Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 26 Jun 2012

Masakan: homemade pizza


 Pizza akan sedap bila roti pizza menjadi dengan sempurna.
entry kali nie nak kongsi cara-cara membuat doh pizza yang gebu dan lembut.
bole cuba kalo tak percaya.

bahan yang diperlukan:

250g tepung gandum halus (saya pakai jenama bluekey)
50ml susu segar + 100ml air suam (satukan mereka)
1 sudu besar yis kering (jenama mauripan)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar madu
2-3 sudu besar marjerin (saya pakai jenama pelangi)
1 sudu kecil oregano (saya pakai herba campur)

cara-cara:
  1. campuran air suam dan susu satukan kedalam mangkuk,masukkan gula dan yis kering.kacau dan biarkan selama 5-10minit sehingga yis mengembang.
  2. di dalam mangkuk besar,masukkan tepung,garam,marjerin,madu dan oregano.gaul sebati.
  3. masukkan yis yang telah kembang ke dalam adunan tepung dan proses menguli bermula.uli sehingga betul-betul sebati.
  4. rehatkan doh selama 30-45minit.doh akan mengembang.
  5. bila doh dah mengembang,jadikan bulat,cucuk menggunakan garfu di atas doh dan bakar selama 15minit.
  6. kemudian bolelah letak topping dan bakar selama 20minit.suhu 180








Sabtu, 23 Jun 2012

Painting: Taman Negara 2012

Assalamualaikum w.b.t
lama jugak lah tak update blog disebabkan esemen yang banyak
Alhamdulillah separuh esemen dah selesai,tinggal lagi 3 lagi..hoyehhhhh
kemudia cuti sem yang akan dihabiskan dengan praktikal.

arinie nak tunjuk artwork yang dah siap,
aritukan pegi Taman Negara Pahang,then, ktorg ditugaskan untuk siapkan 1 artwork
untuk dipamerkan di Galeri (UiTM)....alhamdulillah sekali lagi,
semuanya berjalan lancar...dah siap dah...
lama jugak nak siapkan,kalo hitung cecah 3 minggu..
plus tido lagi,malas-malas lagi memang lambat siap.

dalam pembikinan:

( 80% siap )

Akhirnya siap juga...hehe

Jumaat, 8 Jun 2012

Bunga

Assalamualaikum w.b.t
8/3/2012 pemergian kucing tersayang
yang diberi nama 'BUNGA'
sedih sangat-sangat,tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
rindu sangat kat bunga,minta maaf mama takda masa bunga pergi...huhuhu




BUNGA dalam kenangan :(

Khamis, 7 Jun 2012

Perkahwinan abang Intan

Assalamualaikum w.b.t
tanggal 3/6 merupakan hari perkahwinan abg intan (housemate saya)
saya bersama sorang lagi member ditugaskan untuk membuat hantaran.
masa diambil selama seminggu.
semuanya sebelas dulang ye kawan-kawan.

 wedding guest book-hasil kerja tangan ika
saya tukang gulung rose tu ja.

 bertemakan gold...tetiba kuar idea nak pakai bunga orkid

 balang ikan emas dah jadi balang coklat

 gubahan bunga duit...belajar daripada youtube.

sejadah dan telekung 

bekas cincin walaupon tak jadi

 abg farid & kak zira

intan pon mekap jugak..for d first time

ika,murni,pengantin,intan,sofia n k.long

Jumaat, 1 Jun 2012

Stress

Assalamualaikum w.b.t
minggu nie bole dikatakan sangat sangat letih 
pastu macam-macam masalah datang,
banyak sangat esemen perlu disiapkan dalam masa yang singkat nie,
walaupon diberikan cuti 9 hari tapi dapat duduk rumah sekejap ja,
selebihnya di studio untuk siapkan kerja.

arinie tak tau lah kenapa..langsung takda semangat nak siapkan kerja,
padahal baru 20% siap...hurmmmmm
tinggal lagi 3 hari..Ya Allahhh...macam mana nak siapkan nie????
rasa terganggu sangat dalam keadaan camnie.
langsung..aku ulang langsung takda semangat walaupon sedikit
ikut kata hati,mau saja redho,apa nak jadi..jadi lahhhhh
dah tak kisah n taknak amik tauuu

tapi aku masih pikir panjang
ini untuk masa depan aku jugak,
aku tak boleh buat camnie tapi..tapiiiiiiii
arghhhhhhh tolonglah otak...jangan pikir semua tu..tolonglahhhh
itu sebahagian dari dugaan dan penambah perasa
anggap ja orang sekeliling tak wujud buat masa sekarang..
MURNI..tolong lah sedar..tolong sedar...

Ya Allah,tak pernah rasa tekanan perasaan camnie,
kesannya bukan saja fizikal tetapi hati jugak tersiksa,
muka jangan cakap lah,banyak sangat jerawat nie,
sangat aktif naik bak cendawan tumbuh selepas hujan.
huhuhuhuhu....


MURNI....tarik nafas panjang-panjang dan cuba untuk bertenang...