Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 29 Julai 2011

Mau gemok!!

Assalamualaikum w.b.t

agak terkejut sebenarnya,sebab baru-baru nie ada timbang berat badan
omg!!! disebabkan puasa ganti,berat badan aku menurun..
masalahnya aku nie kurang berat badan..bagi orang yang nak kurus 
mesti heaven gila sebab berat turun kan.....

gigih...gigih...aku perlu gigih naikkan berat badan aku
target aku 50kg...tolonglah derma lemak kat aku nie haaa..
aku nie dalam kategori skinny la sebab BMI bawah daripada 18.5..harus gigih
jom tengok BMI yang normal.

untuk kira BMI anda..klik sini

bentuk badan manusia,mana satukah bentuk badan anda?


size badan anda??


tolong la..nak lemakkk

berusaha n gigih naikkan berat badan..aku takkan berputus asa..berusaha!!
apa yang perlu aku lakukan...MAKAN !!!!!!!!!



Selasa, 26 Julai 2011

Masakan: Banana choc muffin

Assalamualaikum w.b.t
kelmarin kan aku cuba buat resepi sendiri
main campak-campak ja
sayang pisang kat umah banyak..takda sapa makan
maka, terhasil lah muffin pisang coklat

ini adalah hasilnya:



yum..yum..yummyyyy :)
tak sangka jadi jugak..rasa boleh tahan.


Sabtu, 23 Julai 2011

yo..yo..yoville!!

Assalamualaikum w.b.t
entry kali nie nak cite sal games yang best dalam fb
aku paling suka main games Yoville
sebab games nie kita create orang then hias-hias rumah
memang best la..kena dengan jiwa seorang perempuan nie.
ada banyak lagi games yang sama dengan yoville nie
contohnya: petville,cityville,farmville dll


Apa yang best tentang games nie:
kita boleh berfesyen,hias rumah,shopping barang-barang,bekerja,memancing,
chatting,tukar-tukar barang,berkenalan dengan orang,lumba kereta,membela binatang,
membelli rumah,mencipata barang dll.
kehidupan seperti orang biasa cuma berbentuk kartun sahaja.

ini adalah aparment lama aku..kah3 tak cantik langsung deco umah..
tapi...tapi...aku ada 2 buah rumah tau.


kita boleh melawat rumah kawan yoville yang lain untuk mendapatkan duit/hadiah
cantik kan hiasan rumah dia nie..ala-ala beach gitu...kreatif


kita boleh membeli-belah pakaian mahupon membeli binatang peliharaan.



kita bako!!! bako!!! mogok


boleh menghias diri..pakai baju,kasut,boleh ubah style rambut dan macam-macam lagi

comel kan orang aku..rambut blonde

ini adalah rumah baru..ada duit sikit beli rumah 
kali nie beli rumah teres baru sonok nak hias cantik-cantik..auwww

halaman rumah..de meja,pokok bunga,skuter n basikal antik

deco dalam rumah..suka sangat-sangat-sangat
kombinasi kayu dengan warna putih,hitam,hijau dan merah.

bilik tidur ala-ala barbie gitu..pink habesss lah...comel ^ ^

itu saja kot nak cerita sal games nie..lupa lak nama orang aku tu
mj simpson..tak leh blah!!


Jumaat, 15 Julai 2011

Tomyam kung & Makaroni bakar

Assalamualaikum w.b.t
mari lah mari kita memasak,tiaplah hari..lalalala
sumpah tak sedap langsung lagu tu...takpe ada yang sedap
iaitu Tomyam kung & Makaroni bakar...fevret seisi keluarga..dijamin sedap
arinie buat eksperimen tomyam...sblm nie tau buat tomyam air je
sekarang aku dah tahu cara-cara membuat tomyam kung..walaupon aku ketinggalan..

 bahan-bahan untuk memasak tomyam kung nie banyak sikit daripada 
tomyam biasa yang kita slalu buat kat umah tu.
contohnya:

 bahan asas: daun limau purut,serai,lengkuas,limau nipis,cili padi dll

aku suka gunakan bawang bombay dalam semua masakan di umah,
kalo datang umah aku cari bawang besar memmag takda ye.
kelebihan gunakan bawang bombay nie,isinya putih-puith kekuningan,
rasanya lebih manis daripada bawang besar dan tidak banyak gas yang boleh pedihkan mata.

selain daripada bahan yang disebutkan diatas,antara bahan lain yang digunakan ialah
stok ayam,air kelapa muda,tomyam paste,cili paste,sos ikan,susu,daun ketumbar,cendawan dll lagi
sesetengah orang masukkan isi kelapa muda dalam tomyam kung.

inilah hasil masakan aku,disebabkan udang abis,pakai ayam pon bole..tehee


sangat pekat kuahnya...sungguh enak...sungguh lazat ^^

antara masakan kegemaran family aku ialah makaroni bakar...sekali buat 3 bekas
seorang boleh habiskan separuh bekas..sebab sedap sangat-sangat-sangat
makaroni nie mak yang buatkan..aku jadi tukang hias cheese ja..kah3





sekian saja entry masak-masak kali nie..daa


Ahad, 10 Julai 2011

Masakan: Pie ayam

Assalamualaikum w.b.t
okeh..setelah beberapa hari tak update, akhirnya ada jugak benda untuk diupdatekan
tapi kan...kali nie masakan lagi..sori lah, nak buat cmnekan..hobi saya memasak
selain daripada masakan..saya slalu update sal momo kesayangan
itu je aktiviti cuti sem dirumah..

arinie saya masak Pie ayam/tart ayam
saya hanya belajar buat kulit daripada youtube...filling dia saya reka sendiri..kah3
tetapi hasilnya yum..yum..yummy walaupon rupa agak hodoh ye.

inilah hasinya pie ayam eykin murnie:





Kulit: tepung gandum+butter+kuning telur+air sejuk+garam+gula
Inti: ayam kisar+bawang putih+bawang merah+bawang bombay+carrot+daun saderi+cili merah
+sos tiram+serbuk lada hitam+seasoning maggie+sos ikan+serbuk daun bay
+whipping cream+telur+mozarella cheese.
kulit sebagai asas,anda boleh menggantikan dengan apa-apa filling contohnya:
peach,epal,strawberry,telur,mushroom,bayam dll.

nampak lazat bukan..sudah pastilah rupa dan rasanya lazat ^ ^
cantik luar..cantik dalam..
kalo nak resepi jangan malu-malu mintak ye.


Ahad, 3 Julai 2011

Masakan: Apam polkadot

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
entry kali nie adalah cara penyediaan apam polka dot
sebelum nie ada jugak buat apam tapi apam pelangi
padahal niat nak buat apam polka dot,tapi disebabkan tak pandai nak dot dot
jadilah apam pelangi..arinie nak berkongsi resepi apam polka dot.
sumber dari My resipi

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2.  Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5.  Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  9. Selamat Mencuba :)


ini adalah hasil tangan aku:








comel sangat..suka tengak...selamat mencuba ^ ^