Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 6 Ogos 2011

Masakan: Cheddar Cheese Muffin

Assalamualaikum w.b.t 
dah masuk hari ke-6 kita berpuasa
baru arinie memasak manisan...tapi tak manis sangat lah
arinie mencuba resepi cheddar cheese muffin yang telah diolah oleh aku sendiri.
hasil memuaskan tetapi kurang gula dalam masakan..
percubaan kali pertama kan..jom tengok hasil masakan aku.
sangat mudah dan sedap....



Bahan-bahan:(12-13cup sederhana saiz)

bahan A
170g tepung gandum (diayak)
2 sudu teh baking powder
3 keping cheddar cheese/cheesedale (cincang)

bahan B
150ml susu segar
6 sudu besar gula (kalo nak manis boleh tambahkan lagi)
50g mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur grade A

hiasan:
cheddar cheese dipotong halus
gula pasir

Cara-cara:(20-25 minit/suhu 180c)

*panaskan oven.
*satukan bahan A ke dalam mangkuk dan gaul.asingkan
*satukan bahan B di dalam mangkuk lain.pukul sehingga sebati
*masukkan bahan A ke dalam mangkuk bahan B..gaul sehingga sebati
*tuang didalam cup.taburkan cheese dan gula.
*bakar sehingga kekuningan.