Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 29 April 2011

Artworks: Final projek FET 400..done!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah,Syukur kepada-Nya
akhirnya aku berjaya siapkan artwork yang begitu banyak,
aku kekangan masa dalam menyiapkan tugasan ini,
mengambil masa tidak lebih daripada seminggu untuk siapkan,
tugasan ini telah dihantar pada 25/4/2011
kritikan yang diterima menjadi pembakar semangat 
untuk aku terus berusaha ke tahap yang lebih tinggi..Insyallah.

Dalam subjek FET 400,ktorg diberi 3 tugasan iaitu painting,printmaking dan sclupture.

painting: bertemakan buah-buahan
aku memilih epal,pisang dan lada benggala

printmaking: bertemakan landskap/nature
aku memilih akar kayu (perlu banyak lagi belajar)

sclupture: bertemakan nature
aku memilih pucuk rebung..tapi malangnya
pucuk rebung distort bak kata lecturer...kah3

watercolour mndapat kritikan yang paling banyak diantara semua artwork diatas
aku akui,kelemahan aku adalah penggunaan watercolour
apa-apa pon kritikan ini menjadikan aku lebih matang dalam berkarya.


Teguran itu persaudaraan

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain"
Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Ditegur sedikit melenting. Beralasan. Pantang ditegur. Tetapi tidak hairanlah. Kerana manusia itu banyak ragam. Ketahuilah, orang yang sukar menerima teguran, maka dia sebenarnya tidak mengerti maksud persaudaraan.

cubalah belajar menerima teguran. Sekurang-kurangnya, katakanlah 'terima kasih' kepada mereka yang menegur. Atau paling tidak, diam sahaja. Seseorang yang sedang menegur, dia sebenarnya sedang membina kekuatan untuk menegur kamu.



Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.



Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.


Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.



Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

 

Rabu, 20 April 2011

Artwork: Islamic Calligraphy

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
akhirnya salah satu daripada artwork aku dah siap
ini artwork final bagi subjek islamic calligraphy
makan masa yang agak lama untuk siapakan
start mewarna dari pukul 5.00 p.m - 10.30 p.m
ini belum tulis dan tampal mounting board lagi,memang penat sangat
sakit pinggang,sakit belakang semua ada.
aku puas hati dengan hasil kerja aku walaupon ter-skip arahan..hehe

 first,aku nie terlebih rajin..aku potong corak n tampal dengan kertas kaler merah keemasan.
kalo nak tau,akulah manusia paling malas dalam dunia.

 inilah hasilnya setelah menampal kertas kaler tersebut,aku memilih rona biru sebagai background,
warna panas seperti merah,jingga dan kuning untuk menimbulkan corak bunga,
warna emas sebagai border atau hiasan untuk menaikan lagi seri..hehe
 
setelah itu,aku tampal mounting board biru sebagai frame,
tengah-tengah tu aku kuarkan sebab nak tampal kertas baru.

 fuhhhh!!! penat oooo tulis pantun nie,terkial-kial tangan aku
jom berpantun:
Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.
 
 inilah hasil final projek calligraphy aku,
walaupon tak seberapa tapi akhirnya siap juga :)

Selasa, 19 April 2011

Muka melayu!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
post terbaru nie sekadar pic syok sendiri..kah3
ini adalah untuk esemen senior,aku nie kuli je,lebih kurang kuli batak la
takde lebih dari tu.kalo model tu..mmg jauh skali,ketinggalan 6 dekad kott
ini sekadar main-main..untuk suka-suka..bagi aku
bagi senior ini adalah esemen k.
diorg ditugaskan untuk membuat cover cd n beliau telah memilih lagu arab.
Tema : Arabic Music
Talent: Murni Asyikin Mohammad
Photographer: Zulhilmi Mohd Jani
MUA: Ain Nur Fatihah Shurizan



Muka melayu okeh!!
tapi,mata memainkan aset yang penting ...walaupon aku rabun :(
kesempatan ini aku ingin berterima kasih kepada zulhilmi n Ain Nur Fatihah a.k.a (k.long)
thanks a lot korg :)

Ahad, 17 April 2011

Katak dua alam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
arinie aku akan membincangkan isu-isu semasa yang tak asing lagi bagi kita semua.
mesti tertanya-tanya apa maksud katak dua alam???
katak dua alam sinonim dengan talam dua muka.

Menurut kamus dewan,talam bermaksud dulang yang tidak berkaki 
(tempat menyajikan minuman,makanan dll)
sebagai contoh: dia keluar membawa sebuah talam yang berisi secawan kopi dan sepiring kuih.
Talam dua muka pula bermaksud dua muka,munafik dan perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk keuntungan diri sendiri).

aku masih keliru,talam dua muka nie bukankah situasi dimana kawan menjadi pegkhianat
dan menceritakan benda yang tak betul kepada orang lain.
camne pulak kalo benda yang diceritakan tu betul dan memang orang itu melakukannya.
adakah itu juga talam??

inilah situasi talam sebenar:
inilah hakikat..talam makan talam dan dimakan oleh talam dan menjadi bertalam-talam
tidak sedarkah antara kalian juga adalah talam??

Di dalam dunia nie,terdapat berbagai-bagai ragam manusia,
Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. 
Ada yang hitam ada yang putih
. Ada yang wangi dan ada yang busuk. 
Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya.Kenapa ia bahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Jenis yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. 

Manusia talam dua muka ini sebenarnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada.Orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.

P/S:Talam dua muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya.Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!


Maaf dariku,terimalah hakikat sebenar
manusia sering melakukan kesalahan tanpa mereka sedari.

Khamis, 7 April 2011

Adakah mereka sahabat??

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

Masalah menyebabkan tension kan??
so,setiap orang ada masalah masing-masing
n kadang-kadang tu dari riak wajah nampak ceria 
tetapi dalaman penuh dengan seribu masalah yang terpendam,
aku tulis nie bukan niat nak menyindir sesiapa,juz nak berkongsi,
siapa makan cili dia rasa pedas,siapa makan gula dia rasa manis,
aku nak berkongsi masalah yang dialami dalam kehidupan as a student,
tapi aku nak tekankan disini adalah masalah sahabat,
layakkah mereka digelar sahabat?

Sebagai pelajar kan..masalah pertama yang dihadapi adalah masalah belajar + assigment,
sebagai contoh,aku sebagai student art,masalah aku artwork yang sangat banyak,
jadi,slow-slow la buat keje tu n taknak push diri..nanti tension
keje tak siap,tak cukup tido,terlebih tido,tak bagun pagi itu adalah normal.

Kedua,masalah kawan-kawan dan orang sekeliling.
kalo nak cerita masalah kawan sampai tahun depan pon tak abis,
kalo dah berkawan masing-masing kena faham,tak perlulah nak ikut kepala masing-masing,
masalah kawan nie leh dibahagikan kepada banyak situasi,contohnya:

1.Kerja berkumpulan/teamwork:
kalo bab kerja berkumpulan memang banyak sangat masalah,
orang nie kata orang tu tak buat keje,orang nie tak puas hati sebab dia buat keje lebih,
kalo ikutkan,kerja berkumpulan nie mesti ada sorang leader yang dilantik okeh!
n dia akan bahagikan tugas kepada anak buah masing-masing,
so,masing-masing take part buat kerja
takkan jadi masalah punya,
kecuali,salah sorang daripada group members buat masalah,
abis satu group jadi huru hara..percayalah
n lagi satu,dalam kumpulan mesti ada salah sorang nak kita ikut kepala dia,
mungkin dia rasa orang lain tak mampu n tak bole buat kerja macam dia buat
so,semua kerja dia nak buat...sampai taknak kasi orang lain buat,
baguslah kalo macam tu..ringan sikit beban ahli lain,
lastly,bila dah letih buat keje,dia mula salahkan orang lain
salahkan orang lain langsung tak buat kerja,
tak bole lah macam tu,kita sendiri yang cari bala n lastly kita bagi bala kat org lain.
bala...bala...dis is not fair!!!

2.Terlalu menjaga tepi kain orang:
Kalo masalah nie memang berdasarkan pengalaman aku selama bergelar seorang pelajar,
Aku ingat lagi masa part 1,kalo kitorg tak datang kelas,
tanpa disuruh membe class akan sign attendance untuk kitorg,
padahal kitorg tak kisah pon sign ke tak sign ke,
normal la student,ponteng-ponteng kelas..tapi ada had jugak kalo nak buat jahat pon,
tetapi sekarang kenapa ada manusia yang begitu busuk hati,limpa,isi perut semua,
terlalu menjaga tepi kain..konon-konon concerned la.
pernah tak jumpa manusia yang act more than a lect???
first time aku jumpa manusia species sebegini,
*dulu lain,sekarang membe saya dah jadi lecturer..dier tolong zero(0)/dash(-) attendance saya bila saya tak datang kelas..hebat kan membe saya.i'm proud to be ur fren...bling..bling
lect sendiri tak kisah sangat dan kadang-kadang tu sesiapa yang tak datang dia suruh sign supaya kedatangan penuh...baikkan lect saya.

