Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 29 Ogos 2011

Masakan: Cake Raya

Assalamualaikum w.b.t
awal-awal pagi dah bagun untuk siapkan tempahan kek
arinie buat 2 biji kek..choc cake n butter cake...mudah saja.

tadaaaaaaa

choc cake-maktok punya

butter cake-rumah punya

hias biasa-biasa saja sebab peralatan dan skill tak cukup lagi..hehe


Sabtu, 27 Ogos 2011

Biskut Raya Eykin Murnie 2011

Assalamualaikum w.b.t
Memperkenalkan Biskut Raya Eykin Murnie 2011
silalah bertandang ke rumah ye ^ ^

Almond London

Oreo black beauty-berwajah baru

samprit

cornflakes madu

Oreo black beauty-berwajah asal

Butter Cookies


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir & batin


Rabu, 24 Ogos 2011

Masakan: Oreo Ice Cream

Assalamualaikum w.b.t
sebelum berbuka puasa tadi sempat sediakan ice cream untuk sesisi keluarga.
sebagai pencuci mulut...senang sangat cara penyediaannya..
kalo beli dekat Mcd dalam RM 4++ untuk 1 cup..
kalo buat sendiri RM 4 untuk hidangan 1 family.

bahan -bahan:
Oreo cookies yang dihancurkan 
kepingan badam
ice-cream vanilla / jenama nestle


hasilnya:


yummy..sedap tau ^ ^

selamat mencuba..sungguh mudah :)


Momo dan set tidur mewah


Assalamualaikum w.b.t
tinggal lagi beberapa hari je kita berpuasa,then..raya tiba
kejap ja rasa kan..kalo cakap bab raya mesti terpikir baju raya,kuih raya n macam-macam lagi
jangan lupa pada si kecik momo,dia pon nak beraya jugak..
momo happy sangat sebab dapat set tempat tidur mewah yang dihadiahkan oleh papa memey
jantung hati saya,mestilah pandai semua benda..untung dapat dia tau!!
ensem,pandai,hebat semua lahh...

terharu sangat bila si dia kasi,sangat cantik..sumpah cantik.
corak cheetah n bulu-bulu.

ini sangkar momo ricik

bonding pouch,rectangle hammock,triangle hammock n sleeping pouch.

rectangle hammock n triangle hammock..

momo tengah jakun sebab mewah sangat.

momo suka kan sayang :)

comel sangat momo mama nie 


wahhhh...dah bertambah koleksi beg momo
pink floral beli,domokun mama jahitkan,pink plain n cheetah papa hadiahkan.
untungnya jadi momo dan memey tau..


Sabtu, 20 Ogos 2011

Pertunangan pakcu: Hantaran

Assalamualaikum w.b.t
cuti sem tahun nie paling mencabar dan banyak aktiviti berfaedah yang aku lakukan.
bab tido tu wajib..tapi..tapi...tapi bab keje haruslah seimbang ....
takk jugak,kadang-kadang tu tak tido sebab buat kerja.
aku bermula dengan bekerja bawah orang,mengukir plaster,kemudian berniaga on9,
menjahit,sekarang menerima tempahan kuih raya dan menggubah hantaran pertunangan pulak...
macam-macam aku buat...

entry kali nie berkenaan dengan hantaran pertunangan untuk paksu aku.
dia telah mengupah anak buahnya untuk menggubah hantaran pertunangan
alasan,jimat kos..hahaha
terima kasih kepada paksu n maktok sebab memberi pendapatan yang lumayan 
dan percaya dengan hasil kerja tangan cucunya..hehe
walaupon takda basic menggubah hantaran..first time buat..

Bermula dengan membeli barang di A tu Z,Seberang Jaya..harga sangat berpatutan,kalo jadi ahli la..
tak bole bagitau harga tapi kalo bawak RM 600 boleh buat 2set hantaran pertunangan.
zaman sekarang kalo upah buat hantaran biasa-biasa,range RM600 keatas..
tapi dulang semua perlu dipulangkan semula ye..jangan buat harta..

sangat letih memerah idea supaya kuar mencurah-curah tetapi tak berjaya..
setelah membuat rujukan di internet,blog-blog..tengok vid di youtube dll..barulah idea datang.

bertemakan gold,black,brown n cream..rona-rona warm colour

siap dihias dengan manik dan kain satin.

baru siapkan 3 row bunga..sepatutnya 4...hias bekas kuih raya dulu...


sudah siap 70%..tinggal untuk susun barang dan makanan ke dalam bekas..
mungkin raya ke-2 baru susun..

TADDAA!!!



zoom in!!!!!!

bunga -bunga cinta

peti cincin.

kotak cupcakes.

bekas biskut..

gubahan bunga.

manik-manik

tepak sireh pinjam kejap untuk bergambar..haha

Alhamdulillah percubaan kali pertama memberi hasil yang memuaskan.
kalo gunakan fresh flower sure cantik tapi masalahnya nak bawak jalan jauh,
better pakai bunga plastik..mudah dan tahan lama..

*sekadar perkongsian hasil kerja tangan.


Khamis, 18 Ogos 2011

Masakan: Oreo Black Beauty

Assalamualaikum w.b.t
arinie buat biskut yg ke-2..biskut oreo black beauty
sangap ranggup dan sedap sekali...
rugi kalo tak cuba buat..berbaloi..baloiiiii

ini hasil kerja tangan saya:
design n hiasan biskut rekaan sendiri ye..kreatif gituuu!!!




resepi diambil dari belog ini: http://resipicitarasawan.blogspot.com

selamat mencuba pasti tak mengecewakan..sumpah sedappppp!!!


Rabu, 17 Ogos 2011

Masakan: Almond London

Assalamualaikum w.b.t
sangat penat today sebab siapkan biskut raya yang pertama
buat almond london dulu sebab banyak step nak kena buat
baru siap lebih kurang 110 biji untuk 1 adunan tetapi saiz agak besar
perlu kecilkan saiz selepas ini..anggaran 500biji perlu disiapkan.
aku gunakan bahan-bahan yang berkualiti seperti buttercup,hershey's choclate n caramel.

hasilnya:

hiaskan dengan dark choc n karamel..mmg sedap!!!

simpan dalam bekas..

untuk choc nampak licin n berkilat..aku suggestkan produk nie..
dimasak bersama dengan choc.



sumber resepi daripada sini: http://sue-hasue.blogspot.com

sonok tau buat kuih raya..sangat puas..hehe


Sabtu, 13 Ogos 2011

Cuti-cuti Malaysia: Cameron Highland 2010

Assalamualaikum w.b.t
tengah godek-godek hard disk laptop lama aku,
terjumpa gambar pegi cameron highland dengan family...
walaupon laptop tak bole pakai tapi hard disk dia still berguna...
banyak kenangan dalam tu..

masa nie baru balik dari kelantan..tanpa dirancang
mak ayah ajak singgah cameron untuk beberapa jam pastu 
bertolak ke penang semula.

ayah n emak

1 happy family

nak beli buah pon sempat bergambar

adik n abang

adik n kakak


entry yang takda motif..saja teringat kenangan lalu...



Khamis, 11 Ogos 2011

Gadis Melayu??

Assalamualaikum w.b.t
entry kali nie bertajuk gadis melayu...apa kaitan dengan gadis melayu..
aku memang gadis melayu atau rancangan Gadis melayu di TV 9.
itu memang jauh...tapi ada la ura-ura minat nak masuk gadis melayu..hehe

entry kali nie juz nak bercerita,bukan untuk bangga diri ke..
ceritanya bermula begini...jeng..jeng..jeng

ada beberapa orang tegur aku kat facebook,
ini salah satu perbualan aku dengan seorang adik nie:

Adik: Salam akak,muka akak nie familiar lah.
Saya: Ye ke,adik pernah nampak akak ke?
Adik: pernah nampak dalam TV..
Saya: Uishhhh!! bila masa akak masuk TV nie.
Adik: tak silap saya akak nie masuk rancangan Gadis Melayu kan.
Saya: adik salah orang nie,akak tak pernah masuk Gadis Melayu.
Adik: yeke? sorilah akak...hehe

tak pasal-pasal femes kejap..hehe tak sangka lak ada orang ingat aku nie peserta Gadis Melayu.
then,ada kawan aku nie cakap muka aku iras-iras Ara Lee
siapa tak kenal Ara Lee...semua orang kenal..
Model yang hebat,cantik dll..kalo cerita memang tak abis..
Klik sini untuk terus ke belog Ara Lee.

ini adalah profil Ara Lee....boleh baca sendiri.

PROFIL 


Farah Najwa Zulkifli 


Tarikh lahir: 1 Oktober 1987 

Asal: Kuala Lipis, Pahang 

Hobi: Membaca, menyertai aktiviti lasak dan melayari internet 

Pendidikan: Diploma Syariah, Kolej University Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) 

Pencapaian: Tersenarai Top 23 peringkat ke-3, pencarian Gadis Melayu Musim ke-3 TV9 2010, Pemenang tempat Ke-2 Pencarian Model Tudung Fareeda 2011 kategori bawah 40 
tahun. 

gambar-gambar beliau:




kat mana yang sama eh?abaikan...yang penting k.ara lagi cantik n gojes.

sampai sini saja,adore wif ur face lah k.ara..bilalah boleh jadi cam akak eh..hehe
btw,sy ucapkan gud luck kepada k.ara n terus maju dan maju lagi.
luv u lah k.ara <3