Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 28 September 2012

manik oh manik

Assalamualaikum w.b.t
saya sangat gigih melakukan benda yang diminati
antaranya ialah menjahit manik..
sonok kalo layan,bole sampai tak tido tau...

tadaa ini hasilnya...




sebenarnya ini baju raya tahun nie tapi malangnya baru je siap..
tak berkesempatan beraya dengan baju baru..huhu

Ahad, 23 September 2012

Masakan: Cara menghasilkan Kasut fondant yang CUTE

Assalamualaikum w.b.t
entry kali nie nak ajar cara-cara membuat kasut yang comel 
menggunakan fondant..


anda perlukan plan sebelum memulakan membuat kasut.
print atas kertas n gunting mengikut bentuk.

letakkan atas fondant n potong mengikut bentuk..biarkan kering seketika n jangan terlalu kering
nanti kasut merekah.

boleh rujuk this vid okeh!!!

cantumkan bahagian kasut tersebut..SIAPPP!!

tapi serius saya cakap nak buat kasut nie agak remeh step by step
memerlukan kesabaran yang tinggi.

Selamat Mencuba !!

Khamis, 6 September 2012

Sehari sebelum kembali ke Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t
arinie last dirumah..esok dah nak balik s.alam..sob..sob
sepanjang dok rumah tak banyak aktiviti sebab cuti sem dihabiskan dengan praktikal,
then lepas abis praktikal ada seminggu untuk rehat di rumah,
tapi tak kan nak dok saja kan..masa dihabiskan dengan lakukan perkara yang digemari
antaranya ialah memasak dan shoppingggggg!!! therapy semua nie
paling best dalam dunia bila dapat duit belanja n bole belanja sepuas-puasnya,
terima kasih ayah n mak..hehe
pastu merajinkan diri buat cupcakes,masuk kali nie dah 5x oo buat..puas hatikuuu!!
kali nie untuk ehem2 plop...hehe

 ada 4 semuanya

 baju kemeja

lebah n love lap

 kasut n lebah

kelisa comel

siap bungkus

arinie jugak buat puding triffle untuk mak bawak g jamuan.
nak buat puding nie senang sangat..bahan yang digunakan sikit je.

bahan-bahan:

1 biji kek gulung
1 tin cocktail buah
1 peket jelly raspberry nona

untuk kastard:

1 tin susu cair
1 cawan air
1 sudu besar gula
4 sudu tepung kastard

mari kita mulakan..ayuhhhhh

 potong kek masukkan dalam bekas kaca n basahkan pakai air buah cocktail
1st layer

masak bahan kastard atas api sehingga pekat dan tuangkan dalam bekas kaca.

then,taburkan buah-buahan cocktail diatas kastard
dah jadi 2nd layer.

akhir sekali,masak jelly dan tuangkan atas lapisan kastard tadi.
boleh lah kalo nak hias dengan peach..siap 3rd layer.


dah siap..opsss
banyak lagi kerja yang belom dibereskan
basuh kereta,uruskan haiwan peliharaan,lipat baju,kemas beg..arghhh
daa

Isnin, 3 September 2012

Masakan: Fondant cupcakes again

Assalamualaikum w.b.t
semalam meringan-ringankan tangan untuk buat cupcakes
sebab bosan sangat dok rumah,tak tau nak buat apa
buatlah benda alah yang menyeronokkan nie..kalo dah minat sesuatu benda
memang seronok..jom layannnnn

hasil keRAJINan akibat keBOSANan :
ini masuk kali ke-3 hias cupcakes..




ini kali ke-4 menghias:
atas permintaan emak untuk dijadikan hadiah kepada student.



comel bukan..tak susah pon melainkan minat :)


Ahad, 2 September 2012

Raya 2012


Assalamualikum w.b.t

Raya tahun nie tidak semeriah raya pada tahun sebelumnya.
yang pasti seronok lah jugak sebab dapat beraya dengan family,sanak-saudara
kawan-kawan sekolah semuanya..
yang tak seronoknya bila dah tak dapat duit raya..huhu
dah tua agaknya,orang pon dah xkasi duit raya.
yang sedihnya lagi,baju raya tahun nie 2 pasang tak siap..
terpaksa pakai apa yang ada sahaja..gila sadis..huhu

entry pasal raya nie agak serabut tapi saya dah kemaskini..apa yang ada sekarang sudah dikemaskini.
orang nak update sal raya,saya jugak nak kan sebab tu jadi cmnie..serabut tengok.
dengan gambar merata-rata saya letak...it's ok murnie,
semuanya udah dibereskan.

Raya tahun nie kan takda baju raya..so,saya pakai baju lace yang dibuat untuk kenduri bulan 3 aritu.
still cantik..cewahh...jaga hati sendiri yang sudah terluka ini.
kita mulakan di rumah terlebih dahulu.


masuk-masuk ja pintu rumah saya terus jumpa nie..kawasan ruang untuk hidang makanan.
kampung sangat rumah saya tau..tapi saya sukewww


Ini adalah ruang tamu utama..orang yang datang akan duduk disini dahulu.
tapi bagi yang dah biasa terus duduk di dapur sebab boleh tengok tv.


Ruang tamu kedua..sambungan dari ruang tamu pertama.
rumah saya nie pelik sikit sebab ada tinggi rendah..tangga sana sini.


ruang dapur/ dining room.
selalunya lepas makan n rasa malas-malas terus duduk di kerusi urut n urut badan.
sedap kena urut sambil tengok tv.

Pada pagi raya,sebelum pergi solat sunat Aidilfitri,
wajib bersalam-salaman dan minta maaf sesama ahli keluarga dirumah.
momen-momen sedih berlaku..sob..sob

Dah bersalaman semua..baru boleh pegi solat raya dengan hati kosong dan tenang.
setiap tahun ayah akan bertakbir raya di masjid..sedap suara ayah.

Lepas selesai solat tolong mak didapur.
Juadah raya kali nie Nasi beriani ,ayam masak merah,rendang,ketupat n pelbagai jenis kuih dan biskut.
Banyak buat biskut raya tahun nie sebab bulan puasa fully berada di rumah.

Bermulalah episod meronggeng bersama teman.Raya / 1st & 2nd :
kawan-kawan dahulu,kini dan selamanya

zawani n pikah

ain n atin

*tuan rumah

Kami GG atau Geng Gelak

After beraya rumah saya,ktorg pergi Sungai Petani.
Beraya rumah kawan lama yang lama gilaa tak jumpa..
last jumpa masa form 3..sebab dia kena pindah g Kedah.Lagipon mak dia sakit.
Disamping beraya,melawat keluarga dia juga.


zawani,murni,pikah,ain,atin n yanie.
Kawan saya semuanya manis-manis n cantik-cantik :)

hanim (adik yanie) n yanie..comelsss gilosss diorg nie

aku dan dia

3rd day of Raya:

Pergi beraya rumah Tok ayah n Maktok.
Pakai pakaian yang ada..mix n match...mesti perasan something..hehe

ayunya saya...lalalallalalla

trademark "silauu"

Ayah dan emak tersayang :)

Itu saja cerita raya saya tahun ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir & batin :)

Masakan: Laksa kedah


Assalamualaikum w.b.t
entry kali nie nak berkongsi cara-cara membuat kuah laksa
disebabkan mengidam sangat nak makan,terpaksalah buat sendiri.
baru puas melantak berapa pinggan tanpa segan silu.


bahan-bahan yang diperlukan:

1kg  ikan sardine (ikan hidup bukan sardine tin tuh)
1 bungkus laksa (direndam dan direbus)
35 biji cili kering (direbus dan dikisar)
2 labu bawang besar (dikisar bersama cili kering)
1 inci belacan (dikisar bersama cili kering)
1 cawan udang kepal (ditumbuk halus)
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 genggam asam keping (direbus bersama ikan)
1 genggam daun kesum
3 batang bunga kantan
air,garam dan perisa tambahan

cara-cara:

tumis bawang merah + bahan kisar + udang kepal sehingga naik bau
masukkan isi ikan sardine yang dikisar bersama air rebusan (asingkan tulang) + air
masukkan asam keping + daun kesum + bunga kantan
rebus sehingga mendidih kemudian masukkan garam dan serbuk perasa

mudah kan..selamat mencuba :)


Sabtu, 1 September 2012

Masakan: fondant cupcakes


Assalamualaikum w.b.t
dua tiga menjak nie rajin pulak jari jemari uli doh untuk fondant cupcakes
selalu tengok dalam tv n internet ja,
terasa teringin sangat nak buat...dengan tetibanya terbuat
inilah hasilnya..saya budak baru belajar...banyak yang perlu diperbaiki..
terima kasih atas bantuan akk ain sofea menjayakan cupcakes bersama.

ini cupcakes fondant yang pertama:
hadian untuk orang kuantan :)




ini yang kali ke-2 buat:
pukul 2 pagi baru siap packing semua..untuk staff MGTF yang banyak berjasa.