Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 24 Jun 2011

Masalah perempuan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
Kebanyakkan wanita di Malaysia impikan bentuk tubuh yang menarik bukan??
pelbagai jenis produk kecantikan dijual bertujuan untuk merealisasikan impian setiap wanita
namun,rakyat Malaysia sering dikaitkan dengan masyarakat yang mengamalkan pemakan secara tidak sihat
oleh sebab demikian,masalah obesiti menjadi punca utama 
ramai yang telah mencuba produk-produk pelangsingan badan supaya mereka tampil langsing
hasilnya,tidak mencapai tahap yang mereka inginkan.
yang gemuk mahu kurus...yang kurus mahu gemuk...masalah...masalah

Adakah gemuk itu sihat??
Adakah kurus itu cantik??

ini menjadi persoalan bagi kita semua..adakah tubuh yang gempal itu sihat??
tidak semua orang yang memiliki tubuh yang gempal itu sihat
tidak semua orang yang BMI mencapai tahap normal itu sihat.
kebanyakkan orang yang bertubuh besar menghadapi masalah kesihatan seperti berikut:
kencing manis,darah tinggi,jantung dan lain-lain lagi

kurus pula sering dikaitkan dengan tubuh yang cantik dan ramping
tidak semua kurus itu cantik...ada yang terlalu kurus
contoh terdekat akulah....huaaa!!!! nak gemokkkkk
tolonggg...tolonggggggggg....tolongggggggggggggggggggggggggggg
inilah masalah yang dihadapi oleh aku
pelbagai produk aku telan....cakap je jenama apa..semua aku dah cuba
malangnya,semua produk yang aku cuba tidak membuahkan hasil
mak kata "nanti lepas beranak,badan hang naik la"
aku kata "lambat lagi nak beranak mak oiii...4-5 tahun lagi kott
huaaa...nanti pakai baju pengantin tak cantikkkk"

situasi-situasi yang jadi perbualan orang ramai:

Situasi 1(Membawa kenderaan)
Abu      : Eh! Ahmad hang tengok tu
Ahmad : apa Abu?
Abu     : hebat la..baju bawak motor

Kesimpulan: Badan keding bawak motor..cam baju bawak motor.

Situasi 2(Hari persandingan)
Minah      : Eh! Kiah hang tengok tu
Kiah        : apa Minah?
Minah     : Pengantin tu berenang dalam baju.

Kesimpulan: Bila badan terlalu kurus,pakai apa pon tak cantik.

Situasi 3(Bersiar-siar)
Abu      : Eh! Ahmad hang tengok tu
Ahmad : apa Abu?
Abu     : Aku tengok si Semah tu macam tengkorak berjalan.

Kesimpulan: Orang tak dapat bezakan samada tengkorak hidup ataupun manusia hidup.


orang slalu cakap kalo keding pakai baju apa pon tak cantik
kalo kurus nanti susah nak melahirkan anak
laki tak suka perempuan yang kurus-kurus nie..laki suka perempuan badan mantopp 
orang akan gelarkan orang kurus nie keding,tengkorak hidup,papan,ranting,playwood,cicak kobeng dan banyak lagi.

aku sudah berusaha untuk naikkan berat badan
tetapi usaha aku gagal...mungkin faktor pemakanan menjadi punca
mungkin faktor genetik menyebabkan tubuh aku sebegini
mungkin disebabkan metabolisme yang tinggi dalam tubuhku ini
banyak kemungkinan bukan??
hanya 1 jawapan yang bole aku berikan

*Allah s.w.t jadikan setiap manusia itu berbeza dari pelbagai sudut
apa gunakan mengutuk fizikal orang lain sedangkan itu bukan kehendaknya
mungkin dari segi fizikal dia banyak kekurangan daripada orang lain
mugkin Allah s.w.t berikan kelebihan lain padanya
mungkin hari ini dia sangat hodoh dan selekeh
mungkin suatu hari nanti dia menjadi cantik dan kemas
terimalah dan cintailah diri kita seadanya
bersyukurlah kita masih dikurniakan 10 jari di kaki dan tangan
kita dikurniakan 2 kaki..2 tangan yang berfungsi
kita dikurniakan mata untuk melihat
hidung untuk menghidu...telinga untuk mendengar
mulut untuk bercakap bukan untuk mengutuk
terimalah seadanya..
setelah berusaha..bertawakal lah
mungkin ada hikmah disebalik ciptaanNya..


tengok tuu...pakai baju kebaya dah macam pakai baju kurung daa...





5 ulasan:

al_hakim berkata...

cantik dah tu..=P

eykin murnie berkata...

takkkk

sı kǝchık berkata...

kamu dah cntik la..x pyh nak gemuk lg..

eykin murnie berkata...

gambar je nampak cntik..huhu
nak gemok

ena.adrina berkata...

comel nya kamu! :D