Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 7 Februari 2012

Sushi lover

Assalamualaikum w.b.t
tetiba rasa nak buat entry tentang makanan Jepun yang femes iaitu 'Sushi '
i love sushi,so damn much..kalo pergi Jusco memang tak sah kalo tak beli sushi,
fevret sepanjang masa nie,sampai amik kelas bahasa jepun tuu..ok ini tipu..
amik kelas jepun sebab sebutan dia mudah a,e,i,o,u..senang dibunyikan....
contoh: nisen juichi nen juni gatsu mika nichi....apa tuhhh..keh3

sebenarnya teringin jugak nak g makan di sushi king,sakae sushi..tah lah
asal kuar je serbu kedai steamboat...itu fevret sepanjang zaman jugak.hehe

ini adalah sushi Jusco,sedapppppppp tak terkata

okehh..siap dinomborkan..sushi nie ada banyak jenis tau,antaranya ialah:

1.Maki sushi: 
sejenis sushi yang digulung dan berinti.
dalam maki sushi nie ada banyak lagi jenis contohnya chu maki,futo maki,hoso maki,temaki n uramaki.
(bukan termaki ye)..

2.Sashimi:
sashimi merupakam hirisan seafood mentah spt, salmon,tuna,mackerel,squid,octopus,shrimp,
yellow tail (sejenis ikan),puffer fish/ spesis ikan buntal (ikan nie sangat beracun,kalo salah hiris bole termakan racun dan koma beberapa hari),scallop dll.

3.Nigiri sushi
sushi yang mempunyai lauk diatas spt,sotong kurita (tako),belut (unagi),belut laut (anago),
sotong (ika),sweet egg (tamago) dan telur ikan (caviar).



masih tercari-cari apa nama bebola nasi pink tuhh..rasa sejibik cam serunding ikan juz kaler ja lain.
tapi yang pasti..awesome


ini pulak antara fevret nigiri sushi.

1.sotong dan bijan 2.raw salmon 3.raw octopus 4.lala 5.lala dan cili 6.obor-obor.
Selalunya aku makan lauk mentah dengan soy sauce (shoyu) n wasabi sebab nak elak bau hanyir.
result dia..perghhhh terbaik..masin pedasss n panas tekak..



Selain daripada makan sushi,teppanyaki box nie pon sedap jugak.fevret jugak nie..sumpah sedap
makan dekat Time Square KL...nama kedai tu Mr.Teppanyaki..harga RM 15-18.

kandungan box nie:

1.Nasi putih (beras jepun kecik dan bulat)
2.Coleslaw (thousand island + cabbage + carrot )
3.Pickles (lobak putih..sedap sangat3x)
4.Fried chicken (ranggup)
5.Watermelon.

Itu saja makanan jepun untuk kali ini..Oyasumi nasai..


Tiada ulasan: