Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 31 Oktober 2012

Zoo Taiping: Kembali ke zaman kanak-kanak


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum kembali ke S.alam aritu,dalam perjalanan ke S.alam 2 bulan lepas tak silap
ktorang singgah zoo..zoo apa?? Zoo Taiping.
last pergi masa umur 10 tahun rasanya...dah lama tak pergi.
dulu pergi bukan main happy lagi,sekarang rasa macam ada yang kurang lah.
maybe kecik-kecik dulu excited terlebih,tak sonok rasa sonok kan.
dah besar,pandai pikir terus rasa hurmmmmmm...

bayaran masuk sebanyak RM 12.00 untuk dewasa
kanak-kanak taktau..sorry

sebelum masuk,anda akan disajikan dengan arca/ sclupture haiwan seperti harimau,buaya,badak dll.
ayat macam saji makanan pulakss..biarkan

* image from travelwithbubles.blogspot.com

hahhh..inilah harimau..ehh singa kot..mana-mana jelah
asalakan daripada keluarga kucing.

seriously saya cakap,binatang tak banyak..mana pergi semua binatang??

bergambar dulu..boleh baca tak papan di belakang saya tuh.
semua yang disenaraikan disitu still ada tapi tak banyak.

jom kita terjah bersama-sama...mari saya kenalkan satu persatu ya kawan-kawan.


Ini namanya "marmoset telinga hitam" dan ada juga "marmoset telinga putih"
tubuhnya kecil sebesar tapak tangan orang dewasa,rupanya seperti monyet.
maybe,spesis monyet jugak nie..tingkahlaku yang teramat-amat-amat comelssss
cara dia berjalan memang comel n rasa nak picit sampai hancusss.



Dia nie pula bernama "ungka putih"..ada juga ungka perang n hitam.
ungka nie senang didapati di hutan kita sebab belakang rumah saya pon ada tau.
al maklum lah saya tinggal di kampung,belakang rumah hutan tebal.
bunyi ungka seperti siren ambulan...kuat dan nyaring.



suka sangat dengan corak musang nie..namanya "musang tenggalong".
coraknya ala-ala kucing hutan tapi sebenarnya ia adalah spesis musang.
boleh tahan besar..lebih kurang 4 kaki termasuk ekor.
comel sangat,rasa nak amik buat beg ka,kasut ka...kejam kannn



Ini tak lain dan tak bukan,mestilah babun bontot merah + purple..keh3
anak dia sangat comel sebab bulu color blonde.



Siapa tak kenal, wife kepada raja savannah,Afrika..Singa betina.
sekali mengaum,kecut perut..rasa cam nak lari laju-laju keluar dari zoo.



chimpanzee n kura-kura tengah makan salad bersama-sama.
dah macam kawan baik..sejuk mata memandang.


Ini adalah buaya tembaga..nampak ja diam.
sekali ngapppp..putus kaki.Besar ooo...7-8 kaki jugak lah.


Rusa...sedap nie kalo masak gulai..yumehhhhh


harammm...harammm...babi hutan.
Kandang dia pon sangat menjijikkan.berlopak n berlumpur.


kawasan tertutup..dalam nie ada burung,bangau,kelawar dan keluang.
besar gila keluang..gerun tengok.



comel gila memerang nie..buat tak tau lak murni..belakang rumah kau banyak..hehe
memang banyak tapi tak sejinak yang di zoo nie.


penat berjalan..behenti bergambar dan terus bergambar.

dulu suka buat trademark pistol di dagu..sekarang dah ubah trademark "silauu" pulak.

sebelum balik bergambar semula dengan arca yang ada.

overall saya kasi 2.5 bintang lah...sebab banyak sangat yang kurang.
mungkin masa saya pergi tu hari biasa jadi tak semeriah hari minggu..myb
binatang seperti harimau belang,gajah,zirafah saya tak dapat tengok.
hanya yang ada binatang basic seperti rusa,monyet,ikan,bab1,memerang..itu saja
mungkin malam penat buat show,so,siang tido..myb
apa yang saya tulis berdasarkan pengetahuan am yang ada tentang binatang ini semua,
takda masa nak gugel..lambat..haha
saya sangat cintakan haiwan,sebab tu saya perlu tahu pasal haiwan ini.
itu saja untuk entry kali ini. :) bubye

Masakan: Aglio Olio Spaghetti plus beef


Ini adalah spaghetti bawang putih (Aglio Olio)..spaghetti classic n basic..sangat mudah dibuat.
tapi saya dah ubah suai dengan memasukkan sedikit daging lembu korban aritu..keh3
kandungan agak kosong yang penting sedappp mehhhhhh



Bahan-bahan yang digunakan:

spaghetti ( saya guna jenis halus)
minyak zaitun
bawang putih
bawang bombay
daging kisar ( daging korban)
lada hitam
serbuk paprika (untuk pedas sikit)
kacang gajus (tambahan semata-mata)
bijan (hiasan)
garam
serbuk perisa

cara-cara:

tumis bawang putih + bawang besar dengan minyak zaitun
dah nampak perang,masukkan daging dan semua bahan diatas + sedikit air
gaul dan rasa,kemudian masukkan spaghetti dan gaul..


SIAPPPP!!!!SELAMAT MENCUBA :)

Selasa, 30 Oktober 2012

Masakan: Puding Caramel Super Sedap


Buat petang ahad..ketika bosan n terasa nak makan sesuatu yang manisss
nom..nomm..mmm dap..mmmmmmmm

Nak tau cara paling mudah untuk buat puding caramel nie..cubalah resepi nie.
pasti dan yakin 100% sedap serta memuaskan.

Bahan-bahan:

1/2 cawan gula pasir
1 cawan air (kedua bahan ini jadikan caramel)

8 biji telur ayam ( 4 penuh dan 4 lagi kuning sahaja,putih taknak)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar tepung kastard (berfungsi sebagai pengeras)
i sudu besar esen vanilla

Cara-cara:

(1) masak gula + air dalam kuali sehingga coklat caramel n pekat,
masukkan dalam bekas or acuan yang kita suka..biarkan sejuk dan keras

(2) gaul telur + susu cair + susu pekat + tepung kastard + esen vanilla bersama.

(3) tuangkan kedalam bekas yang berisi caramel.

kukus didalam periuk pengukus selama 30 minit.

#tips: untuk elakkan permukaan puding berlopak..balut tudung periuk dengan kain.
kukuslah seperti biasa.



Selamat Mencuba :)


Masakan: Potatoes and Cheese


Resepi nie atas rekaan semata-mata sebab lapar sangat..haha (rumah sewaku)

Bahan-bahan:

kentang
cheese (sebarang jenis cheese)
garam
lada hitam
serbuk cili untuk pedas

*taburkan atas kentang,semua bahan diatas

bakar dalam ketuhar 180/ 15-20 minit



CEPAT & LAZAT...cubalah

Jumaat, 26 Oktober 2012

Cerita kami: Anak buah

Assalamualaikum w.b.t
Selamat Hari Raya Aidiladha semua :)

sebenarnya ada sesuatu nak cita nie,
Saya ada anak sedara yang comel,nama dia Farah Hani,nama manja pa'ah atau parah
umur dia sama dengan adik saya,baru 18 tahun.
kami nie memang rapat dari kecik,makan sama,tido sama,mandi sama,main sama..semua lah sama
kena marah pon sama-sama..sah-sah saya kena lebih sebab saya lagi tua kan.
memang dari kecik saya nie takda kawan kat kampung nie,
sebab budak-budak lain sekolah kat lain,saya pulak kena ikut g sekolah yang mak mengajar,
farah nie lah satu-satunya kawan yang ada masa tu,then,lepas dia abis sekolah darjah 6,
dia bersekolah menengah sekali dengan saya.
farah nie pandai banyak dari kita,comel pon comel..memang hot stuff kat sekolah dulu..
untunglahhhhh..hahahaha
kami ada persamaan dari segi fizikal..sama-sama tinggi n sama-sama kurusss.
tinggi kami 163cm (5 kaki 3 inci)..yang pasti tak berat.

sebab lama tak jumpa..setahun 2 kali kot jumpa,
masing-masing sibuk belajar,saya nie jauh nuhh di shah alam,dia still kat penang.
tadi jumpa kejap n ajak dia ikut beraya sekali.

 inilah dia..comei kan..dulu kalo jalan dengan dia mesti orang cakap kembar lah,adik beradik lah..
muka tak sama,dia bulat,saya panjang...myb sebab putih kott..

 nama pon perempuan mesti amik gambar snap niri kan..

candid pic :) 

 farah n makngah murni :)


sebenarnya baju nie baju raya puasa,tapi tak sempat siap..so,pakai raya haji
vogue sangat raya qurban pakai baju nie.
disebabkan pakai tudung dah tak nampak bunga nie..
saya buat sendiri n jahit sendiri bunga tuh.

b/g: kampung halamanku yang ku cintai.

I.K.E.A Damansara


Assalamualaikum w.b.t
cuti telah bermula ayuh hupdate blog,
malas n segan nak update sebab takda mood nak mengarang.
arinie meringgankan tulang-temulang untuk menaip ya kawan-kawan.
entry kali nie bukan sebab jakun tapi sajalah nak update aktiviti di waktu terluang.
dalam masa yang sama buat esemen jugak.

sebenarnya first time pegi ikea nie masa umur 12 tahun,
lama dah,masa tu duduk KL dengan mak sedara..dia slalulah bawak jalan-jalan ikea nie.
tapi kecik-kecik tau apa..main ja tau..ingat lagi masa tu keliling ikea nie kosong lagi,
sekarang dah membangun dengan pesat.

sampai-sampai terus duduk bergambar.

saya pergi bersama mereka berdua ika n intan..tengss intan 

perbincangan projek juta-juta nie..hehe

suka gila concept modern nie..nampak kemas n ringkas.

one of my favret...sangat-sangat suka sebab vintage + pink color...like sejuta kali

berangan sebentar..tak abis-abis sebut nak letak bunga dalam bekas tin bila ada rumah sendiri nanti..Insyallah


dinner dulu dekat rumah intan..cantik sungguh umah intan nie..

sonok kalo dapat katil cmnie..

datang rumah orang mesti tunjuk rajin kan walaupon tak rajin..sonoknya ada dapur camnie..
baru semangat nak masak.

suka sangat-sangat..enough is enough  murniiii

yang dinanti-nantikan meatballs ikea yang super duper BEST...
sori chicken wings..i tak layan u kali ini.

ini muka lapar tahap gaban sebab kena beratur panjang n binggung bab order mengorder nie,,haha
lawakkksssss

Itu saja nak cita pasal g ikea nie..mesti orang cakap...alaaa baru nak pegi,
memang lah baru nak pegi,kat penang mana ada ikea..kalo ada dah seribu juta kali dah pegi.

bubye :)