Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 22 Januari 2013

Masakan: Spaghetti ayam yogurt berempah


Assalamualaikum w.b.t
Resepi kali ini sangat-sangat lazat,sedap sehingga menjilat sudu,
Tengah lapar-lapar bukak channel 703 (Asian Food Channel) tengoklah rancangan icip-icip,
Lupa lak nama chef comel tu,dia masak Spaghetti ayam yogurt berempah,
Tak penah-penah salin resepi dari tv,tetiba je terus bukak memo enset n salin resepi tu,
rupanya sangat mudah + sedap...tak percaya bole cuba.
tapi resepi yang saya kasi telah digubal sedikit.


Bahan-bahan: (untuk 1-2 orang makan)

1 ketul dada ayam (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
2 sudu besar yogurt (perisa asli)
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam (kalo nak pedas bole tambah lagi)
secubit maggie cukup rasa
sedikit garam
( Gaul semua bahan diatas dan biarkan selama 10minit)

Spaghetti
1/2 biji bawang bombay
1 biji cili merah
sayuran: lobak merah dan brokoli


Cara-cara:

Rebus spaghetti bersama minyak n sedikit garam
tos dan asingkan ketepi.
celur lobak merah dan brokoli dan asingkan,

masukkan minyak zaitun, goreng ayam yang telah diperap,masukkan ayam sahaja,tanpa kuah perap
goreng sehingga kekuningan. angkat dan asingkan.

Dalam pan yang sama,masukkan bawang bombay dan cili merah,tumis sehingga kekuningan,
masukkan spaghetti dan gaul bersama bawang.
kemudian masukkan pula ayam goreng dan sayur yang dicelur tadi.
Gaul sebati dan sedia dihidang.

sedap sangat..rugi kalo tak cuba.

Tiada ulasan: