Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 23 April 2012

Masakan: Singgang ikan tumis

Assalamualaikum w.b.t
arinie nak kongsi resepi singgang ikan,
ini adalah makanan kegemaran arwah nenek...
teringat pulak...hurmmmm



singgang ikan nie masakan paling mudah,antara lauk yang sedap dan pantas pembuatannya.

bahan-bahan:

3-4 ekor ikan kembung
1 labu bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih diracik halus
1 batang serai diketuk
1/2 sudu serbuk kunyit/ 1 inci kunyit hidup ditumbuk halus
1 cawan air 
1-2 asam keping/ 1/2 asam jawa adabi
garam dan gula
serbuk perasa

cara-cara:

tumis bawang putih, bawang besar dan kunyit ,sekejap sahaja
masukkan air + serai + asam keping/ asam jawa,sampai mendidih
masukkan gula,garam,serbuk perasa,dah ok
masukkan ikan dan masak sehingga mendidih.

selamat mencuba :)

Tiada ulasan: