Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 April 2012

Terima Kasih Emak


saya sudah bertunang...yeayyyy!!!
Terima kasih mak diatas pemberian ini..sayang mak <3

Khamis, 26 April 2012

Pementasan Guru

Assalamualaikum w.b.t
Tajuk entry kali nie "Pementasan Guru"
slalunya kita tengok di Pra sek dan tadika..pementasan costume dipakai oleh kanak-kanak,
kali nie pulak,dipakai oleh bakal guru Tadika Kemas pula.
Majlis diadakan di Instituti Perguruan Kampus Tuanku Bainun.
Dibawah department Kajian Sosial(Seni dalam pendidikan)
Ayah merupakan lect penaung dalam aktiviti nie,
so,ikutlah ayah g tengok cikgu-cikgu buat persembahan.


pementasan pertama: Matahariku.
(Guru Muzik dan Kemahiran hidup)


pementasan kedua: Kalau salah,tolong tunjukkan.
(Guru Matematik dan B.Melayu)

Pementasan ketiga: Bee...Ohh...Bee
(Guru Prasekolah)

Pementasan keempat: Bunga kesayangan ibu
(Guru sains dan B.cina)

snap gambar dengan student ayah,yang semuanya lepasan degree,
sambung belajar untuk jadi cikgu.

sangat selekeh malam tu.

Pementasan kelima: Jilawat..Ohh..Jilawat

Keseluruhan,semua ok tapi sangat klakar sebab watak kanak-kanak dimainkan oleh orang dewasa.
gelak ja sepanjang pementasan.

Student life: Rumah baru

Assalamualaikum w.b.t
lama nak story mory pasal rumah baru ktorg,
baru je pindah ke rumah baru sem nie,
pindah sebab ada masalah dengan owner lama,lupakan kisah lalu
Alhamdulillah umah kali nie lebih selesa dan luas.
satu bilik 2 orang sahaja,jumlah 4 bilik kesemuanya.
d best part is hias bilik lahhh...

bunga-bunga menyinari

almari kecilku,tapi dah patah..huhu

ada tanglung,beli kat daiso 5 inggit
banner bunga-bunga tu idea saya,tapi ain buatkan sebab saya malas.

pink saya punya,hitam ain punya

comelkan..pls cakap comel

itu je gambar bilik ktorg..2 buah bilik dilengkapi dengan ekon,
lagi 2 bilik takda,tapi kami tak pakai pon sebab nak jimat letrik,
semua peralatan lengkap kecuali mesin basuh baju ja takda....takpe dobi depan umah,
kalo ikutkan harga rumah nie mahal sikit daripada rumah lain sebab rumah ktorg corner lot,
bayar lebih takpe asalkan luas dan selesa :)

Rabu, 25 April 2012

Masakan: Ikan Kukus Ala Thai

Assalamualikum w.b.t
arinie nak kongsi resepi ikan kukus ala thai,
senang dan cepat.



bahan untuk digaul:-(bahan A)

4-5 ekor ikan kembung
1sudu minyak masak
1 inci halia ditumbuk halus
1 biji bawang putih ditumbuk halus
2 sudu jus limau kasturi
1 sudu tepung jagung
serbuk perasa
garam & gula


Bahan untuk ditabur:-(bahan B)
(hiris halus semuanya)
2 inci halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
daun bawang
1/2 batang bunga kantan
daun saderi
3 helai daun limau purut
3 biji cili padi

cara-cara:
gaul ikan dengan bahan A dan tabur bahan B..masukkan kedalam periuk kukus.

Isnin, 23 April 2012

Masakan: Singgang ikan tumis

Assalamualaikum w.b.t
arinie nak kongsi resepi singgang ikan,
ini adalah makanan kegemaran arwah nenek...
teringat pulak...hurmmmm



singgang ikan nie masakan paling mudah,antara lauk yang sedap dan pantas pembuatannya.

bahan-bahan:

3-4 ekor ikan kembung
1 labu bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih diracik halus
1 batang serai diketuk
1/2 sudu serbuk kunyit/ 1 inci kunyit hidup ditumbuk halus
1 cawan air 
1-2 asam keping/ 1/2 asam jawa adabi
garam dan gula
serbuk perasa

cara-cara:

tumis bawang putih, bawang besar dan kunyit ,sekejap sahaja
masukkan air + serai + asam keping/ asam jawa,sampai mendidih
masukkan gula,garam,serbuk perasa,dah ok
masukkan ikan dan masak sehingga mendidih.

selamat mencuba :)

Ahad, 22 April 2012

Azam yang belom tercapai

Assalamualaikum w.b.t
lama tak update,tup..tup update sal azam pulak,
sebenarnya dah lama nak semua nie,tapi apakan daya..tak tau bila masanya
baiklah ayuh kita mulakan esok...


sebenarnya saya mahu tambahkan berat n nak cuba tips ini:

1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian

-caranya-
-gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti



2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
-caranya-
-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.



3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
-caranya-
-ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.



4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
-caranya-
-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak.hindari makanan yang mengandungi banyak lemak



5.Melakukan senaman secara teratur
-caranya-
-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan



6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
-caranya-
-ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.



7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
-caranya-
-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan



8.Sokongan makanan tambahan
-caranya-
-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil.


orang lain sibuk mahu kuruskan badah,aku sibuk mahu gemukkan badan.
gigih..harus gigih naikkan berat badan.




Sabtu, 7 April 2012

Perkahwinan pakcu: Pajak song,Kepala Batas

Assalamualaikum w.b.t
arinie merupakan walimatulurus bagi pihak lelaki pula,
diadakan di umah maktok,pajak song sebab nak rasakan suasana kampung.
sangat meriah dengan kehadiran tetamu n sanak saudara.
walaupon cuaca panas tetapi semuanya berjalan dengan lancar.alhamdulillah.


pelamin yang simple bertemakan purple

meja makan pegantin

lauk pauk yang ada

teh tarik station

laksa,ketupat n nangka 

paling menarik,murtabak station

ketibaan pegantin..panas terik



persembahan silat

tokayah n maktok

motor binatang,macam-macam ada

emak n ayah tercinta

Ahad, 1 April 2012

Perkahwinan pakcu: Taman Melawati

Assalamualaikum w.b.t
arinie tanggal 1/4/2012 merupakan hari bersejarah bagi paksu,
dah kawen dah,lepas nie mesti susah nak jumpa.
tapi kan,majlis dia sangat-sangat best n bertemakan purple,sweet sangat!!
nak jugak camnie...diadakan di wisma LJT,Taman Melawati,KL.

 cantik kan ayah tulis

 sweet sangat

 pelamin yang sumpah cantik

 annas dan munirah


 gerbang 

 sila menangis sekarang


 makan beradap,meja makan pengantin

 makanan kami,sedapp

 ika n intan juga ikut

 emak n ayah

 pihak lelaki

sangat cantik

sesi memotong kek

kek perkahwinan

murni,ika n intan

nak kawen jugak !!

hehe..malu

majlis yang sangat sempurna n mewah,teringin jugak majlis camnie.
tahniah buat paksu n k.mun,sudah bergelar suami isteri.
Selamat Pengantin Baru.