Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 23 Julai 2013

Bercuti: Padang & Bukit Tinggi Part 2


Sambungan entry Part 1.
Bila masukkan gambar dalam blog nie adalah jalan selamat.
Kalo laptop rosak ke apa..gambar-gambar still selamat dalam blog mahupon facebook.
Tapi saya lebih selesa berkongsi gambar di blog berbanding facebook.
Tetiba ja cite pasal gambar kan.

Okeh,setelah segarkan badan dan berehat.
Ktorg kuar pula mencari sesuap dua suap tiga suap nasi...hehe
Menu utama tentunya nasi padang.
Kali ini ktorg makan di Rumah makan Simpang Raya pula.


Nampak sedap kan..memang sedap pon

Cam biasa taknak makan jangan sentuh.

disini ada sate yang sodapppapp

Selesai makan,masa untuk shopping.
ktorg bertolak ke destinasi seterusnya..tempat famous bershopping.
tak lain dan tak bukan "Jam Gadang"

Inilah jam gadang..keadaan disini macam pasar malam.

Angry bird ada, Donald duck pon ada

Kereta kuda..disini masih mengekalkan tradisi

Supermarket..lupa la nama

Gerai makanan 

Telekung dijual dengan harga yang sangat murah RM 10-30..bole bayar guna duit Malaysia.
Yang penting kualiti bagus.

Area sini dah macam uptown

sumpah baju-baju sini sangat cantik

wahhhhhhhhh

lace..lace..lace..tujuan utama 

banyak lagi pilihan lace

Dah start rambang mata sampai muncung mulut
Pink menjadi pilihan.

suasana malam

Macam-macam ada

Hasil pemilihan yang tak sampai sejam :) :)

Sulam bukit tinggi wajib ada

lace pink,silver,hijau

merah n nude color

purple n nude color

creammm....baju tunang

Selesai sudah aktiviti di malam hari..sonok membeli-belah..tak seronok sebab habis duit.
balik hotel dan tido.
Keesokannya banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati.


Bercuti: Padang & Bukit Tinggi Part 1


Assalamualaikum w.b.t
Hahhhh..malas betul lah nak update blog nie
tapi nak update jugak.....tau tak,selesai saja degree show
saya n family terus bercuti di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia.
Jiwa raga rasa tenang sangat setelah bermacam dugaan yang menimpa sepanjang 
belajar tapi kan,masa pergi bercuti nie..tangan saya baru saja terkena api.
Memang dengan gelembung-gelembung air saya redah ja pakai baju...sakit ke tak,itu lain kira.

Flight ktorg pukul 7.50 a.m...mak ayah adik n maktok dah sampai LCCT awal lagi.
Saya ja yang terkial-kial baru bertolak dari Shah Alam ke LCCT.
Thanks to anis n yaya kerana sudi menghantar budak sakit melecur ini..hehe

Sampai LCCT,mak dah tunggu depan Mcd,Ingat nak ajk makan tapi dah tak sempat.
so,buat apa yang patut dulu dan tunggu di balai pelepasan.

anak perempuan satu-satunya, emak yang senyum sorang-sorang n ayah.

maktok n adik

Ktorag pergi naik Air Asia ja yang termampu..yang bestnya dapat hot seat..bagaikan v.i.p.

sampai sudah lapangan terbang Minagkabau

Tadaaa

Sampai saja sini terus cari pemandu pelancong yang ktorg booking. Pak Jufri 

Ini dia Pak Jufri yang sangat baik orangnya.

Tempat pertama yang kami pergi kunjungi adalah kedai makan.
Dengar kata nasi padang sangat sedap.So,ktorng singgah di Rumah makan Lamun Ombak.


 Tempat makan yang cantik dan bersih

 Pelbagai jenis hidangan yang membuka selera

sedappp sangat

Nasi padang nie nak makan ada undang-undang tersendiri..apa yang disentuh akan dikira.
Apa yang tidak disentuh tidak dikira..so kalo tak nak makan jangan gatal tangan cedok itu cedok ini ye.

Sambal rebus paling sedap antara semua sambal..seriusss

Selepas makan,tempat pertama yang kami lawati adalah Pantai Air Manis,
kat situ terdapat batu sumpahan Malin kundang yang disumpah kerana derhaka terhadap ibunya.
Kalo orang kita panggil Si Tanggang.






asal sempat ja..hehe

Selepas kepanasan melawat pantai,ktorg otw ke Bukit Tinggi dan singgah di Air Terjun.
Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi dalam sejam jugak lah.

Air terjun disini, disana ait mancur

cantik kan :)


singgah dulu beli keropok n kerepek

keropok ikan yang comelll

Sampai sudah di Bukit Tinggi..ktorg g serbu dulu kedai menjual kain sulam,telekung dll.


 Semuanya cantik-cantik..rambang mata



Ini saja aktiviti di siang hari sebelum menjelang malam...berehat di hotel sebab penat berjalan.