Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 3 Disember 2012

Birthday boy


Assalamualaikum w.b.t
Semalam adalah ulangtahun kelahiran si dia 2/12/2012
Tapi saya buat surprise pada hari sabtu sebab nak celebrate cepat-cepat
Konon rancang nak swoh dia teman g studio buat kerja pastu nak ajak g amik kerusi
dalam studio kaligrafi then surprise!!!!!!!!!
 tapi sebab studio kaligrafi ada orang so buat di studio painting.
Pergi pukul 8.30 dan hias semua..kul 9.30 g amik dia....nervous gilaaaa



Rancangan yang sebenar,ajak dia teman buat keje kat studio.
Pastu datanglah studio n studio gelap..bukak lampu n masuk..tadaaaaaa!!!!
sengih sampai ke telinga..sonok tengok dia happy.
terima kasih kat k.long sebab bekerjasama memajukan rancangan ini..haha


dah 23 tahun..tahun depan kawen k.

potong kuehnya

okeh..malu sangat (gedik)

birthday cake yang cantik & sedappp


Ini adalah ucapan untuk si dia: 

:) 

Selasa, 27 November 2012

21 tahun sudah.

Assalamualaikum w.b.t
Entry yang sangat gembira sebab usia semakin meningkat dan dah bole mengundi..haha
Pada 22/11/2012 adalah ulang tahun kelahiran saya yang ke-21 tahun...muda remaja lagi,
nak update belog lama dah tapi tak berkesempatan..arinie mengagahkan diri menaip.
macam biasa setiap tahun,si dia belanja makan n belikan cake.
takda surprise daripada si dia mungkin buzy dengan thesis or kerja,
tapi still happy sebab si dia belanja makan sampai boncit di Seoul Garden.
walaupon takda surprise daripada si dia,dapat surprise daripada kawan-kawan.
terharu sangat sanggup belikan cake dan datang depan rumah.
So,birthday tahun nie dapat 2 biji cake..hoyehhhhhhh

Ini adalah saat-saat mengembirakan dalam hidup:



yeayyyy...dapat red valvet cake daripada si dia..hehe


 makan-makan di seoul garden





memang boncit terus selepas makan kat sini..sedapppp

 sebaik saja buka pintu tergamam sebab ada kek n nyanyian daripada kebar n syakir..thanks korg.

choc n vanilla sponge cake with blueberry topping..yummehhhhhh

Happy sangat sebab ada orang yang sayang n hargai saya..thanks kepada kawan-kawan yang wish
birthday..terima kasih tak terhingga walaupon fb tolong ingatkan..haha
Paling berterima kasih kepada mak n ayah..walaupon jauh still kirim duit sebagai hadiah.
Terima kasih banyak kepada si dia sanggup korban masa dan duit untuk semua ini.
saya hargai sangat n berhutang budi pada awak.Akhir sekali, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-21 KEPADA DIRI SENDIRI (poyoss)

Tak sabar tunggu hadiah daripada emak..hehe


Rabu, 21 November 2012

Nak CANTIK: Mary Kay

Assalamualaikum w.b.t
semua orang nak cantik termasuklah saya..hehe
so,saya pergilah ke kelas Mary Kay, kelas tu memperkenalkan barang-barang Mary Kay.
sebelum nie saya dah dengar tentang produk nie tapi tak pernah cuba.
lagipon barang-barang Mary Kay agak mahal bagi saya sebagai seorang pelajar.
saya ke kelas Mary Kay nie dengan hanya RM 20 sahaja.
Sajalah nak mencuba...In Sha Allah nanti nak jadi ahli.
murah je dalam RM180 dan dapat macam-macam disamping tu bole promote dekat kawan-kawan,
dapat jugak pulangan nanti.

first sekali,guna produk untuk tangan..scrub tangan berbau peach.
memang best n rasa tangan segar sangat.
pastu rawatan muka,pakai mask untuk muka dan scrub untuk bibir.
then,pakai barang makeup Mary Kay..mineral makeup..baik untuk kulit

masa nie k.tira tengah ajar day makeup & night makeup

barang kosmetik Mary Kay 


konon pandai..makeup sendiri

lepas makeup makan nasi lemak dulu

overall, enjoy sangat pegi kelas nie sebab dapat kenalan baru,dapat tau produk baru
n dengan Mary Kay nie kita bole bina kerjaya..itu yang ku mahu..hehe



Rabu, 31 Oktober 2012

Zoo Taiping: Kembali ke zaman kanak-kanak


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum kembali ke S.alam aritu,dalam perjalanan ke S.alam 2 bulan lepas tak silap
ktorang singgah zoo..zoo apa?? Zoo Taiping.
last pergi masa umur 10 tahun rasanya...dah lama tak pergi.
dulu pergi bukan main happy lagi,sekarang rasa macam ada yang kurang lah.
maybe kecik-kecik dulu excited terlebih,tak sonok rasa sonok kan.
dah besar,pandai pikir terus rasa hurmmmmmm...

bayaran masuk sebanyak RM 12.00 untuk dewasa
kanak-kanak taktau..sorry

sebelum masuk,anda akan disajikan dengan arca/ sclupture haiwan seperti harimau,buaya,badak dll.
ayat macam saji makanan pulakss..biarkan

* image from travelwithbubles.blogspot.com

hahhh..inilah harimau..ehh singa kot..mana-mana jelah
asalakan daripada keluarga kucing.

seriously saya cakap,binatang tak banyak..mana pergi semua binatang??

bergambar dulu..boleh baca tak papan di belakang saya tuh.
semua yang disenaraikan disitu still ada tapi tak banyak.

jom kita terjah bersama-sama...mari saya kenalkan satu persatu ya kawan-kawan.


