Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 20 Ogos 2011

Pertunangan pakcu: Hantaran

Assalamualaikum w.b.t
cuti sem tahun nie paling mencabar dan banyak aktiviti berfaedah yang aku lakukan.
bab tido tu wajib..tapi..tapi...tapi bab keje haruslah seimbang ....
takk jugak,kadang-kadang tu tak tido sebab buat kerja.
aku bermula dengan bekerja bawah orang,mengukir plaster,kemudian berniaga on9,
menjahit,sekarang menerima tempahan kuih raya dan menggubah hantaran pertunangan pulak...
macam-macam aku buat...

entry kali nie berkenaan dengan hantaran pertunangan untuk paksu aku.
dia telah mengupah anak buahnya untuk menggubah hantaran pertunangan
alasan,jimat kos..hahaha
terima kasih kepada paksu n maktok sebab memberi pendapatan yang lumayan 
dan percaya dengan hasil kerja tangan cucunya..hehe
walaupon takda basic menggubah hantaran..first time buat..

Bermula dengan membeli barang di A tu Z,Seberang Jaya..harga sangat berpatutan,kalo jadi ahli la..
tak bole bagitau harga tapi kalo bawak RM 600 boleh buat 2set hantaran pertunangan.
zaman sekarang kalo upah buat hantaran biasa-biasa,range RM600 keatas..
tapi dulang semua perlu dipulangkan semula ye..jangan buat harta..

sangat letih memerah idea supaya kuar mencurah-curah tetapi tak berjaya..
setelah membuat rujukan di internet,blog-blog..tengok vid di youtube dll..barulah idea datang.

bertemakan gold,black,brown n cream..rona-rona warm colour

siap dihias dengan manik dan kain satin.

baru siapkan 3 row bunga..sepatutnya 4...hias bekas kuih raya dulu...


sudah siap 70%..tinggal untuk susun barang dan makanan ke dalam bekas..
mungkin raya ke-2 baru susun..

TADDAA!!!



zoom in!!!!!!

bunga -bunga cinta

peti cincin.

kotak cupcakes.

bekas biskut..

gubahan bunga.

manik-manik

tepak sireh pinjam kejap untuk bergambar..haha

Alhamdulillah percubaan kali pertama memberi hasil yang memuaskan.
kalo gunakan fresh flower sure cantik tapi masalahnya nak bawak jalan jauh,
better pakai bunga plastik..mudah dan tahan lama..

*sekadar perkongsian hasil kerja tangan.