Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 29 Jun 2011

DIY: Sugar glider pouch

Assalamualaikum w.b.t
aritu ada buat beg untuk momo kan..masalahnya momo menduka citakan tuannya
sampai hati momo taknak duduk dalam beg tu..momo..momo..memilih benor
salah aku jugak buat mulut beg tu luas sangat..banyak cahaya masuk..momo tak bole tido
daripada tak guna beg tu,baik aku buat semula..terlebih rajin aku nie
alang-alang buat beg untuk momo...buatkan skali beg untuk memey..awek momo..cun ooo
entry kali nie aku upload foto proses-proses penghasilan beg..
nanti orang tak percaya pulak aku yang menjahit beg nie
walaupon luar cantik..dalam hanya momo dan memey saja tahu..haha

bermula dengan memotong kain dan corak -corak seperti mulut dan gigi


selepas itu,jahitkan mulut,mata,dan gigi


then,jahitkan jaring dan zip..alihkan jahit bahagian dalam pula..


inilah hasilnya selepas siap..beg momo dan memey


boleh dibawa kemana-mana sahaja ^ ^



dah banyak kali mencuba..hasilkan better daripada sebelum ini..
sonok sangat....sangat..sangat


Selasa, 28 Jun 2011

Masakan: Apam pelangi

Assalamualaikum w.b.t
tak abis-abis post sal masakan ,dah pelbagai jenis resepi aku cuba buat
dan hasilnya memuaskan hati...sungguh mudah..sungguh sedapp
kali nie buat apam pulak...sangat..sangat mudahhh ye
sebenarnya niat dihati nak buat apam polka dot/apam cendawan/apam telur dinasor
tapi kann...tak pandai nak buat dot dot...pastu buatlah apam corak pusing

 sebelum tu..nak memasak mesti tengok resepi kan
disebabkan laptop rosak..tak boleh on9 pakai laptop
pakai enset pon jadilah...guna wifi rumah...pon bestttttt!!

boleh nampak kan kat situ...My Resipi
boleh nampak apam polka dot disitu  ^ ^

inilah hasilya apam pelangi Eykin Murnie:

kartun kat sebelah tue menunjukkan betapa penatnya memasak
aku tengok dah macam corak bumi daaa....

ini adalah texture apam tersebut
lembut dan gebu atas bantuan ovalette.

apa lagi..jom ramai-ramai mencuba resepi ini..sungguhhh mudahhhh!!


Ahad, 26 Jun 2011

Momo domokun

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
arinie happy sangat sebab dapat siapkan beg baru untuk sugar glider aku
ceritanya bermula begini,aku nie langsung tak pandai bab jahit-jahit nie
so,aku design la beg then emailkan kat membe aku balqis
dia sangat pandai menjahit...dia pandai gile buat patung comel-comel
cuba pegi usha-usha blog dia..harga pon berpatutan

comel tak?? design taknak kalah..jahit tak tau

pastu,tak jadi tempah kat kisz sebab kesian pulak kat dia
sebab dia takde bahan buat beg.,,lagipon dia banyak tempahan patung untuk disiapakan
kebetulan arinie mak ajak g kedai barang-barang jahit 
aku apa lagi,mengambil kesempatan dan menggunakan dengan sebaik-baiknya
ingat baru nak tunggu seseorang buatkan,tapi dah excited sangat
buatlah sendiri..malangnya mesin jahit kat umah rosak
terpaksa daku korbankan tangan ini untuk menjahit..manual okeh!!
walaupon asas menjahit zero n KO!!
first time cuba jahit nie....sonok..sonok..jakun

ini adalah bahan-bahan untuk membuat sugar glider pouch:

semua bahan nie aku beli dengan harga RM 17.90
berbaloi-baloi...boleh hasilkan 3-4 beg dengan bahan yang aku ada nie.

hasilnya selepas siap:

comel tak??? tak sangka jadi jugak..terharuuuuuu
part mulut n kedudukan gigi salah...abaikan

momo ricik pon suka dengan beg barunya ^ ^

ini adalah koleksi beg momo..ada 3 tu...sonok la momo pasnie,
susunan mengikut turutan yang mana dibeli terlebih dahulu.

lepas buat beg momo..rasa sonok pulak
jadi ketagih nak menjahit...haha
pastu,aku mengambil keputusan untuk buat pencil case pulak..

tadaaaa!!!!

comel takkk??? suka...suka...suka

ini bukan domokun tapi "momo domokun kun"...kah3
rasa klaka lak nama tue ^ ^
*beg domokun yang besar tu aku beli okeh!!

sonok sangat bila dah siap,walaupon percubaan pertama..tetapi hasilnya memuaskan hati
nama sugar glider pouch n pencil case terbaru nie "momo domokun kun"...hehe


Jumaat, 24 Jun 2011

Masalah perempuan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
Kebanyakkan wanita di Malaysia impikan bentuk tubuh yang menarik bukan??
pelbagai jenis produk kecantikan dijual bertujuan untuk merealisasikan impian setiap wanita
namun,rakyat Malaysia sering dikaitkan dengan masyarakat yang mengamalkan pemakan secara tidak sihat
oleh sebab demikian,masalah obesiti menjadi punca utama 
ramai yang telah mencuba produk-produk pelangsingan badan supaya mereka tampil langsing
hasilnya,tidak mencapai tahap yang mereka inginkan.
yang gemuk mahu kurus...yang kurus mahu gemuk...masalah...masalah

Adakah gemuk itu sihat??
Adakah kurus itu cantik??

ini menjadi persoalan bagi kita semua..adakah tubuh yang gempal itu sihat??
tidak semua orang yang memiliki tubuh yang gempal itu sihat
tidak semua orang yang BMI mencapai tahap normal itu sihat.
kebanyakkan orang yang bertubuh besar menghadapi masalah kesihatan seperti berikut:
kencing manis,darah tinggi,jantung dan lain-lain lagi

kurus pula sering dikaitkan dengan tubuh yang cantik dan ramping
tidak semua kurus itu cantik...ada yang terlalu kurus
contoh terdekat akulah....huaaa!!!! nak gemokkkkk
tolonggg...tolonggggggggg....tolongggggggggggggggggggggggggggg
inilah masalah yang dihadapi oleh aku
pelbagai produk aku telan....cakap je jenama apa..semua aku dah cuba
malangnya,semua produk yang aku cuba tidak membuahkan hasil
mak kata "nanti lepas beranak,badan hang naik la"
aku kata "lambat lagi nak beranak mak oiii...4-5 tahun lagi kott
huaaa...nanti pakai baju pengantin tak cantikkkk"

situasi-situasi yang jadi perbualan orang ramai:

Situasi 1(Membawa kenderaan)
Abu      : Eh! Ahmad hang tengok tu
Ahmad : apa Abu?
Abu     : hebat la..baju bawak motor

Kesimpulan: Badan keding bawak motor..cam baju bawak motor.

Situasi 2(Hari persandingan)
Minah      : Eh! Kiah hang tengok tu
Kiah        : apa Minah?
Minah     : Pengantin tu berenang dalam baju.

Kesimpulan: Bila badan terlalu kurus,pakai apa pon tak cantik.

Situasi 3(Bersiar-siar)
Abu      : Eh! Ahmad hang tengok tu
Ahmad : apa Abu?
Abu     : Aku tengok si Semah tu macam tengkorak berjalan.

Kesimpulan: Orang tak dapat bezakan samada tengkorak hidup ataupun manusia hidup.


orang slalu cakap kalo keding pakai baju apa pon tak cantik
kalo kurus nanti susah nak melahirkan anak
laki tak suka perempuan yang kurus-kurus nie..laki suka perempuan badan mantopp 
orang akan gelarkan orang kurus nie keding,tengkorak hidup,papan,ranting,playwood,cicak kobeng dan banyak lagi.

aku sudah berusaha untuk naikkan berat badan
tetapi usaha aku gagal...mungkin faktor pemakanan menjadi punca
mungkin faktor genetik menyebabkan tubuh aku sebegini
mungkin disebabkan metabolisme yang tinggi dalam tubuhku ini
banyak kemungkinan bukan??
hanya 1 jawapan yang bole aku berikan

*Allah s.w.t jadikan setiap manusia itu berbeza dari pelbagai sudut
apa gunakan mengutuk fizikal orang lain sedangkan itu bukan kehendaknya
mungkin dari segi fizikal dia banyak kekurangan daripada orang lain
mugkin Allah s.w.t berikan kelebihan lain padanya
mungkin hari ini dia sangat hodoh dan selekeh
mungkin suatu hari nanti dia menjadi cantik dan kemas
terimalah dan cintailah diri kita seadanya
bersyukurlah kita masih dikurniakan 10 jari di kaki dan tangan
kita dikurniakan 2 kaki..2 tangan yang berfungsi
kita dikurniakan mata untuk melihat
hidung untuk menghidu...telinga untuk mendengar
mulut untuk bercakap bukan untuk mengutuk
terimalah seadanya..
setelah berusaha..bertawakal lah
mungkin ada hikmah disebalik ciptaanNya..


tengok tuu...pakai baju kebaya dah macam pakai baju kurung daa...





Selasa, 21 Jun 2011

Masakan: Puding roti

Assalamualaikum w.b.t
setelah beberapa minggu tak memasak
akhirnya arinie start memasak benda baru
arinie buat puding roti...sumpah sedappp!! puji diri sendiri..hehe
mudah sangat,bahan pon tak banyak..

inilah puding roti eykin murnie:
selepas dibakar ^ ^

potong dan simpan dalam peti sejuk.


Isnin, 20 Jun 2011

Kamarku

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
entry kali nie sal kamar tido..semua orang de bilik tidur kan
lagi sonok kalo ada bilik tidur sendiri,tanpa berkongsi dengan sesiapa
disebabkan aku anak perempuan tunggal dalam family
mestilah aku ada bilik tidur sendiri..
bilik tidur adalah ruang untuk kita berehat,dikala letih bekerja
kalo tido atas tilam empuk,pasang ekon 
fuhhh...memang bagun lambatlah jawabnya...

nie bilik tidur aku..dulu tak macam bilik..sekarang dah ok sikit
1.Kesayangan | 2.Katil | 3.Tempat tido momo



Khamis, 9 Jun 2011

101 Rekreasi Hati

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
al-kisahnya bermula begini.....
aku sedang kemas rumah,susun buku n then terjumpa buku nie
daripada kulit buku nampak menarik sebab ada kartun
so,aku pon bukak dan baca isi kandungannya
terbukak hati aku untuk menjadi insan yang lebih tinggi akhlak
memang bagus sangat buku nie..

Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).




Keistimewaan Buku ini
• Sesuai dibaca semua peringkat umur
.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor.
 • Mendekatkan pembaca kepada hadis
. • Senang difahami dan dihayati.
 • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan
. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati.
 • Sebagai bimbingan kepada remaja.

antara isi kandungannya:

Tipu Daya Dunia
Daripada Qatadah bin Nu'man,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila Allah mengasihi seorang hamba,Allah mengawasinya dari dunia
(daripada tipu daya dan syawat dunia)sepertimana seseorang daripada
kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air
(jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)."
(Riwayat ai-Tirmizi dan al-Hakim)

pengajaran:
Segala kepayahan yang kita hadapi mempunyai hikmah di sebaliknya.
Terimalah kesusahan dengan hati yang terbuka dan jangan mengeluh.


Masakan: Tiramisu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
entry kali nie sal masak-masak lagi
arinie mencuba buat tiramisu..percubaa kali pertama nie
mudah saja buat tiramisu nie...mudah dan lazat!!
mungkin rupa tiramisu nie agak hodoh,biasala first time cuba
mungkin lepas nie buat better ckit kot daripada yang nie..

 inilah hasilnya:
whipping cream + sponge cake + cream cheese + coffee = yummyy!!


Selasa, 7 Jun 2011

Tasik Mengkuang 1001 kenangan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
aktiviti petang nie,firstly g pos barang ,then pegi beli barang mentah sikit
after that,pegi Tasik Mengkuang atau bahasa kampung Mengkuang Dam
tempat nie lah ktorg slalu lepak masa zaman budak sekolah dulu
xtau apa yang special sangat tempat nie,sekadar empangan takungan air
setiap pagi dan petang mesti ramai orang beriadah
ada yang berjogging,ada yang picnic n ada yang berdating..hehe
banyak memori dan kenangan di Tasik Mengkuang nie
yang paling aku ingat,mmbe jatuh bukit *jangan marah geng,aku xmention nama
bukanlah bukit tinggi tapi bukit rendah je..this is best bro!!
Tapi itu dululah,sekarang masing-masing dah besar..masing-masing belajar jauh.
yang penting,semoga persahabatan kita kekal selamanya~amin


Permandangan Tasik Mengkuang:
dan seorang budak gedik,budak xbudak sangat la:


Isnin, 6 Jun 2011

Masakan: Bihun Sup

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia,
arinie buntu xtau nak masak apa,malas nak kuar g beli makanan
so,aku bukak peti usha-usha bahan mentah yang ada
ada ayam,udang n ikan...dalam hati teringin nak makan bihun sup
dan aku mengambil keputusan untuk memasak bihun sup arinie!!

masak-masak-masak

rencah:
lobak asin,bwg putih goreng,bwg merah goreng,daun bawang,ayam dan sambal kicap

tadaaa!!!