Ini namanya "marmoset telinga hitam" dan ada juga "marmoset telinga putih"
tubuhnya kecil sebesar tapak tangan orang dewasa,rupanya seperti monyet.
maybe,spesis monyet jugak nie..tingkahlaku yang teramat-amat-amat comelssss
cara dia berjalan memang comel n rasa nak picit sampai hancusss.



Dia nie pula bernama "ungka putih"..ada juga ungka perang n hitam.
ungka nie senang didapati di hutan kita sebab belakang rumah saya pon ada tau.
al maklum lah saya tinggal di kampung,belakang rumah hutan tebal.
bunyi ungka seperti siren ambulan...kuat dan nyaring.



suka sangat dengan corak musang nie..namanya "musang tenggalong".
coraknya ala-ala kucing hutan tapi sebenarnya ia adalah spesis musang.
boleh tahan besar..lebih kurang 4 kaki termasuk ekor.
comel sangat,rasa nak amik buat beg ka,kasut ka...kejam kannn



Ini tak lain dan tak bukan,mestilah babun bontot merah + purple..keh3
anak dia sangat comel sebab bulu color blonde.



Siapa tak kenal, wife kepada raja savannah,Afrika..Singa betina.
sekali mengaum,kecut perut..rasa cam nak lari laju-laju keluar dari zoo.



chimpanzee n kura-kura tengah makan salad bersama-sama.
dah macam kawan baik..sejuk mata memandang.


Ini adalah buaya tembaga..nampak ja diam.
sekali ngapppp..putus kaki.Besar ooo...7-8 kaki jugak lah.


Rusa...sedap nie kalo masak gulai..yumehhhhh


harammm...harammm...babi hutan.
Kandang dia pon sangat menjijikkan.berlopak n berlumpur.


kawasan tertutup..dalam nie ada burung,bangau,kelawar dan keluang.
besar gila keluang..gerun tengok.



comel gila memerang nie..buat tak tau lak murni..belakang rumah kau banyak..hehe
memang banyak tapi tak sejinak yang di zoo nie.


penat berjalan..behenti bergambar dan terus bergambar.

dulu suka buat trademark pistol di dagu..sekarang dah ubah trademark "silauu" pulak.

sebelum balik bergambar semula dengan arca yang ada.

overall saya kasi 2.5 bintang lah...sebab banyak sangat yang kurang.
mungkin masa saya pergi tu hari biasa jadi tak semeriah hari minggu..myb
binatang seperti harimau belang,gajah,zirafah saya tak dapat tengok.
hanya yang ada binatang basic seperti rusa,monyet,ikan,bab1,memerang..itu saja
mungkin malam penat buat show,so,siang tido..myb
apa yang saya tulis berdasarkan pengetahuan am yang ada tentang binatang ini semua,
takda masa nak gugel..lambat..haha
saya sangat cintakan haiwan,sebab tu saya perlu tahu pasal haiwan ini.
itu saja untuk entry kali ini. :) bubye

Masakan: Aglio Olio Spaghetti plus beef


Ini adalah spaghetti bawang putih (Aglio Olio)..spaghetti classic n basic..sangat mudah dibuat.
tapi saya dah ubah suai dengan memasukkan sedikit daging lembu korban aritu..keh3
kandungan agak kosong yang penting sedappp mehhhhhh



Bahan-bahan yang digunakan:

spaghetti ( saya guna jenis halus)
minyak zaitun
bawang putih
bawang bombay
daging kisar ( daging korban)
lada hitam
serbuk paprika (untuk pedas sikit)
kacang gajus (tambahan semata-mata)
bijan (hiasan)
garam
serbuk perisa

cara-cara:

tumis bawang putih + bawang besar dengan minyak zaitun
dah nampak perang,masukkan daging dan semua bahan diatas + sedikit air
gaul dan rasa,kemudian masukkan spaghetti dan gaul..


SIAPPPP!!!!SELAMAT MENCUBA :)

Selasa, 30 Oktober 2012

Masakan: Puding Caramel Super Sedap


Buat petang ahad..ketika bosan n terasa nak makan sesuatu yang manisss
nom..nomm..mmm dap..mmmmmmmm

Nak tau cara paling mudah untuk buat puding caramel nie..cubalah resepi nie.
pasti dan yakin 100% sedap serta memuaskan.

Bahan-bahan:

1/2 cawan gula pasir
1 cawan air (kedua bahan ini jadikan caramel)

8 biji telur ayam ( 4 penuh dan 4 lagi kuning sahaja,putih taknak)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar tepung kastard (berfungsi sebagai pengeras)
i sudu besar esen vanilla

Cara-cara:

(1) masak gula + air dalam kuali sehingga coklat caramel n pekat,
masukkan dalam bekas or acuan yang kita suka..biarkan sejuk dan keras

(2) gaul telur + susu cair + susu pekat + tepung kastard + esen vanilla bersama.

(3) tuangkan kedalam bekas yang berisi caramel.

kukus didalam periuk pengukus selama 30 minit.

#tips: untuk elakkan permukaan puding berlopak..balut tudung periuk dengan kain.
kukuslah seperti biasa.



Selamat Mencuba :)