Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 24 Mei 2013

Congratulation dear



Assalamualaikum w.b.t
setelah sekian lama belog ini menyepi,
sekarang tiba masanya untuk update entry yang terbaru.
Sebenarnya dah tak tau nak cerita apa dalam belog nie sebab dah lama tak menulis.
Lagipon kehidupan seperti biasa, takda benda yang baru pon.
Insyallah lagi beberapa bulan ja lagi,maksud saya kurang dari setahun, bermulalah kisah baru.
Pengalaman baru dan hidup baru...jeng..jeng..jenggggggg

Pada 19/5/2013 merupakan hari bersejarah bagi para graduasi,
Tahniah kepada semua warga UiTM yang selamat grad pada sesi convocation kali ini.
Termasuk juga si dia yang baru saja grad....Alhamdulillah
segala penat lelah menuntut ilmu selama ini terbalas dan berbaloi.

Jauh di sudut hati si dia, saya tau dia agak kecewa dengan pencapaian kali ni.
It's ok dear,bukan rezeki awak untuk meraih ANC kali nie..
Tapi awak still grad dengan kelas pertama..itu pon dah cukup membanggakan.
Disebabkan satu sem saja tak dekan kan..takpa..takpa..mungkin rezeki awak dalam kerjaya awak.
Saya sentiasa doakan..Aminn

Okeh!! nak cerita sikit,,sikit ja...sebenarnya kan saya lah yang paling excited..haha
sanggup beli dress baru, tudung baru semata-mata pergi convo si dia.
Pada masa yang sama jumpa family si dia...seronok sangat.
Sehari sebelum convo, saya pergi petaling street untuk membeli bunga dengan harga yang sangat murah.
saya ulangi..sangat murah..berbaloi-baloi

Inilah dress n shawl yang saya beli...hijau gitewww, digayakan dengan belt coklat
muka agak pucat sebab saya dah jarang makeup macam dulu.

Tadaaaa...inilah bunga yang saya beli.
saya pilih warna peach sebab minat sangat dengan soft color.
12 kuntum rose + daun + bunga kecil yang lain + kertas pembalut bunga  = RM 40 sahaja.

 Alahaii...tinggi betul lah dia nie.
bayangkan tinggi saya 165cm..agak-agak dia berapa?

sesi bergambar

 Tahniah mk dan rakan-rakan :)

sesi menggubal bunga..hahaha

handsome boy..hehe
Nak jugakkk...bagi la peluang..first time nak merasa ANC kan...hehe

Gambar gedik wajib ada..tehee :)

Akhir kata, cewahhhhh....Tahniah kepada MK (bukan nama sebenar) atas kejayaan yang awak
capai..saya bangga sangat dengan awak.
Tunggu giliran saya grad jugak eh...Insyallah
Doakan saya lepas segala rintangan pada semester akhir ini...Aminnnn


xoxo,