Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 27 Januari 2013

Hatyai Part 3 - Floating Market


Sambungan entry Hatyai Part 2,
Tempat ke-3 tempat yang paling best antara semua,( Floating Market )
Banyak makanan yang sedap-sedap dijual disini dengan harga yang sangat murah.
Sedap..murah..banyak..menarik lak tu.

Rugi kalo ke Hatyai tak datang makan-makan disini dahulu.
Tak perlu risau pasal makanan sebab semua yang dijual disini HALAL
Bole dikatakan semua peniaga kat situ Islam dan bertudung serta berkopiah.
Melainkan kalo ke Floating Market di Bangkok, disitu kena pandai memilih makanan 
sebab kebanyakkan peniaga di sana tidak beragama Islam.

Ktorang sampai dalam pukul 4.00 p.m.
Floating Market nie mula beroperasi pada pukul 3.00 p.m. sehingga malam.

Di pintu masuk floating market nie ada gong besar

Gerai-gerai sepanjang jalan..banyak makanan bestttt

sotong bakar.sotong sumbat,isi ketam yang pasti murah.
10 baht = RM 1.00 / 20 baht = RM 2.00 / 25 baht = RM 2.50 sahaja

Hotdog dan telur puyuh goreng ( comel-comel telur puyuh tu)
setiap satu 20 baht = RM 2.00

Mangga muda, pulut, keledek purple n kacang tanah

ohhhh Miangkam fevret sepanjang zaman...sedap sangat
2 bungkus 50 baht = RM 5.00

 Betik dan Momordica Cochinchinensis ( carian oleh encik google)
Nak tau isi didalamnya, anda boleh klik sini

Inilah dia Floating market

Kebanyakkan makcik-makcik bertudung yang berniaga

 Pakcik berkopiah pon ada sedang menjual otak-otak

Otak-otak yang super duper sedap..teramat sedap sangat.
20 baht = RM 2.00 setiap satu.

ini cara diorg pulangkan duit baki...cool

Makcik nie jual air, kita pilih bekas apa yang kita nak samada seramik atau batang buluh,
Kita dapat bekas for free...kat straw siap ada bunga lagi..rajin diorg hias
Air berharga 25 baht = RM 2.50

Makcik nie pulak jual manisan macam jelly, ada pelbagai jenis bentuk buah-buahan,
cili,carrot, terung, pisang,manggis dll lagi.
 Jelly nie diisi dalam bekas daun pisang n ada juga seramik berbentuk itik.
Harga 20 baht = RM 2.00

Ini pulak dinamakan Dim Sum dan Pau..macam-macam warna..meriahhhhh

Ada jual soto, bihun, kerabu dan telur masin

Telur masin yang berwarna pink..so sweet
Ada banyak lagi warna, biru, kuning, hijau..baru seronok, nak makan pon rasa happy ja.

Ini makanan yang dibeli..tengak berebut-rebut mak ayah nak makan otak-otak..haha
Depan tu ketam goreng..3 ekor ketam berharga 20 baht = RM 2.00
murah sangat-sangat...dan ktorg beli air kelapa.

Ini pulak kentang putar goreng perisa BBQ dan Udang goreng Tepung.
Setiap cucuk berharga 20 baht = RM 2.00.
Berbaloi-baloi sebab udang tu besar dan puas makan.

Aiskrim coffee kisar bersama whipping cream n chocolate cair.
Harga 25 baht = RM 2.50...bekas dapat percuma.

Bekas air kelapa yang ktorg beli..cantik n unik

Ayah n mak pekena kopi dulu

 Coffee time :) buih ja banyak

Ini pula dibahagian atas..ada banyak gerai makanan dan souvenir 

Buah mata kucing dan nenas kecil

Pokok bromolied..baru tau nama pokok nie.
Cantik pokok nie,bole ditanam secara gantung mahupon letakkan dalam pasu.
Ada hijau, Merah, hijau merah, hijau pink, hijau pink belang n hijau tompok-tompok.
3 pokok 180 baht = RM 18.30

Mug nie sangat kelakar okeh.

Pembuatan cincin menggunkana kaca..Murah ja 3 untuk 50 baht = RM 5.00

Ulat, Maggots, Ulat kuang, belalang, cengkerik dan lipas goreng

Ulat kuang / ulat batang pokok..nampak cam best ja..hehe

Lipas goreng..besar kot lipas nie

Pokok hiasan yang comel..Harga 3 pokok untuk 100 baht = RM 10.20

Ikan keli bakar...menyelerakan bukan.

Lampu tidur..satu 100 baht = RM 10.00

Ikan laga / Beta fish

Lotus seed / kepompong bunga teratai..sedap kalo goreng

Barangan manik..Jam tangan, kerongsang, cincin, gelang n sepit rambut

Keychain manik..semuanya comel-comel..3 untuk 50 baht = RM 5.00

kuih kepit versi Thailand..colourful

Kuih taik itik,,manisan yang diperbuat daripada kuning telur.

Manisan berbentuk buah-buahan

Waffle and donut kecil

Air minerak jenama nestle....kau ada?

bergambar dulu 

Inilah tuk-tuk yang ktorg sewa, Pakcik tuk-tuk yang sangat baik.
Okeh ayuh kita pergi ke destinasi seterusnya.

bersambung.......

2 ulasan:

zarifahmr berkata...

erkkk serangga goreng tuh :O

*kembang tekak*

e_pah berkata...

Assalamualaikum...
Bley x saya tahu macam mana nak dapatkan tuktuk dari bandar ke khlong hae??? Perlu sewa sekali untuk return trip ka? Berapa rate sewa tuktuk ke sana??? Sorry menganggu..hee...
Terima kasih...! ^ ^