Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 2 September 2012

Masakan: Laksa kedah


Assalamualaikum w.b.t
entry kali nie nak berkongsi cara-cara membuat kuah laksa
disebabkan mengidam sangat nak makan,terpaksalah buat sendiri.
baru puas melantak berapa pinggan tanpa segan silu.


bahan-bahan yang diperlukan:

1kg  ikan sardine (ikan hidup bukan sardine tin tuh)
1 bungkus laksa (direndam dan direbus)
35 biji cili kering (direbus dan dikisar)
2 labu bawang besar (dikisar bersama cili kering)
1 inci belacan (dikisar bersama cili kering)
1 cawan udang kepal (ditumbuk halus)
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 genggam asam keping (direbus bersama ikan)
1 genggam daun kesum
3 batang bunga kantan
air,garam dan perisa tambahan

cara-cara:

tumis bawang merah + bahan kisar + udang kepal sehingga naik bau
masukkan isi ikan sardine yang dikisar bersama air rebusan (asingkan tulang) + air
masukkan asam keping + daun kesum + bunga kantan
rebus sehingga mendidih kemudian masukkan garam dan serbuk perasa

mudah kan..selamat mencuba :)


Tiada ulasan: