Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 Januari 2012

Masakan: Mee tomyam

Assalamualaikum w.b.t
arinie buat majlis makan-makan sikit di rumah..
ajak sedara mara,sepupu sepapat semua..jemput dua family sahaja..itupun hampir 20 orang,
termasuk dengan isi rumah yang sedia ada..
yelah,tengah cuti sem nie boleh la masak-masak sikit bagi sedara makan.
baru diorg tau kewujudan aku kat penang nie,kalo tak, tak tau yang aku dah balik..
kali nie masak mee tomyam,salah satu makanan fevret aku.
aku nie memang hantu tomyam,asal g kedai ja order mee tomyam kurang pedas,
muka melayu tapi lidah mat salleh,tak tahan masakan pedas..


buat dalam periuk besauu punyaaa...


celur mee kuning..


hasilnya...Tadaaaa!!!

nampak sedap kann..cepat cakap sedapp..kalo takkkk...........

Sebenarnya letih jugak masak sorang-sorang nie,tapi tak pa,disebabkan keikhlasan nak
bagi makan bekas air tangan anak dara maklong (emak saya)...masak juga,gigih orang kata..hehe

Mudah saja nak buat tomyam kuah pekat nie,bahan-bahan yang digunakan sama macam yang lain,
tapi teknik je berbeza..antaranya blend tomato,bawang putih n bawang besar untuk pekatkan kuah..
kalo boleh masak tu pakai stok ayam,kalo takde stok ayam,masukkan air n kiub pati ayam know.

Selain itu,tumis cili kisar sampai naik minyak n tuangkan kedalam kuah..tomyam tu nanti jadi
ho..ho..holiawwww..punya..n jangan lupa masukkan susu cair,air perahan limau dan juga sos ikan.
Selamat Mencuba :)



Tiada ulasan: