Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 17 Disember 2010

Masakan: Butter cookies

okeh,ari nie nak kongsi resepi yang paling mudah dan sedap...resepi nie direka oleh tuan punye blog nie(akulah)...konon-kononya nak tengok resepi mase buat...akhirnya terbuat resepi sendiri...hasilnya bole tahan..yang pasti crispy okeh!!

tengok gambar dulu...amik mood ^ ^

bahan-bahan:

100 gram mentega
30   gram gula icing
125 gram tepung gandum
3     camca serbuk horlicks
1     biji kuning telur
60   gram coklat chip
1/2  camca esen vanila
1/4  camca baking powder
(pandai-pandai la bajet bahan-bahan nie)

cara-cara:
  1. mentega,gula,esen vanila,kuning telur dipukul hingga gebu.
  2. masukkan tepung gandum,baking powder dan serbuk horlicks.
  3. masukkan coklat chip.
  4. sapukan mentega di atas dulang pembakar.bentukkan bulat-bulat di atas dulang.
  5. bakar di dalam oven pada suhu 180c selama 10-15 minit.


siap bakar...biarkan sejuk terlebih dahulu.selamat mencuba!!!