Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 25 Februari 2012

Shah Alam menanti

Assalamualaikum w.b.t
sekejap ja cuti sem kali nie,rasa cam taknak balik ja s.alam,
tp nak buat camne,amanah n tugas perlu dibuat,
bukan senang nak belajar then nak urus benda lain lagi,
apa-apa pon kne buat,letih tu tak payah cakap lah..
tapi sanggup berkorban demi diri sendiri dan orang lain jugak,
kalo terjadi pape,orang akan salahkan kita,
dalam hidup nie satu ja nak mengelakkan semua nie,
jalan yang paling mudah diamkan diri n pekakkan telinga.
bukan semua orang akan puas hati dengan kita,mesti ada benda tak kena
tak boleh salahkan orang sekeliling jugak,
sebelum nak bertindak apa muhasabah diri terlebih dahulu..
mungkin kita ada buat orang terasa hati atau terlepas cakap.

sentiasa ingat kebaikan yang orang lakukan terhadap kita dan 
segera lupakan kesalahan orang terhadap kita.

dalam dunia nie banyak jenis orang,banyak pulak perangainya.
ada kaya,ada sederhana n ada yang miskin,
bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya,
itulah orang cakap,rezeki orang lain-lain,
so,nak buat keputusan apa-apa ikut kemampuan diri.

sedihnya nak tinggalkan rumah,sebab lagi selesa dirumah berbanding tempat lain,
aku memang camnie,homesick 
tapi aku bukanlah anak manja,setakat manja dengan family normal lah tu kan,
walaupon anak perempuan sorang dalam keluarga,
aku tak pernah diajar dimanjakan diri bagai puteri,
apa-apa keputusan di tangan aku,
aku diajar hidup berdikari,dengan umur 20-an nie,
masa nie lah masa untuk belajar berdikari tanpa mengharapkan ayah mak,
cuba jadikan mak ayah sebagai rujukan sahaja.

esok bertolak dari rumah jam 9.00 pagi,
barang-barang malasnya nak kemas,barang aku saja dah penuh kete,
nasib baik berdua ja ngn membe aku,ada jugak peneman,
pulau pinang ke s.alam amik masa 5 jam,
lama jugak kan,takut sakit badan ja drive nanti.

semoga dipermudahkan segala urusan di sana nanti.
semoga selamat pergi dan selamat sampai..amin


Jumaat, 24 Februari 2012

Masakan: Aiskrim goreng mudah

Assalamualaikum w.b.t
nak tau cara buat aiskrim goreng dengan pantas dan mudah..



bahan-bahan:
roti gardenia
aiskrim 
acuan karipap
sudu

cara-cara:
amik roti letakkan di tengah acuan karipap..sudukan aiskrim ditengah-tegah dan kepit.
siap dan sedia untuk digoreng.

(mudah dan lazat)

Khamis, 23 Februari 2012

Masakan: Meatballs spaghetti ala Malaysia


Bahan-bahan:

bebola daging:
daging kisar + bawang bombay mesin + bawang putih mesin + daun bawang + serbuk perasa
+lada hitam +lada putih+serbuk oregano + garam + gula + tepung jagung.(bulatkan dan rebus)

kuah:
(1)Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.(bawang jeruk sebagai tambahan)
(2) masukkan cili kisar,goreng sehingga naik minyak.
(3) masukkan daging kisar dan stok bebola daging yang direbus tadi.
(4)masukkan kiub pati ayam knor,tomato dan cendawan.
(5) masukkan sos prego,masak sehingga mendidih.
(6) kawal masin,manis dalam masakkan dan masukkan bebola daging.

sebagai tambahan: masukkan oregano kisar + lada putih

tips:
beli daging kisar yang mahal sedikit..kalo pakai ramly memang banyak lemak.
nak cuci periuk pon susah.

Rabu, 22 Februari 2012

Masakan: Kawaii mee

Assalamualikum w.b.t
malam semalam teramat-amat lapar,then terpikir nak makan megi,
kebetulan ayah jugak nak..so,masak megi secara sihat...hehe
tetiba terpikir,urmmm nak buat style bento lah hias comel-comel gitu.
after dah siap,hidangkan kat ayah,ayah pon terkejut tengok sebab comel sangat..haha
inilah hasilya:

nampak sedap kann...

hotdog dah jadi sotong comel

Nanti dah ada anak nak hias comel-comel makananya,baru anak berselera makan.
ibu pon gembira..pui3

Masakan: Red velvet cupcakes

Assalamualaikum w.b.t
Aktiviti hari ini memasak n itu merupakan hobi tetap,
masa sek rendah dulu agak pelik lah bila tanya mak.."mak,hobi mak apa?"
mak jawab memasak...n mula hairan sebab di sek cikgu ajar hobi lain,
contohnya: mengumpul setem,menunggang basikal,membaca buku dll.
sekarang persoalan itu terjawab apabila aku sendiri menjadikan aktiviti masakan sebagai hobi.
disebabkan hobi sama dengan mak,jadi kelengkapan yang ada di rumah agak lengkap lah.

sebenarnya tak pernah buat red velvet nie,sekadar mencuba nasib,kalau ada rezeki jadi,
Alhamdulillah menjadi tetapi masalah dengan oven pulak,dah rosak agaknya,
ada cupcakes yang terbantut sebab haba tak sampai kepadanya,
inilah hasil red velvet cupcakes for d first time.....





buat semua ini tanpa perancangan dan menggunakan bahan yang sedia ada dirumah.
untuk topping memang bahan tak cukup..so,amik jalan mudah dan menggunakan bahan-bahan berikut:

cream cheese + cream kek segera + susu segar

Isnin, 20 Februari 2012

Masakan: Apam polkadot gebuss

Assalamualaikum w.b.t
ini adalah apam polkadot yang dibuat petang tadi,
mengidam nak makan terpaksa la buat..haruslah warna pink kan..hehe
bahan-bahan:

3 biji telur sejuk ( daripada peti sejuk)
200g tepung gandum
200 g gula halus
150ml susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen ros (supaya apam bau wangi dan hilang bau telur)
filling strawberry,blueberry,choc (ikut suka)
paper cup & acuan kuih lompang

cara-cara:
(1) Pukul telur menggunakan mixer dengan kuasa paling laju
(2) masukkan gula dan pukul sehingga kembang
(3) masukkan pula ovallete dan esen ros
(4) masukkan susu segar diikuiti dengan tepung berselang seli
(tepung diayak dahulu bersama baking powder)
(5)masukkan esen vanilla
(6) asingkan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna kesukaan

tips: 
*masukkan paper cup kedalam acuan kuih lompang terlebih dahulu.
*masukkan adunan menggunakan sudu bagi menggelakkan tepung masuk angin.
*Untuk dot-dot,masukkan kedalam bekas sos (mcm dekat kedai burger tu)
 yang mempunyai muncung tirus. supaya dot-dot nampak kemas dan sama saiz.
sekian.Terima Kasih

Ahad, 19 Februari 2012

Perkahwinan pakcu: Hantaran kahwin

Assalamualaikum w.b.t
start minggu nie,sangatlah bz dengan persiapan perkahwinan,persiapan nak masuk sem baru,
bukan aku yang kawen tetapi bapa sedara aku yang kawen.
aku diberi kepercayaan oleh paksu aku untuk siapkan hantaran perkahwinan dia,
padahal aku nie langsung takda kemahiran dalam bidang nie,setakat nak gubah gitu-gitu boleh lah..
aktiviti seharian aku..bangun pagi,kemas rumah,masak nasi n lauk untuk ayah n adik nak balik makan,
petang pegi rumah maktok untuk buat kuih dan macam-macam lagi..
untuk hantaran,tema yang dipilih adalah silver..aku tak tau nak combine dengan kaler apa,
aku amik je kaler merah,purple sikit dan putih...

inilah hasilnya:

Al-quran dan telekung

set mandian dan makeup Sephora

Perfume Salvatore Ferragamo

Handbag Charles & Keith n jam tangan Bonia.

Bekas kosong

Bekas kosong

keseluruhan..hehe

menggunakan artifical flower sebab nak jalan jauh nanti,kalo pakai bunga hidup memang 
hasilnya memukau tapi tak tahan lama..sebab dari penang ke kl hampir 5 jam jugak lah.
ini baru siap 80%..blom tambah barang n riben lagi..tak tau lah nak cakap..
saya tak pandai,someone plzzz beri tunjuk ajar..huhu
nampak cam tak berseri kan,,perlukan sedikit sentuhan warna kuning...
nak letak rama-rama kuning lah..baru comelllll.



ini pula sireh junjung + bekas cincin...zaman sekarang daun sireh pon dah tak pakai yang betul,
semuanya plastik belaka..ini blom siap lagi sebab dah takda idea sangat3x..
camne nie..camne??? tapi better kan daripada sebelum nie hantaran pertunangan
nantikan nak sembur bunga pakai perfume,baru wangi kalah bunga segar.

sekian sahaja,kisah budak baru belajar :(

Selasa, 14 Februari 2012

DIY: Goldfish origami

Assalamualaikum w.b.t
aktiviti dikala bosan ialah bersiar-siar di youtube,
tengok vid menarik,cerita menarik...tup..tup terjumpa origami ikan yang super duper cute nie,
terus g cari kertas n follow step by step macam yang diajar dalam vid tu,
mula-mula confuse,pastu rewind,confuse,rewind,confuse,rewind sampai lah tercipta idea sendiri,
so,origami ikan aku inspired by Davor Vinko.
yeahhh...Goldfish origami by Eykin Murnie...wink...wink ^ ^


fish origami yang damn cute !! love it

Inilah yang dikatakan belajar daripada kesilapan.sila jangan gelak ye...ini percubaan kali pertama.
nak buat ekor tak tau..sumpah tak tau camne,sebab tak paham dalam vid tu ajar,
so,aku main hentam buat ekor,secara automatik ikan aku jadi ikan emas...hehe
tak pasal-pasal jadi rekaan aku sendiri...happy ^ ^

comel tak??

pandangan separa sisi

pandangan belakang

ikan emas lompat-lompat

banyak step buat nie..aku pon dah lupa sebenarnya...harus gigih buat nie..
imej sebenar ikan emas..hampir serupa kan...boleh laaaa



Selasa, 7 Februari 2012

Sushi lover

Assalamualaikum w.b.t
tetiba rasa nak buat entry tentang makanan Jepun yang femes iaitu 'Sushi '
i love sushi,so damn much..kalo pergi Jusco memang tak sah kalo tak beli sushi,
fevret sepanjang masa nie,sampai amik kelas bahasa jepun tuu..ok ini tipu..
amik kelas jepun sebab sebutan dia mudah a,e,i,o,u..senang dibunyikan....
contoh: nisen juichi nen juni gatsu mika nichi....apa tuhhh..keh3

sebenarnya teringin jugak nak g makan di sushi king,sakae sushi..tah lah
asal kuar je serbu kedai steamboat...itu fevret sepanjang zaman jugak.hehe

ini adalah sushi Jusco,sedapppppppp tak terkata

okehh..siap dinomborkan..sushi nie ada banyak jenis tau,antaranya ialah:

1.Maki sushi: 
sejenis sushi yang digulung dan berinti.
dalam maki sushi nie ada banyak lagi jenis contohnya chu maki,futo maki,hoso maki,temaki n uramaki.
(bukan termaki ye)..

