Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 31 Mei 2011

DIY: Pop up card/3D card

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
entry kali nie nak tunjukkan cara-cara membuat pop up card atau dikenali sebagai 3D card,
mesti kita penah tengok kan kalo pegi kedai buku,bukak je kad,ada imej timbul,
first time tengok kad tue rasa teruja gila n nak cuba buat,
jum belajar sama-sama ^ ^


Teruja sangat tengok video nie dan nampak cam senang je,
so,aku cuba buat,percubaan pertama sampai keempat..hancussss
akhirnya setelah 4x mencuba baru jadi...berapa banyak kertas aku bazirkan.


tadaa!! inilah hasilnya....


P/S: kepada adik-adik form 5 yang amik PSV,ini adalah salah 1 contoh untuk soalan pop up card,
diharap dapat membantu adik-adik sekalian.

Isnin, 30 Mei 2011

Masakan: Poppy seed Cupcakes

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
aktiviti arinie adalah membuat cupcakes yang comel-comel
mengidam nak makan cupcake buatan sendiri,terpaksalah buat
masa buat memang seronok,paling tak seronok masa nak cuci peralatan
tapi,apa-apa pon..gumbira dengan hasil tangan sendiri
arinie juga nak kongsi cara-cara membuat cupcake yang comel nie.

1.sedikan bahan,bahan-bahan asas sahaja | 2.putar adunan sampai sebati |
3.masukkan inti ditengah-tengah | 4.siap dibakar ^ ^

hasilnya selepas dihias:

cream,choclate n strawberry...yummy

zoom in!!!!!


Beginilah rupa cupcake aku yang tak seberapa nie..memasak nie sekadar hobi,
alhamdullilah,walaupon anak perempuan sorang dalam family tetapi keperempuan tu tak ilang.


Jumaat, 27 Mei 2011

Ukiran plaster

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 malaysia
sekarang nie aku tengah cuti 4 bulan,bayangkan lama tu
dah cuti lama,takkan nak buang masa kat umah je kan
oleh itu,aku bekerja...kalo orang dengar keje aku nie cam senang je
sebab buat keje kat umah,dah siap hantar..mudah kan
tak payah tiap-tiap ari kerja dari kul 9 pg- 5 ptg
berbekalkan bakat semulajadi yang ada pada diri nie
aku bekerja sebagai..sebagai..tak tau nak cakap...designer kot
tengok lah sendiri.

inilah kerja aku,mengukir..ukiran nie sebagai real design,untuk dijadikan acuan.
dah siap acuan,bole lah hasilkan produk dengan jumlah yang banyak.

dah siap beginilah rupanya..tapi,yang nie belum dilicinkan lagi.
sepatutnya ini saja kerja aku,tetapi
aritu bos suruh warnakan skali sebagai contoh untuk dibentangkan.

semak kan aku buat kerja,inilah hasilnya selepas diwarnakan.

inilah hasilnya:


kerja aku senang je,buat design n model..siap g antar kat bos.
dalam masa seminggu aku kena hasilkan 2 design berbeza.
aku gembira dengan kerja aku sekarang.
sekurang-kurangnya sepanjang cuti sem nie,dapatlah aku mencari duit poket
untuk belanja diri sendiri :)

Isnin, 23 Mei 2011

Rumah papan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
entry sebelum nie pasal kampung kan
so, kalo cakap pasal kampung..berkait rapat dengan rumah papan
ye,aku tinggal di rumah papan,rumah papan nie lah yang banyak berjasa
bagi sesetengah orang,tinggal kat kampung nie lekeh,otak mundur
tak semua orang kampung cmtu..kampung sekarang dah maju
maju lah dah ada air n letrik..hehe

rumah kampungku:

bawah batu atas papan...umah kampung sekarang
sonok dok kampung nanti anak-anak dapat merasa suasana kampung..tehee


1.ruang rehat | 2.ruang menonton | 3.ruang tamu 1 |
4.ruang tamu 2 | 5.ruang tamu 2 | 6.pasu tanah liat

seronok kan dok kampung..anda bila lagi? :P


Ahad, 22 Mei 2011

kampung memang best!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
entry kali nie berkaitan kampung halamanku
yang pasti sejak lahir lagi aku memang duduk kampung
best dok kampung nie,banyak pengalaman
rumah yang aku tinggal sekarang adalah peninggalan arwah datuk
panorama kampung sangat menarik dan menyebabkan aku jatuh cinta dengan kampung
tiap-tiap pagi ayam berkokok,nyaman,hidup udara segar..indahnya dunia
memang sempurna ciptaan tuhan..aku bersyukur dengan apa yang aku miliki.
jom tinjau apa ada kat kampung,,jeng..jeng..jeng

1.pasu bunga ayah | 2.jumpa flip plop kat tong sampah |
3.kucing marah sebab amik gambar dia | 4.paku langsuyar

1.orang-orang adik buat untuk halau monyet | 2.sarang burung merbok
3.rumah papan | 4.pokok keladi


1.ranting pokok limau nipis | 2.bunga cantik |
3.ulam raja | 4.buah mengkudu


1.buah nyok/kelapa | 2.limau nipis/kasturi | 3.buah namnam |
4.buah nangka | 5.jambu susu/botol | 6.buah manggis

best kan dok kampung..nak ulam,sayur,buah-buahan semua ada
petik je tepi umah,tak payah susah-susah g beli kat pasar.
oleh itu,kita kena hargai ciptaan tuhan.bersyukurlah kita masih aman.


Rabu, 18 Mei 2011

Momo: Free show

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
aritu ktorg g Jusco Perda,Seberang Perai,Pulau Pinang..sebab sekarang cuti sem
al-kisahnya bermula begini,aku,ain n yaya (gf abg..hehe)
berjalan-jalan..sebab bosan,lagipon baru nak berkenalan dengan yaya


ktorg g bawak momo si sugar glider tu skali.
tak pasal-pasal jadi free show kat situ sebab diorg jarang tengok sugar glider nie
lagi satu sebab kecomelan si momo tu..
elok duduk borak-borak kat kerusi sambil main dengan momo.
sorg demi sorg datang tanya n nak sentuh momo
tanpa diduga,dah berkampung depan aku orang ramai nak tengok momo
malu jugak la,tapi tumpang populariti si momo nie
dah macam artis kat situ sebab semua orang nak bergambar...hehe..maluuu



 yaya dan ain ^ ^


Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari guru



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
Bangun semua!!! Selamat pagi cikgu..tapi sekarang dah malam
arinie 16 Mei 2011 merupakan Hari Guru
kesempatan ini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru"
kepada ibunda tersayang Asmah bt.Omar dan ayahnda Mohammad b. Chat
yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan
disamping mencurahkan pelbagai ilmu kepada anak gadisnya.
terima kasih kepada emak dan ayah yang telah banyak bersabar dengan karenah murni
*kena paksa buat soalan matematik sampai boleh(nagis-nagis)
di samping itu juga,terima kasih dan selamat hari guru kepada ibu dan bapa sedara,
cikgu tadika,cikgu sekolah rendah/menengah,cikgu tuisyen dan cikgu sekolah memandu.


En.Mohammad b. Chat
 (Pensyarah Seni Visual)

Pn.Asmah bt. Omar
 (Guru Modern Mathematic) 

 semoga mak dan ayah murah rezeki dan diberkati oleh Allah s.w.t..amin~

Sabtu, 14 Mei 2011

Hari terakhir- Roomates

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
sebelum nie nak menulis entry terbaru tapi malangnya laptop takde
nak pinjam laptop mak ayah,mak ayah nak guna buat kerja
kalo bole pinjam pon kejap je..disebabkan arinie ari sabtu
bole lah pakai laptop mak sampai pengsan
lagipon laptop aku yang kat hospital belom siap lagi.

ari nie nak ceritakan saat terakhir sebelum berpisah dengan rumet tersayang
10/5/2011 masing-masing balik ke rumah
sebelum berpisah,ktorg buat kad bagi sorg satu
pastu bergambar..sedih sangat.

 kad yang ktorg buat ^ ^

memperkenalkan ain,wana dan jibab

warga 22tahun..aku paling muda..bang!

rindu korg semua..sem depan bole jmpe ain je..jibab n wana ke puncak alam
walau apa-apa pon...semoga persahabatan kita berpanjangan..amin~

Ahad, 8 Mei 2011

Terima Kasih Cinta

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
pada 7/5/2011 (sabtu) adalah hari yang paling gembira dalam hidupku
semua ini tidak dirancang,cuma idea spontan
ini adalah kenangan terindah sepanjang perhubungan
saya bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepadaku
mungkin diriku ini tidak sesempurna kamu...tetapi,kamu telah menyempurnakan hidupku
oleh itu,saya meraikan perhubungan kita sepanjang tempoh ini.
saya masih belajar dan belum bekerja,
keraian ini diraikan secara kecil-kecilan,selagi saya mampu,
maaf jika diriku serba kekurangan...saya gembira memiliki kamu ^ ^


saya gembira bila awak gembira..semoga hubungan kita berkekalan...amin~

Selasa, 3 Mei 2011

Painting: Potret

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
entry kali nie mengenai artwork aku
first time mencuba mewarna potret menggunakan oil paint,
sebelum nie penah cuba tapi juz hitam putih,
kali nie,potret berwarna pulak,
act,painting nie bukan saja-saja tapi for my esemen.

check it out!!
  proses-proses penghasilan karya:

 Step 1:
bermula dengan first layer,bahagikan bahagian cerah dan gelap.

Step 2:
kemudian,rata dan haluskan warna supaya sekata.

Step 3:
campurkan warna untuk menonjolkan lagi rupa.siap bahagian muka.


 Inilah hasilnya...
malangnya aku tak sempat siapkan baju dan dan dan orang tu terlebih pekat kulitnya.