Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 Januari 2012

Be yourself

Assalamualaikum w.b.t.
entry kali nie berkenaan dengan kehidupan kita yang dikelilingi oleh pelbagai jenis orang,
bermacam-macam ragam orang di dunia nie,ada masam ada manis,
ada hitam,ada putih..ada cantik,ada kurang cantik..
macam-macamlah..yang penting bersyukur dengan apa yg dikurniakan-Nya.

sebagai seorang perempuan,kita tak lari dari perasaan cemburu melihat teman lain yang lebih berbanding kita,
so,kita pon nak jadi sepertinya bukan??

kita boleh jadi sepertinya kalo kita mampu,tapi jangan paksa diri untuk menjadi sepertinya jika 
kita kurang mampu..itu rezeki masing-masing.

Situasi 1: 
Si A baru beli beg LV,Si B tengok jeles, n dia pon nak beli beg camtu
juga..tapi masalahnya sekarang dia tak mampu dari segi kewangan..

so,mudah saja..kita tak perlu beli beg mewah untuk menjadi seperti rakan kita,juz be yourself..
myb dengan beg berharga RM 30,still kita boleh nampak hott n bergaya.
siapa kata tak boleh,boleh kalo nak nampak bergaya juz kena pandai gayakan 
dengan pakaian n kasut yang tepat.

Situasi 2:
Si B pandang je baju membe dia,dalam hati.."cantiknya baju Si A,
agak-agak kalo aku pakai mesti lagi cantik kan..kan.."

Tak semua pakaian yang kita tengok cantik di badan orang,pasti cantik di badan kita,
hakikatnya sebaliknya..myb orang tu pandai memilih baju yang tepat dengan bentuk tubuhnya..
oleh itu,jadilah diri sendiri,pilihlah pakaian yang bertepatan dengan badan n kulit kita.

begini lah kehidupan seorang perempuan,terus terang aku katakan,
perempuan nie materialistik..kalo bole semua sudut mau tampak sempurna...
sempurna dimata sendiri juga dimata orang lain..tak perlu bersikap sedemikian,
jadilah diri sendiri,tak perlu berpura-pura semata-mata mau disanjungi dan dipandang kerana harta.
'sempurna tak semestinya bahagia'..'sempurna itu cantik,tak sempurna itu tak semestinya tak cantik'.
fikir-fikirkan lah...


Tiada ulasan: