Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 25 Januari 2012

Hobi: Memasak

Assalamualaikum w.b.t
entry kali nie berkenaan dengan hobi aku iaitu memasak
aku suka sangat memasak tapi paling suka bahagian pastry n dessert/manisan
bab masakan lauk-pauk n masakan kampung aku kureng sikit lah..
lagipon mak tak penah ajar,tetapi dengan pemerhatian aku dapat memasak apa yang aku inginkan.
sebenarnya mudah nak masak lauk nie,aku je tergedik-gedik tak minat nak memasak semua nie,
bila dah dok rumah sewa,ada dapur..apa lagi,makan nasi di rumah dengan lauk yang jimat.
lagipon,aku dalam proses pembelajaran..bole la sikit-sikit masak daripada tak tau langsung.
istilah 'pandai masak' tak pernah wujud dalam diri aku melainkan istilah 'boleh memasak.'

ayam masak rempah,kerabu pelam n agar-agar cocktail

rojak kangkung

masak lemak cili api udang dan rebung

meatballs spaghetti

onion ring

kangkung belacan

honey sticky chicken wings

sambal kicap telur

kailan ikan masin

tomyam campur

sotong goreng kunyit

tofu telur goreng n sos tiram

cupcakes

k.teow kungfu

light cheese cake + peach

pancakes

itulah kelebihan yang dimiliki oleh seorang perempuan,selain daripada boleh memasak,aku suka mekap orang,jahit manik,yang paling tak pandai jahit baju..kalo jahit benda simple-simple boleh lah...n ada lagi...
aku suka menghias rumah,hias hantaran,apa yang berkaitan dengan hiasan lah..keh3

Alhamdulillah,bersyukur dengan kelebihan yang diberi oleh-Nya..dan aku akan gunakan kelebihan yang diberi untuk membahagiakan diri sendiri dan orang lain..biarpun tak seberapa tetapi keikhlasan membantu orang n memberi makan air tangan sendiri memberi kepuasan pada diri disamping dapat meningkatkan lagi kemahiran,tidak kisah dalam bidang mana sekalipun.

p/s: mungkin entry kali ini agak bajet sedikit tapi itulah hakikatnya,setiap orang ada kelebihan masing-masing.

Cuti-cuti Malaysia: CNY-kedah vs perlis

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali daripada bercuti,
ari isnin yang lalu,ktorg 1 family pergi bercuti ke langkawi dan kuala perlis,
memandangkan cuti raya cina dan kami semua cuti..time nie lah nak meluangkan masa bersama keluarga,
hari lain tak dapat bersama sebab masing-masing belajar jauh..sorang s.alam ,sorang lagi seremban.
ke langkawi pada hari isnin -selasa n pergi perlis selasa-rabu..
kuar umah dalam pukul 4:00 a.m sebab kuala perlis sure sesak punya orang nak ke langkawi..
sampai je sana sumpah memang ramai gila orang macam semut.
nasib baik dah beli tiket,naik feri pukul 8.15 a.m.

sampai di langkawi pukul 9.20 a.m..sejam lebih jugak naik feri,
then,sewa kete n g jalan-jalan sementara menunggu kul 12.00 p.m untuk check in hotel.
ktorang menginap di Baron Resort.

petang tu pulak jalan-jalan pusing langkawi dan ke kereta kabel,
walaupon dah pegi langkawi lebih 3x,tetap nak pegi naik kereta kabel...
tapi malangnya orang terlampau ramai..batalkan niat untuk naik kereta kabel..apa lagi bergambarlah
selain itu ktorang melawat Galeria Perdana dan Pusat Kraftangan Langkawi..

bergambar di galeria perdana,pusat kraftangan langkawi dan kereta kabel.

malam tu,pergi rumah sedara dekat Penarak n dinner dengan tomyam super sedap tapi pedas..
keesokan ari ke Kilim Geoforest Park..


firstly,dia bawak ktorang ronda paya bakau n gua buaya..sonok naik bot cam nak beli 10..hehe
harga sewa sebuah bot RM 300..tapi kalau naik ramai jadi murah..tapi kami hanya naik 5 org.
pastu pergi tengok ikan dalam sangkar..ada ikan pari nama fatimah,omar,hassan n husien,
n ada ikan sumpit,siput harimau n belangkas..semua boleh pegang..
ikan sumpit paling hebat sebab dia bole tembak serangga pakai mulut cam pistol air tu.
orang tu cakap dia tertarik pada benda kaler putih n dia akan sumpit pakai mulut..
tapi yang hairan kenapa dia sumpit ayah??
ayah putih ke?..pui3


Selepas tengok ikan,pergi tengok helang pulak,
bagi helang makan perut ayam,dia akan sambar perut ayam yang dicampak dalam air..
ada helang batu warna coklat simbol langkawi iaitu batu kawi,dan helang laut berwarna putih kelabu.

Foto sebelah kiri no.2 ialah,bot yang dipakai dalam pengambaraan Ombak rindu,
ala yang En.Haris bersama isterinya Izzah naik tu...romantik gituuu
bot itu milik Paula Rhei dari Holland...Harga bot tu sangat mampuu..3 juta kauuu!!!
foto  tengah no.2,di Gua Kelawar,destinasi terakhir sebelum pulang.

Selain daripada pergi tempat-tempat camnie,ktorg pergi juga membeli-belah di Pekan Kuah,
ada Idaman Suri,Ismail Group..tempat famous untuk bershopping..tak pon kat dalam kawasan jeti.

flora by Gucci,(tiru perfume mak) n coklat: cadbury,toblerone,kinder bueno,kisses,merci,mars n andes.

antara barang yang dibeli of coz coklat,kain batik,towel,palero,minyak gamat n perfume.
bebas cukai kan,barang-barang semua murah..borong banyak-banyak.

bertolak pulang pada pukul 4.00 p.m dan sampai Kuala Perlis jam 5.30 p.m..
check in hotel Putra Brasmana sebab malam tu mau makan ikan bakar Kuala Perlis..


super duper sedap..kerang gergasi cicah sambal,sotong tepung,tomyam seafood,mentarang masak rempah,
ikan kelah bakar n kangkung belacan..kenyang seminggu makan.

esok,packing barang n check out hotel pukul 8.30 a.m..pergi ke Padang Besar pula,
membeli belah tak ingat duniaa..

padang besau..makan pulut mangga n somtam...sedapp3x

Percutiaan kali nie best sebab dapat luangkan masa bersama keluarga.
walaupon dalam masa yang singkat..yang paling best dapat macam-macam..yeayyyyy!!!