Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 27 Ogos 2013

Luahan perasaan


Assalamualikum w.b.t
Entry kali adalah luahan perasaan yang telah terbuku lama di dalam hati ini,
Baru pagi nie terdetik nak menulis blog disebabkan terlampau kecewa dengan tomahan dan ejekan daripada rakan-rakan.
Kurus sering dikaitkan dengan badan yang cantik tapi dalam situasi saya nie kurus terlampau sehingga menjadi buah mulut orang.
kurus dan keding dua perkataan yang berbeza...sudah lah kurus, keding pulak tuhh
hah...dengar pon agak menyakitkan hati kan..padahal muka cool ja.
keep calm and smile..itulah pengubat hati yang luka.

Ohhh...korang ingat orang kurus nie takda perasaan ka? orang kurus nie lain datang dari planet lain ka?
orang kurus nie memang patut diejek ka?

Sampai ada yang sanggup cakap kurus nie susah dapat jodoh..sanggup cakap kurus nie tak layak untuk berkahwin..sanggup cakap kurus nie takda laki yang suka.

Ingat ya wahai sahabat...kecantikan bukan ukuran kebahagiaan..badan yang cantik bukan bermakna lelaki tak tinggal...semua tu bergantung kepada individu tersebut menjaga pasangannya.
Kalo muka dah cantik, badan perfect masak taktau, mengemas taktau, jaga anak taktau, jaga suami taktau...itulah punca keruntuhan rumah tangga.

Ya, saya mengaku saya memang kurus..sekadar mahu bertanya pemakanan saya tak mengapa...terima kasih kerana mengambil berat,saya hargai anda semua.
Jikalau sekadar mahu mengutuk, mahu memanggil saya dengan pelbagai panggilan...saya minta maaf.
hati saya terluka kerana anda semua.

Didalam dunia nie tiada manusia yang sempurna...sedangkan diri anda sendiri banyak kekurangan.
Anda patut bersyukur dengan kurniaan rupa dan badan yang cantik...itu adalah bonus untuk anda.
Bagi saya, sihat tubuh badan, semua anggota lengkap dan berfungsi sudah mengcukupi.
ohhh ya...memiliki tubuh yang indah sekadar untuk menjadi tontonan umum,islam tidak mengajar kita melakukan sedemikian...**peringatan untuk diri sendiri juga.

Satu soalan untuk anda...siapa kamu untuk menjadi pengkritik ciptaan Allah s.w.t. ini???

p/s: Saya minta maaf jika ada mngguris hati sesiapa, opsss terlebih emo subuh-subuh nie.
kena banyak berzikir n berselawat untuk tenangkan hati.




Dalam gambar nie memang nampak sangat kurus disebabkan puasa badan susut.
Plus bentuk muka yang tidak simetri..sob..sob (akibat kemalangan semasa Form 5)
(gambar tunang 12/8/2013) credit to Jijo


Selasa, 13 Ogos 2013

Persiapan pertunangan


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur ke kepada-Nya...satu langkah sudah selesai..waiting for d another step to go,
Mood sangat-sangat happy...taktau nak menggambarkan melalui kata-kata malah perkataan.
Niat update blog ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar perkongsian idea bersama.

12/8/2013 saya dan dia telah disatukan dengan ikatan pertunangan.
Alhamduliilah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
Wahai sahabat sekalian,doakan jodoh kami berpanjang sehingga hujung nyawa..aminn

Majlis dibuat secara sederhana, sekadar menjemput saudara-mara dan kenalan terdekat sahaja.
Sebab orang cakap pertunangan perlu simple-simple sahaja dan tak perlu dihebahkan.
Minta maaf kalau ada kengkawan yang terasa hati sebab tak dijemput.
Insyallah, saya nikah nanti saya jemput kawan-kawan semua ya.

Sebelum menjadi tunangan orang nie..banyak sangat idea dalam kepala otak nie..nak buat itulah inilah
macam-macam..daripada taknak buat pelamin..last-last minit terdetik nak buat pelamin yang very very simple...yahhhh sudah pastilah simple n nice kann.

Terima kasih banyak-banyak atas pujian yang melambung-lambung bagai dilambung ombak..mendengar pujian kalian seronok rasanya walaupon hanya sebuah pelamin yang tak seberapa. Okeh dah cukup kot intro...mari lihat proses-proses persiapan pertunangan saya.

kita mulakan dengan "Pelamin diy"

Mudah sahaja untuk menghasilkan pelamin simple yang low cost..bagi bakal bertunang yang low bajet macam saya nie..boleh la cuba buat pelamin macam saya...mudah,simple,jimat n cantik..cantik lah bagi saya.
Apa yang anda perlukan adalah stapler, ubat stapler, glue gun, kertas lukisan bersaiz A3, kertas bersaiz A4, pelapik kertas, labuci dan manik pearl. Apa-apa pon bole guna asalkan kreatif dan cantik okeh.




