Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 17 April 2011

Katak dua alam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia
arinie aku akan membincangkan isu-isu semasa yang tak asing lagi bagi kita semua.
mesti tertanya-tanya apa maksud katak dua alam???
katak dua alam sinonim dengan talam dua muka.

Menurut kamus dewan,talam bermaksud dulang yang tidak berkaki 
(tempat menyajikan minuman,makanan dll)
sebagai contoh: dia keluar membawa sebuah talam yang berisi secawan kopi dan sepiring kuih.
Talam dua muka pula bermaksud dua muka,munafik dan perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk keuntungan diri sendiri).

aku masih keliru,talam dua muka nie bukankah situasi dimana kawan menjadi pegkhianat
dan menceritakan benda yang tak betul kepada orang lain.
camne pulak kalo benda yang diceritakan tu betul dan memang orang itu melakukannya.
adakah itu juga talam??

inilah situasi talam sebenar:
inilah hakikat..talam makan talam dan dimakan oleh talam dan menjadi bertalam-talam
tidak sedarkah antara kalian juga adalah talam??

Di dalam dunia nie,terdapat berbagai-bagai ragam manusia,
Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. 
Ada yang hitam ada yang putih
. Ada yang wangi dan ada yang busuk. 
Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya.Kenapa ia bahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Jenis yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. 

Manusia talam dua muka ini sebenarnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada.Orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.

P/S:Talam dua muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya.Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!


Maaf dariku,terimalah hakikat sebenar
manusia sering melakukan kesalahan tanpa mereka sedari.