Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 30 Oktober 2012

Masakan: Puding Caramel Super Sedap


Buat petang ahad..ketika bosan n terasa nak makan sesuatu yang manisss
nom..nomm..mmm dap..mmmmmmmm

Nak tau cara paling mudah untuk buat puding caramel nie..cubalah resepi nie.
pasti dan yakin 100% sedap serta memuaskan.

Bahan-bahan:

1/2 cawan gula pasir
1 cawan air (kedua bahan ini jadikan caramel)

8 biji telur ayam ( 4 penuh dan 4 lagi kuning sahaja,putih taknak)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar tepung kastard (berfungsi sebagai pengeras)
i sudu besar esen vanilla

Cara-cara:

(1) masak gula + air dalam kuali sehingga coklat caramel n pekat,
masukkan dalam bekas or acuan yang kita suka..biarkan sejuk dan keras

(2) gaul telur + susu cair + susu pekat + tepung kastard + esen vanilla bersama.

(3) tuangkan kedalam bekas yang berisi caramel.

kukus didalam periuk pengukus selama 30 minit.

#tips: untuk elakkan permukaan puding berlopak..balut tudung periuk dengan kain.
kukuslah seperti biasa.



Selamat Mencuba :)


Masakan: Potatoes and Cheese


Resepi nie atas rekaan semata-mata sebab lapar sangat..haha (rumah sewaku)

Bahan-bahan:

kentang
cheese (sebarang jenis cheese)
garam
lada hitam
serbuk cili untuk pedas

*taburkan atas kentang,semua bahan diatas

bakar dalam ketuhar 180/ 15-20 minit



CEPAT & LAZAT...cubalah