Tudia..tudia...tudiaaaa haaa...bayangkan lah saya sorang melipat kertas sebanyak nie..bole pengsan jugak lah. Nak tunang punya pasal, sanggup buat apa sahaja asalkan puas hati. Sehari lipat 4 kipas.
Yang remeh sikit nak hasilkan bunga kertas tu...lama-lama terus pandai buat jadi laju n pantas.


masa untuk menampal..bila hampir siap rasa malas sangat nak tampal sebab kena buat kipas kertas lagi..huhu then,kena tutup sikit kawasan yang berwarna coklat tuhhh

Sarung bantal dan pelapik putih emak saya yang jahitkan...mak memang pandai menjahit.

Bunga tangan yang dibuat sendiri...omputih panggil d.i.y.

HASILNYAAAA..Tadaaaaaa


simple saja kan...tapi saya sangat berpuas hati...semua barang sendiri kecuali bantal nikah yang besar tu sewa RM 50.00.

Sebenarnya saya rujuk pelamin yang saya jumpa ketika menggoogle.

google images

Inilah pelaminnya..simple n cantik kan..tapi saya tak mampu nak buat macam tu..tak cukup tenaga.

Yang kedua adalah " Baju tunang"

Baju tunang saya berwarna Champagne...bahagian atas lace dan bahagian bawah kain biasa.
Lace saya beli ketika bercuti di Bukit Tinggi,Indonesia tempoh hari.
Design baju oleh saya sendiri, kain pon saya pilih dan beli sendiri...Pergi jumpa tailor gtau design baju dan tailor buatkan...saya memang regular customer kedai menjahit tu...semua baju kurung, baju raya dia buatkan.
Seorang lelaki berbangsa cina yang sangat berbakat dan baik.





Inilah baju yang edy jahitkan...sangat kemas dan cantik...manik n bunga tu saya jahit sendiri..saja gatal tangan nak tambah-tambah kan.
Tudung emak jahitkan..veil saya yang jahit...selagi boleh jimat orang kata..haha


Lama dah berkenan kasut nie..akhirnya menjadi milik saya juga...padan pulak dengan warna baju tunang. Yang penting beli ketika diskaun memang sangat berbaloiii.

Design baju tunang, saya tiru daripada hasil google juga.

google images

Kita teruskan dengan " hantaran diy"

Dalam banyak-banyak, hantaran paling simple sekali dan recycle semula hantaran bapa saudara.
main pinjam-pinjam ja nie..hahaha...nak jimat kos katakan
Pihak lelaki juz bagi 3 dulang dan dibalas 5 dulang oleh pihak perempuan.




Hantaran nie pon hias sendiri..selagi boleh buat sendiri semua benda nak buat..tapi takdalah cantik pon.
Buat bagi wujud ja. Nampak tak bantal kecil tu..gigih saya jahit sampai 8 biji.

Selesai barang-barang semua..then " Meja makan dan perhiasan diy "

Part paling saya suka adalah deco...minat sangat buat kerja-kerja macam nie.
sampai tanam cita-cita nak jadi event planner suatu hari nanti...Insyallah
Alang-alang dah buat majlis bertunang, buat juga open house untuk kawan-kawan emak dan ayah.
Mak banyak sangat membantu dan bagi idea...sebagai anak kita setuju saja dengan cadangan emak.
Kombinasi mak n anak jadilah seperti ini...hehe


Mak sangat berbakat..mak yang jahitkan sarung kerusi ni...kerja saya menjahit ribbon untuk kerusi.
Cantik kan kombinasi purple dan kuning.

Inilah candy buffet yang saya idamkan..hehe,masa nie belom letak makanan lagi.

Bekas makanan kesayangan emak :)

one of my fav..menggubah bunga <3 nbsp="" p="">

d.i.y bekas meletak bunga...Sehari sebelum majlis keluar pergi beli bunga di kedai India sembahyang.


Thanks Syakir sebab buatkan poster yang comel ini...aku hargai sangat-sangat.

hahhhh...macam manalah bole lupa tentang " Prop bergambar diy "



Props nie saya buat sendiri menggunakan kain felt n kertas keras...gigih tau buat malam-malam sampai tak tdo..haha btw saya memang puas kalo benda tu saya yang hasilkan sendiri.

