Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 3 Julai 2011

Masakan: Apam polkadot

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
entry kali nie adalah cara penyediaan apam polka dot
sebelum nie ada jugak buat apam tapi apam pelangi
padahal niat nak buat apam polka dot,tapi disebabkan tak pandai nak dot dot
jadilah apam pelangi..arinie nak berkongsi resepi apam polka dot.
sumber dari My resipi

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2.  Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5.  Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  9. Selamat Mencuba :)


ini adalah hasil tangan aku:








comel sangat..suka tengak...selamat mencuba ^ ^

1 ulasan:

siti sarizah berkata...

hye dari dlu i nak wat tp x reti2,,,suw nak try wat la!
u wat sgt cntek tahu!
skenye tgk!!!!:)