy, macam mana?? keh3
Buat masa sekarang nie tiap kali g scan dah 2 orang doc cakap benda yang sama, baby awak hyper active, please syg nanti keluar behave ye, takmo hyper active, ibu tak larat kejar nanti.

Awak membesar dengan sihat, last scan 28w berat awak dah 1. 2kg, tapi berat ibu dah 57kg (12kg naik dengan jayanya) ibu ke awak yang makan banyak nie. Tapi kan syg ibu risau sangat-sangat sebab ibu disahkan pembawa bakteria (GBS +).
Bakteria nie tak membahayakan ibu tapi membahayakan awak nanti, tapi bila doc dah sahkan ibu ada, lega sikit sebab diaorg dapat monitor kita dua..semoga anak ibu dapat bertahan sehingga 9 bulan tau dan selamat dilahirkan..kita sama-sama kuat tau syg, jangan cepat mengalah. Doc nasihatkan ibu supaya amalkan supplement garlic oil  atau lebihkan bawang putih dalam masakan. Harap-harap dengan cara nie dapat hapuskan bakteria jahat yang serang ibu.

Nasihat kepada bakal-bakal ibu, anda digalakkan membuat vaginal swab test (sample keputihan diambil menggunakan speculum /mulut itik dan kapas) dan dihantar ke makmal bagi mengenalpasti bakteria yang ada dalam vagina, tambahan bagi ibu yang ada masalah keputihan yang teruk macam saya. Selalu baca dalam blog, kebanyakkan cakap sakit bila masukkan speculum ke dalam vagina, realitinya "memang sakit", sampai menggeletar lutut eden, berair mata tahan sakit yop.
Padahal saya nie dikategorikan sebagai seorang yang lasak dan tahan sakit..tapi untuk kali nie tetiba lemah lutut.

Rezeki awak lagi syg, bulan nie 25-27march (Jumaat-Ahad) diadakan Today's baby expo di Zenith hotel, Kuantan. Ibu lah orang paling excited nak shopping barang-barang yang belom lengkap lagi.
Keterujaan melampau, sanggup pergi sorang-sorang first day sebab suami kerja, kononnya nak survey dulu sebab suami ajak g ahad, expo bukak pukul 10, pukul 11 dah sampai..keh3
Waktu nie orang tak ramai lagi, bole lagilah nampak barang daripada orang.
Dengar kata next day orang ramai gila sampai parking takde, tepi jalan semua penuh.
Biasalah tu hari sabtu kan.


Lastly, survey la sangat kan, kecundang jua akhirnya bila tengok baju, rompers, seluar,mittens, booties baby sangat sangat murah RM 5 /pcs.
Apa lagi, teruslah membelek-belek dan beli.
Semuanya jenama carter's, kain lembut dan sedap.

Hasil tangkapan first day baby expo:

Pampers drypers newborn RM 27 percuma 4pcs (beli 2pack RM 52 dapat freegift lagi)
Saya beli 1 pack je, sebab orang cakap baby cepat besar, nanti kena tukar ke saiz S.
Krim telon herba RM 35 (beli 3 RM 100) Tapi sy beli satu je sebab mahal..haha
Tissue basah disney 2pack besar RM 10 ( Murah kot sebab takde pengalaman..hehe)
Tissue basah disney kecil 2pack RM 4
Cotton bud disney 4pack RM 6
Barut baby RM 5/pcs (saya beli 6pcs)
Mittens,booties n topi RM 10/set (saya beli 2set)
Romper n seluar RM 5/pcs (saya beli romper 4pcs, seluar 2pcs)

Detergent pakaian (RM 21.90), nursing pad 4pcs (RM 10.90) kena tambah lagi nie,cotton ball (RM 5) n baby oil (RM 3.90) sy beli di kedai Manjaku sebab tak jumpa pulak dekat expo, atau ramai sangat orang sampai tak nampak barang..hehe

Ya Allah, suka sangat barut baby nie, kena sangat-sangat dengan taste saya,
Kononnya nak beli yang kosong sebab tak suka corak kartun warna-warni,
Sekali pergi tanya 2 booth, semuanya RM 10 untuk sehelai..corak or kosong sama je harga,
rasa macam mahal, jalan punya jalan jumpa satu booth nie jual RM 5/pcs,
 disebabkan tengah gilakan white n black, terus rembat 6pcs, saya prefer corak macam nie daripada kartun warna-warni.
Total barut baby semuanya 9pcs..sebelum nie dah beli 3pcs..cukup lah kan.

Dalam banyak-banyak barang, krim herba nie paling mahal RM 35/pcs, menangis tepi bucu.
Ikutkan orang dulu-dulu pakai minyak yuyi cap limau atau minyak telon untuk mengatasi masalah kembung perut baby, 
tapi ura-ura mengatakan tak halal. So, saya pon was-was nak beli, kebetulan krim herba tropika nie keluaran bumiputera dan dijamin 100% halal, pastu ada campuran minyak kelapa dara lagi..memang tertarik lah nak cuba.
Belilah satu, cukup kot untuk penggunaan 1-2 bulan.

Rezeki baby lagi, akak ipar ada kasi saya sterilizer Tommee Teppee for FREE..hehe
Akak ipar meniaga barangan Avent n Tommee Teppee (Original UK), ada botol susu, warmer, breastpump dan macam-macam lagi, harga sangat murah dari pasaran, bolelah usha Facebook: Special4youshop, nak COD boleh (bagi yang tinggal area Kuantan), nak beli online pon bole, harga termasuk postage pon still murah..jom..jom beli memang jimat.

Botol susu tommee tippee 5oz, beli daripada akak ipar.RM 25/pcs. Comel sangattt, geram lak rasa.

Nak tau tak, lepas je balik dari shopping barang baby memang malam tak bole tido. Kaki, pinggang, celah kangkang sakit sangat-sangat, perut pon rasa senak je..menyesal pulak g shopping sorang-sorang tapi bila tengok hasil belian terus tak menyesal, senyum sampai telinga sebab comellll.

Hari terakhir expo, saya pergi sekali lagi ajak suami, tujuan utama nak shopping rompers murah-murah, tapi dah tak banyak pilihan.
Hari pertama sempat lah rembat 4pcs romper dan 2pcs seluar. Hari terakhir beli 2pcs romper, 2pcs seluar dan 1pcs legging..murah..murah RM 5/pcs.
Inilah hasilnya apabila digabungkan..keh3

Macam tak percaya je harga 5 hinggit sebab nampak mahal.

Sebelum saya terlupa, terima kasih banyak-banyak abg E (abg kandung ye) atau Uncle E (panggilan anak buah nanti) sponsor ktorg duit shopping, semoga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki berlipat ganda, cepat-cepat kawen, tak sabar nak ada akak ipar. Alhamdulillah rezeki baby lagi.
Semua barang saya beli pakai duit abg kasi, tak usik sikit pon duit gaji saya..hehe
Untung jadi anak perempuan sorang dalam family, semua orang sayang..ye dokkk

 Bulan lepas mak ada hantar gambar, diorang dah siapkan tempat tidur baby,
Masa pregnant 2 bulan lagi ayah dah g tempah baby cot kayu pallet, masa tu rasa serba salah sebab mak ayah terlampau excited nak sambut cucu sulung, dalam 3 bulan pertama saya bole dikatakan setiap hari spotting, memang tak berharap lebih, tapi Alhamdulillah baby ibu kuat.
Jom tengok katil yang wan n ummi sediakan untuk awak,

Comelkan, mak dan ayah cakap baby cot nie untuk rumah penang, so sesiapa ada anak nanti bolelah guna, turun-temurun, yang pasti baby ibu rasmi dulu..hehe
Yang lagi pasti, ibu nak rembat tilam kereta tu bawak balik kuantan sebab comel, harap wan dan ummi beli baru untuk next cucu..hahaha

Sebenarnya kan syg, ibu ada shopping online nursing bra, nursing cover, blanket n soft toy untuk awak, tapi barang belom sampai..bila dah sampai ibu kongsi dekat sini eh..huhu
(Barang sensitive saya tak kongsi lah..haha)
Ingatkan dah abs shopping barang baby, rupanya ada lagi...keh3 syndrome mak-mak sangat.

Wahhh dah lama tak selfie (26 weeks),
Muka saya banyak jerawat tapi keluar rumah pakai foundation dah tak nampak.
Hidung sokmo merah, berminyak dan kembang..hehe


Rabu, 2 Mac 2016

Pregnancy journey: Shopping barang baby Part 1



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah Ya Allah, kandungan sudah masuk 26w 6d ( 6 bulan ++)
Membesar dengan sihat ye anak ibu, ibu dan ayah  sayang awak tau.
Lagi seminggu cukup 7 bulan,  ibu dan ayah nak buat 4D scan, nak pastikan betul-betul jantina awak, tak sabarnya.
Tinggal lagi 13 minggu sebelum bergelar ibu, pasti hari-hariku berwarna-warni dan semakin busy.
InsyaAllah, due date awal puasa, tak puasa sebulan lah nampaknya..huhuhu

Persediaan untuk barang baby telah dibeli sedikit demi sedikit,
disebabkan i cannot tahan tengok barang baby comel-comel, saya pon telah membeli seawal kandungan 5 bulan lebih
 ( nak buat macam mana tak tahan melawan nafsu)
Tapi, bole pulak saya beli barang tah pape, yang menjadi keutamaan tak beli lagi..tehee

Buat masa sekarang nie dah 3x saya shopping barang baby, dapat je gaji terus keluar g kedai baby, tak pon online seharian, beli melalui laman web luar. Nak tunggu suami bonus lambat lagi. So suami, sediakan duit yang mengcukupi untuk shopping barang baby di IKEA pulak ye..hehe

Ini batch pertama yang saya beli:

Boleh lah nak lepas gian,
 saya beli set mandian pigeon sakura ( travel set je, sebab baby bukan nak pakai banyak sabun), 
kelebihan jenama pigeon bebas paraben n coloring, sesuai untuk baby kulit sensitif.
1pcs towel pureen
 3pcs barut bertali pureen
 2set baju lengan pendek fiffy
2pcs baju lengan pendek
 4set mittens n booties (fiffy, pureen, pigeon)
3pcs stoking pureen

Ikutkan, barang-barang nie tak cukup lagi, kena tambah slow-slow. Kesemua barang nie dibeli di kedai barangan baby Manjaku.
( Harga lagi murah jika dibandingkan dengan supermarket)

Batch kedua nie shopping on9 tak hengat dunia:

Ohhhh diapers bag, sangat berpuas hati dengan diapers bag nie, dalam yang luas, banyak poket senang nak selit barang, tebal, kalis air, ringan, zip pon sedap,zip sebelah kiri khas untuk tisu basah, sebelah kanan untuk botol susu...rasa nak beli banyak-banyak pastu jual...keh3 
(Paling penting harga pon murah tauu)

Baju-baju dah bercampur, barangan on9,
 2 set seluar panjang n topi ( sengaja beli saiz besar supaya tahan lama)
2pcs jumpsuit yang comel untuk tidur malam (histeria tengok jumpsuit comel-comel rasa nak gigit je)
1pcs wondersuit (lengan baju dan seluar bole jadikan stoking)
2pcs bib (ponnn sangattttt comelllllllllllll)

Part paling histeria adalah lampin babyyyy, Ya Allah memang tak tahan tengok lampin bercorak nie dalam bahasa lebih proper 'muslin swaddle'..Kalo beli di Insta mau sehelai berharga RM 50 keatas.
Ohh, saya memang tengah gilakan corak fox (musang ye kawan-kawan bukan anjing).
Muslin swaddle nie bersaiz besar, tak silap saya 90x90cm (black n white) 120x120cm (fox)
Kegunaan kain nie bukan nak balut montot baby tapi jadikan kain alas, selimut, lap muntah susu, bedung baby, towel mandi dll. Rasanya nak tambah lagi 2pcs, ke dah cukup ada 4pcs???

Gerammmmmm, kenapa comel sangat nie, tambahan shopping 0n9.
1pcs Bakul baju kotor (nordic style)
1pcs Pine tree paper bag ( duduk dalam plastik lagi)
1pcs Bantal awan (sekadar hiasan baby cot nanti)
1pcs Baby blanket (bentuk musang)
4pair stoking corak musang (memang tak tahan sebab comel)

Contoh pemakaian stoking musang:

Comelkan, rasa nak gigit je betis tu. Lagi 2pair corak kaki musang tak jumpa gambar.

Batch ketiga shopping sikit-sikit je..hehe:

2set baju n seluar lengan panjang
(Putih fiffy dan corak hitam putih pureen)
2pcs romper (nak beli romper murah dan comel, bole beli di Pasaraya Giant, sekarang tengah promosi RM 7.99 harga asal RM 9.99 sehelai)

Shopping on9 lagi dan lagi
1pcs changing mat (Yang nie tak beli on9)
1pcs wondersuit (lengan baju dan seluar bole jadikan stoking)
1pcs newborn hat
1pcs bantal tidur yang super duper comell

Ikutkan hati semalam maunya beli 5pcs romper sekaligus tapi sebab g beli barang dapur pakai duit suami segan pulak nak mintak lebih-lebih, lepas nie kita g shopping romper banyak-banyak ye sayang, tunggu ibu dapat gaji..hehe tak sabarrr

Rasa macam nak open order untuk barang-barang diatas nie, tapi pre-order lah, sesiapa yang nak baru saya belikan, maybe project selepas bersalin nak bukak acc intashop (jualan barangan baby nordic style yang unique dan berkualiti) nantikannn

Saya dalam perancangan nak menghias bilik menggunakan warna-warna monochrome,
Dan sudah semestinya bilik tidur utama berkongsi dengan nursery baby,
Nordic style menjadi pilihan sebab penggunaan warna unisex, lelaki bole, perempuan pon boleh.
Habislah anak ibu nanti jadi model flatlay ibu..hehe (bersabarlah wahai anak)

Barangan nursery baby hold dulu, lepas bersalin baru mula mendeco.

Senarai barang yang belum dibeli (senang tulis dalam blog sebagai rujukan):

(Barang baby)
Romper newborn (sebab beli baju newborn tak banyak)
Mittens n bootties (tambah lagi 2set)
Barut baby (tambah lagi 5pcs)
Towel (tambah lagi 2pcs)
Detergent pakaian baby
Wet tissue
Newborn pampers
Nappy cream
Krim herba tropika
Cotton ball/ cotton bud
Baby oil
Besen mandi
Botol susu tommee tippee (2pcs)
Pencuci botol
Berus cuci botol

(Barang ibu)
Set berpantang shaklee
Pam susu lacte (beli lepas bersalin lah)
Nipple cream
Nursing pad
Nursing bra
Maternity pad
*macam nak beli nursing pillow (huhu, ada bajet lebih baru beli)

Boleh nampak kan, barangan yang teramat penting pon tak beli lagi dah sibuk g beli barang tah pape,
asal comel je beli..sebelum kandungan 8 bulan kena settlekan barang-barang yang penting terlebih dahulu. Doakan semoga baby sihat, sempurna fizikal dan mental, ibu pon mudah bersalin nanti.aminn


Selasa, 23 Februari 2016

Romantic picnic ( Pantai Sepat )



Assalamualaikum w.b.t
Kembali lagi menghupdate blog dengan cerita-cerita lama..keh3
Tujuan harinie nak kongsi idea picnic bagi mereka yang busy macam ktorg dan tak sempat langsung nak g holiday kemana-mana 
(duduklah dalam kuantan nie..bosannn)
Disebabkan mood nak holiday membuak-buak, laki bini pulak kerja sampai sabtu, ktorg cuma ada hari ahad je untuk berjalan-jalan, amik angin. ( macamnie lah nasib orang kerja sendiri).

So, jom kita ber 'romantic picnic' bersama yang tersayang, deco ala-ala omputih sikit,
Apa yang anda perlukan ialah kelambu nyamuk, tikar/kain putih dan bantal.
Makanan pulak terpulang pada masing-masing.
Kebetulan waktu nie amik tempahan kek, so ada extra kek coklat cheese kukus.
Then, saya decolah ikut suka hati..asalkan masuk perut kenyang jugak.

Lokasi berpicnic pulak, sangat dekat dari rumah, 5 minit pon dah sampai.
Kawasan rumah ktorg ada banyak pantai, tapi ktorg lebih suka pergi pantai sepat sebab view pantai yang cantik ala-ala overseas.
Beruntung duduk kawasan rumah dekat dengan pantai nie.

Cantik kan background pokok-pokok tu.

Suami saya memang pemalu orangnya.

Ktorg bawak buah mata kucing, kek coklat cheese kukus, air kosong dan air teh.

Gambar-gambar nie diambil sebelum tetamu ktorg sampai,hehe
siap jemput tetamu datang lagi lepak-lepak sampai lah ke petang,

Diharap dapat memberi inspirasi kepada pasangan lain untuk meluangkan masa bersama orang tersayang. Kalo buat photoshoot post-wed pon cantik jugak kan..tehee


Sabtu, 20 Februari 2016

Masakan: Roti gebu


Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian kali nie adalah cara-cara menghasilkan roti yang gebu gebas ala-ala kapas,
Doh roti nie adalah doh basic, boleh jadikan pelbagai jenis roti dengan menggunakan resepi nie.
Boleh hasilkan roti manis, roti sarang lebah, roti kacang merah, roti chicken floss, roti hotdog dan pelbagai lagi.

Tips: kena sukat bahan menggunakan penimbang digital.
Uli doh menggunakan bread maker (pakai tangan kurang elastic)

Bahan-bahan:

240 gm tepung high protein
60 gm tepung gandum
63 gm gula halus
7gm yis kering 
25 gm susu tepung
5gm softpan atau bread improver
5gm garam
*(Ayak kesemua bahan)

1 biji telur
15gm shortening
15gm planta
150ml cecair ( 50ml air, 50ml susu segar, 50ml ais batu)

Cara-cara:
1- Masukkan kesemua bahan dalam bread maker dan uli sehingga doh elastic.
2- Selepas uli, bentukkan doh, kena guna minyak sebab doh sangat lembik supaya tidak melekat.
3- Rehatkan doh selama 3 jam dan biarkan kembang sebelum dibakar selama 20 minit, suhu 160-170 darjah.

Contoh roti sarang lebah:

Sebelum bakar, tabur almond flakes, bijan hitam dan pumpkin seed

Selepas bakar curah sos butterscotch...nyummm

Sedap dan gebusss

Resepi sos butterscotch: 

40g butter
1/2 cup whipping cream
1/2 cup gula perang
secubit garam dan esen vanilla

*(masak atas api sihingga likat)


Contoh roti hotdog, menggunakan doh yang sama:

Sebelum dibakar

Selepas dibakar, hilang satu masuk perut.

Contoh penggunaan gliss pada roti:

Telur kuning menyerlahkan lagi warna roti kan.


Selamat mencuba