Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah tamat jugak penderitaan painting part 3 kali nie,
sumpah sangat-sangat letih....makan,tidur semua tak terurus.
masa dihabiskan di studio semata-mata untuk subjek major yang amat berat ini.
bagi lepasan diploma,maybe ini adalah perkara biasa kerana diorang dah banyak pengalaman,
nak dibandingkan dengan kami budak-budak lompat nie memang jauh ketinggalan.
akhirnya berjaya siapkan walaupon mengambil jarak masa yang agak panjang..
orang lain dah siap,aku malam nak antar baru terkial-kial siapkan.
bukan 1 painting tetapi 2 painting.
proses penghasilan:
baru lukis sikit aku dah tinggal selama seminggu tanpa progress..haha
tambah sikit dan tinggal selama seminggu.
masa semakin menghampiri..bertukus-lumus,,padahal tinggal lagi 3 hari untuk siapkan.
TAJUK: GELANG KAKI TRADISIONAL MELAYU 1
MEDIA : CAT MINYAK ATAS CANVAS
SAIZ: 4’ X 3’
TAHUN: 2012
TAJUK: GELANG KAKI TRADISIONAL MELAYU 2
MEDIA :ARCYLIC ON CANVAS
SAIZ: 3’ X3’
TAHUN: 2012
hasil usaha gigih tapi tak gigih sangat la.
Sudah menjadi kebiasaan bagi muda mudi, semenjak beberapa kurun yang lalu memakai gelang kaki sebagai perhiasan diri serta menjadi keistimewaan masyarakat Melayu khususnya kaum wanita.Besar kemungkinan kemasyhuran ini bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini dapat dipercayai berdasarkan hubungan perdagangan dan perniagaan yang dijalankan oleh orang India atau lebih dikenali dengan panggilan "Keling Pelekat" yang sering masuk ke kampung-kampung untuk berniaga. pembentukan gelang kaki hampir serupa, biasanya dibuat sepasang.
Gelang kaki biasanya dipakai oleh wanita Melayu, India dan Nyonya. Di Melaka, pengantin perempuan yang berpakaian tradisional berasa tidak lengkap sekiranya tidak memakai gelang kaki apabila menaiki pelamin
Pada mulanya gelang-gelang dibentuk dengan menggunakan dawai-dawai kasar yang dipintal bulat dan dicelup atau disadur emas. Namun yang demikian terdapat juga gelang-gelang yang diperbuat daripada plastik yang tidak kurang cantiknya. Bagi mereka yang berada atau yang kaya, gelang-gelang mereka ditempah khas, biasanya diperbuat daripada emas atau perak.







0 orang budak comel:
Catat Ulasan