2.Sashimi:
sashimi merupakam hirisan seafood mentah spt, salmon,tuna,mackerel,squid,octopus,shrimp,
yellow tail (sejenis ikan),puffer fish/ spesis ikan buntal (ikan nie sangat beracun,kalo salah hiris bole termakan racun dan koma beberapa hari),scallop dll.

3.Nigiri sushi
sushi yang mempunyai lauk diatas spt,sotong kurita (tako),belut (unagi),belut laut (anago),
sotong (ika),sweet egg (tamago) dan telur ikan (caviar).



masih tercari-cari apa nama bebola nasi pink tuhh..rasa sejibik cam serunding ikan juz kaler ja lain.
tapi yang pasti..awesome


ini pulak antara fevret nigiri sushi.

1.sotong dan bijan 2.raw salmon 3.raw octopus 4.lala 5.lala dan cili 6.obor-obor.
Selalunya aku makan lauk mentah dengan soy sauce (shoyu) n wasabi sebab nak elak bau hanyir.
result dia..perghhhh terbaik..masin pedasss n panas tekak..



Selain daripada makan sushi,teppanyaki box nie pon sedap jugak.fevret jugak nie..sumpah sedap
makan dekat Time Square KL...nama kedai tu Mr.Teppanyaki..harga RM 15-18.

kandungan box nie:

1.Nasi putih (beras jepun kecik dan bulat)
2.Coleslaw (thousand island + cabbage + carrot )
3.Pickles (lobak putih..sedap sangat3x)
4.Fried chicken (ranggup)
5.Watermelon.

Itu saja makanan jepun untuk kali ini..Oyasumi nasai..


Isnin, 6 Februari 2012

Bonding time with family

Assalamualaikum w.b.t 
Petang tadi pegi rumah maktok n tokayah sebab nak bawak diorg makan,
lama tak makan sama-sama camnie,skali skala ja dapat kumpul bersama.
yelah tiap kali aku ada umah,abang aku takda..bergilir-gilir dok umah sebab cuti masing-masing tak sama.
tadi g makan dekat bertam,Kepala Batas...Aida cafe tak salah..entah lahh..
ingat Aida ja depan..belakang-belakang tu dah tak ingat...makanan kat situ amat memuaskan hati.
sedap,service bagus,harga mahal sikit daripada kedai biasa,tapi berbaloi lah..kalo daripada 5 bintang,kasi 4 lah..

Big boss n emak

maktok n tokayah

awang atir

nasi goreng ikan masin....atir punya

nasi goreng ayam..tokayah punya

nasi goreng paprik...ayah punya

nasi goreng ayam kunyit...maktok punya

mix grill....aku punyaa

fish n chip...emak punya

Alhamdulillah,happy tengok maktok n tokayah makan,nampak sihat lagi diorg nie,
walaupon hakikatnya sebaliknya.....biasalah tu dah jadi warga emas..cucu dah banyak...
akhir kata,semua makanan kat sini sedap-sedap belaka..tak rugi makan sini tauu..


Ahad, 5 Februari 2012

Yang mana satu pilihan kalbu..lalala

Assalamualaikum w.b.t
ishhh tak tau lah nak pilih yang mana nie..dua-dua ok tapi yang ini lagi power kot,
aku taknak DSLR pon,sebab tak pandai guna...Nikon Coolpix P500 nie agak cool jugak kan...
tertarik pulak dengan yang ini tetapi harga up sikit lah..mahal 500++ daripada
Nikon Coolpix L120...bentuk hampir serupa..warna pon sama..cuma saiz berbeza kot.

jom tengok:


wowwww....cantiknyeeeeeeeeeee



screen dier boleh bukak..coolllllllllll



yang paling cool..bole zoom 36x....hebatttt


Nikon CoolPix P500 - Trailer



foco manual video nikon p500



Nikon P500 review 2



best..best..best...aku mahuuuu iniiiiii....plsssssssssss