Ini sahaja persiapan untuk majlis pertunangan..Semuanya simple sahaja....adat menyambut tetamu mestilah sambut dengan kesempurnaan. Tak sabar rasanya menunggu gambar daripada photographer.
Akan diupdate lagi suasana di majlis pertunangan dan moment yang best :)

Bila dah puasa berat badan susut, muka pon dah nampak cengkung plus pulak muka saya yang senget sebelah, tak simetri...muka pon jadi buruk..huhuhu sob..sob..bubye


Jumaat, 2 Ogos 2013

Padang & Bukit Tinggi Part 3


Assalamualaikum w.b.t
Okeh sambungan daripada ho holiday part 1 and part 2
banyak tempat yang menarik yang saya kunjungi..sangat seronok
rasa macam nak buat rumah kat sana pastu ujung minggu pergi duduk (banyak duit kau)
Suasana disana sangat seronok sebab 90% majoriti orang beragama islam.
Peniaga islam..pergi semua tempat orang islam yang banyak..alangkah seronoknya.
Banyak masjid...bole dikatakan sepanjang jalan ...Ya Allah seronok sangat-sangat tau.
Perasaan jadi lain bila pergi ke sana..kalau mengaku orang indonesia pon saya mahu..hehe

Pagi-pagi bangun siapakan diri...sarapan dulu di hotel sebelum keluar meneruskan aktiviti.
Makanan yang disediakan teramatlah sodappapap...memang sangat sedap

post ala-ala model wajib ada..tehee

nampak tak..yummmm

nasi goreng,mee goreng yang rasa macam mee sedap dan tempe ikan bilis

masakan yang menambat hati..nasi himpit dimakan dengan masak lemak nangka muda..sedapppppp

dessert yang menawan kalbu...pisang goreng cheese...sedap sangat..tambah 5x

Maktok n atir makan sampai tak pasan orang snap gambar

emak yang sentiasa bersedia bab snap gambar nie

begitu juga anak daranya..mana tak tumpah kuah kalo tak ke nasi kannnn

After breakfast, berehat perut di lobby sementara tunggu Pak Jufri sampai.


Big boss

Masa yang ditunggu-tunggu,pagi-pagi dah pergi melawat lobang jepang (Lubang jepun)
actually ini adalah tempat tinggal orang jepun pada zaman penjajah dahulu...tapi yang hairannya...lubang tu sangat besar dan luas..siap ada bilik-bilik lagi.
Macam mana diorg korek tanah agaknya n dimana tanah tu dibuang...itu persoalannya??

Pemandangan pagi yang indah dan nyaman...Alhamdulillah

Pintu masuk ke lubang jepang

beratus anak tangga rasanya...turun ok steady

naik..semua penat



muka still letih sebab masa nie baru je abis degree show terus pergi bercuti.

Destinasi yang ke-2..paling menarik antara semua.
Ktorg ke rumah menjual barangan kulit..yang dijual dengan harga yang sangat murah.
Lokasi atas bukit yang sangat nyaman..seronok

Sebenarnya lokasi utama ktorg mahu ke bekas gunung berapi
disekeliling bekas gunung berapi terbentuk tasik yang sangat luas.
apa yang ada dalam tasik tu taktau lah.
Suasana tanah yang subur dan pokok-pokok padi yang masak rasa cantik sangat.
Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Bawa anjing untuk memburu babi daripada merosakkan tanaman.



 kedai kulit

Pemandangan daripada kedai barangan kulit.

Teruskan perjalanan dan singga di gerai menjual kacang tanah original tanpa pengawet.
100% sedap,bersih dan enak banget.

fevret ayah adalah kekacang


sawah padi/ padi bukit...pemandangan lubang bekas gunung berapi terbentuk tasik

duduk di gerai dan makan
dan menikmati kuih-muih tradisional indonesia
takde beza pon dengan Malaysia..sodap lembut
macam biasa apam, bengkang, popiah dll








Suasana kedai makan yang best macam tahun 80-an je

Then,kebetulan ada pakcik jual durian di luar kedai.
Ktorang pon beli lah sebiji sebab nak rasa...resultnya urmpppppp
manis,lemak berkrim disukai ramai...makan seulas pon dah puas sebab isi tebal dan berlemak.
harga jangan tanya lah...murah teramat RM 8.00 untuk sebijik besar gedabak.

Sedar tak sedar dah masuk waktu zohor..Pak Jufri nak berhenti solat.
Ktorg musafir takpe....tapi nak juga solat sebab terpenggun dengan nama masjid nie.


Masjid nie sangat cantik dan wangi.

Teruskan perjalanan ke destinasi terakhir.
Istana Pagaruyung...Sumatera Barat
Istana yang sangat cantik..tengok istana nie rasa kagum dengan senibinanya
macam dalam cerita dongeng pulak bila datang ke sini.

bentuk minangkabau.

happy family :)



kuda untuk ditunggang


istana kecil dan comel..macam cerita cartoon

ukiran bunga timbul yang mantoppp


cantik sangat...menangis tengok

Selesai sudah percutian 3 hari 2 malam di Bukit Tinggi,Indonesia.
Pengalaman yang sangat best...ada rezeki nak datang lagi..Insyallahh
Terima kasih kat mak ayah yang sponser hidup ini...hehe
Insyallah nanti murni balas balik jasa mak ayah yang tidak ternilai tu..aminn