3.Terlalu jujur dan terlalu bergantung harap:
terlalu?? ada dua point kat sini.aku gunakan ayat yang sama.sebagai seorang pelajar,kalo jawab test or quiz mesti menjeling-menjeling tengok membe sebelah,yang klakar kepala straight,anak mata dah abis menjeling sampai ke ujung,yang rabun dah tak rabun,pasing kertas,tukar kertas dengan mmbe sebelah,mesej dengan membe depan,tengah,belakang n buat toyol bawa time test...adakah situasi itu normal??
atau  
duduk diam di tempat masing-masing dan jawab test??(hipokrit)
adakah ini normal?
jujur itu bagus dan amat bagus
jujur itu bagus jika orang yang jujur tidak membuat *najis pada orang lain
renungkan lah..dan paham-paham sendiri
bak kata nabil raja lawak..lu pikir la sendiri!!

terlalu bergantung harap....setiap orang ada susahnya,ada senangnya,
yang senang bantu yang susah,
tapi kali nie terbalik pulak,yang senang susahkan yang susah,
yang susah menjadi bertambah-tambah susah,
kah3..ayat berputar-putar..saya putar halim
jangan amik jalan mudah dengan bergantung harap pada orang lain,
bila berlaku masalah,mula salahkan orang lain..faham tak?
sebagai contoh,tak mention sesiapa pon.

AIN       : tutt..tutt(calling)..hello murni,aku kat luar nie,ko nak tak paper untuk kelas esok?           
MURNI : takpelah,tadi puteri cakap dier nak belikan untuk aku.
AIN       : okeh..tak pelah kalo camtu..bye   

(semasa dalam kelas )

MURNI : paper aku ada kat ko kan ain?
AIN       : mana ada..kan ko cakap puteri tolong belikan untuk ko.
MURNI : so,ko tak belikan untuk aku lah?
AIN       : yelah,dah ko niri taknak.
MURNI : urmmm..takpelah kalo cmtu..huh!

4.Pentingkan diri sendiri,dengki dan iri hati:
Manusia tidak sempurna...aku sendiri pon tak sempurna.
tapi aku sedar diri,dari awal-awal aku dah cermin diri nie.
setiap orang ada kekurangan dan ada kelebihan masing-masing
tak salah yang kurang minta tolong yang lebih,memang tak salah 
kenapa terlalu pentingkan diri??
sedangkan kelebihan dan kekurangan datangnya dari maha pencipta
tak perlu bersikap sedemikian,suatu hari nanti akan makan diri juga.
kenapa perlu lakukan sesuatu perkara dengan sendiri demi kepentingan diri  
tanpa menghiraukan kesusahan sahabat yang lain
nie bukan sahabat tetapi musuh....contoh terdekat,apa yang aku alami:
ye,aku mengaku aku ada kelebihan tersendiri
bila ada kelebihan,mesti ada kutukan,tikaman belakang,gunting dalam lipatan
dan aku tak pernah bangga n kesal dengan apa yang aku ada,
kerana ini hanya pinjaman semata-mata n tidak kekal
aku sedia membantu kawan yang ada masalah,setakat mana aku mampu aku tolong
kalo aku tak mampu,aku usahakan asalkan dapat ringankan beban kawan
tetapi kawan,
bila minta tolong,
ungkapan pertama yang keluar dari mulut kawan menyebabkan aku lemah
dan aku rasa dia bukan kawan.
"takkan ko tak tau"
ye,sebab aku tak tau aku bertanya,sebab aku bukan manusia yang bodoh sombong


itukah yang dinamakan sahabat?
perasaan dengki..iri hati pada sahabat sendiri
inikah yang dinamakan sahabat?
bila suka bersama,bila duka ditinggalkan
bila dilanda masalah mencari,bila senang disisihkan

sedih hidup diselubungi masalah,tetapi hati tabah menempuhi segala
orang bertanya "tidakkah kau terasa dengan kata-kata sahabatmu"
aku hanya menjawab "tidak,biarkan mereka dengan hidup mereka"
wahhh murnie...bersastera gituuu!!
juz a simple words...happy ending kan??

P/S: Sebelum kita sibuk mencari sahabat yang baik,jangan lupa untuk menjadi seorang sahabat yang baik.

chill okeh :)