Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 26 Jun 2012

Masakan: homemade pizza


 Pizza akan sedap bila roti pizza menjadi dengan sempurna.
entry kali nie nak kongsi cara-cara membuat doh pizza yang gebu dan lembut.
bole cuba kalo tak percaya.

bahan yang diperlukan:

250g tepung gandum halus (saya pakai jenama bluekey)
50ml susu segar + 100ml air suam (satukan mereka)
1 sudu besar yis kering (jenama mauripan)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar madu
2-3 sudu besar marjerin (saya pakai jenama pelangi)
1 sudu kecil oregano (saya pakai herba campur)

cara-cara:
  1. campuran air suam dan susu satukan kedalam mangkuk,masukkan gula dan yis kering.kacau dan biarkan selama 5-10minit sehingga yis mengembang.
  2. di dalam mangkuk besar,masukkan tepung,garam,marjerin,madu dan oregano.gaul sebati.
  3. masukkan yis yang telah kembang ke dalam adunan tepung dan proses menguli bermula.uli sehingga betul-betul sebati.
  4. rehatkan doh selama 30-45minit.doh akan mengembang.
  5. bila doh dah mengembang,jadikan bulat,cucuk menggunakan garfu di atas doh dan bakar selama 15minit.
  6. kemudian bolelah letak topping dan bakar selama 20minit.suhu 180