Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 20 Februari 2012

Masakan: Apam polkadot gebuss

Assalamualaikum w.b.t
ini adalah apam polkadot yang dibuat petang tadi,
mengidam nak makan terpaksa la buat..haruslah warna pink kan..hehe
bahan-bahan:

3 biji telur sejuk ( daripada peti sejuk)
200g tepung gandum
200 g gula halus
150ml susu segar
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen ros (supaya apam bau wangi dan hilang bau telur)
filling strawberry,blueberry,choc (ikut suka)
paper cup & acuan kuih lompang

cara-cara:
(1) Pukul telur menggunakan mixer dengan kuasa paling laju
(2) masukkan gula dan pukul sehingga kembang
(3) masukkan pula ovallete dan esen ros
(4) masukkan susu segar diikuiti dengan tepung berselang seli
(tepung diayak dahulu bersama baking powder)
(5)masukkan esen vanilla
(6) asingkan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna kesukaan

tips: 
*masukkan paper cup kedalam acuan kuih lompang terlebih dahulu.
*masukkan adunan menggunakan sudu bagi menggelakkan tepung masuk angin.
*Untuk dot-dot,masukkan kedalam bekas sos (mcm dekat kedai burger tu)
 yang mempunyai muncung tirus. supaya dot-dot nampak kemas dan sama saiz.
sekian.Terima Kasih