Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 22 September 2013

Masakan: Red velvet cake



RESEPI KEK RED VELVET MOIST  (Chef Obie)

(kek sebenar red velvet agak rapuh dan kering sedikit)

resepi ini telah diubah untuk selera orang kite.. peace

Bahan-bahan

(kering)
280 g tpg gandum
50 g serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil garam

A
125 g mentega unsulted
260 g gula castor

B
2 biji telur (gred B)

C
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka putih @cuka kurma @ cuka epal
1 sudu besar pewarna merah bright

D
240ml buttermilk 
(Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)atau boleh beli aje buttermilk di pasaraya..sekarang dah mudah untuk mendapatkannya.
optional boleh gantikan yogurt jika tiada buttermilk.


CARA-CARA:

1.Ayak kesemua bahan kering-ketepikan

2.Pukul (A) sampai kembang & ringan.Masukkan (B) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (C)-pukul hingga sebati

3.Kemudian Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.

4.Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

RESEPI KRIM CHEESE :

300 grm whipping cream-brand anchor
150 grm cream Cheese-brand Phillidephea atau tartura
100 gm mascarpone cheese
60 grm gula icing
100 grm butter
2 titik lemon paste

Cara -cara :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda


Atau:

250 grm cream cheese (nak sedap pakai Philidephea)
150 grm butter 
60 grm gula icing
2 sudu makan perahan lemon
1/2 esen vanilla





nampak moist kan..penah buat sebelum nie menggunakan resepi asal red velvet texture agak rapuh dan kering..tapi sedap bila dimakan bersama cream cheese.

Jenis lembab dan berat lagi sedap daripada rapuh dan kering..cubalah :)

Khamis, 12 September 2013

Ceritera bermula: Bakal pengantin


Assalamualaikum w.b.t 
Harap-harap semua orang sihat la ye??
sekarang nie di bahagian utara tengah musim hujan..bole dikatakan setiap hari hujan,
dah berlanjutan sepanjang 2 minggu nie, sampai rumah saya banjir la.
Alhamdulillah nasib baik sekejap ja, air pon tak sempat masuk rumah.
Kalo masuk rumah memang dugaan lah nak cuci lumpur ...kerja yang remeh..

Okeh, kita teruskan kepada tujuan utama menghupdate belog nie,
sebenarnya debaran dah terasa..dup..dap..dup..dap...Ya Allah dah tinggal lagi 5 bulan,
Persiapan satu apa pon tak buat lagi tau.
Juz baru booked tarikh untuk wedding planner...omaigoddddd takuttnyaaaa
Kad kawen pon belom cetak lagi...sabar ye kawan-kawan nanti saya hantar kad terus ke rumah anda.

Selain daripada tu,ada tugasan kena siapkan..kena settlekan thesis..ulang sekali lagi thesis,
ceritanya begini, tak salahkan sesiapa pun dalam situasi nie.
Akhir sem lepas banyak sangat dugaan yang terjadi..Masyallah dasyatt sangat,
macam-macam saya tempuh dengan tabah, cuma biasalah manusia pasti ada perasaan kecewakan,
sooooooo, dipendekan cerita masa tengah buat minor (batik), masa tu tengah panaskan lilin,
tetiba rumah berasap, pelik jugak..rupanya Allah nak uji, bekas lilin bocor dan lilin tu dah dimakan api.
Bayangkanlah periuk lilin tu bertukar menjadi periuk berapi, dapur pon bertukar jadi api.
Ya Allah, masa tu panic sangat-sangat, hanya Allah ja yang tau...dalam kepala otak nie pikir,
1: kawan-kawan yang tido 2: rumah terbakar.

Dengan gelabahnya, cepat-cepat amik air nak padamkan api di sekeliling periuk tu.
memang dah tak fikir apa, terlupa pulak campuran lilin tu ada damar...damar tu tak bole kena air.
Sekali campak air...tetiba dapur meletup...kebabommmmmm (bukan gas ya,kalo gas saya dah hancur kat situ)...letupan api yang merah dan panas, abis sekeliling dinding dan siling dapur hitam bergelaga,
masa tu saya kat dapur, bayangkan situasi tu, sampai tak perasan lampu siling dah luruh ke lantai.
Dalam keadaan macam tu memang dah tak rasa sakit tapi kuatkan jgk semangat nak padamkan api tuh.
Tetiba nampak towel yang tebal, zupppp dalam kepala otak basahkan towel..apa lagi terus basahkan towel..dengan lafaz bismillahh tekup api yang ada sekeliling dapur..
Alhamdulillah masa tu api terpadam..yang tinggal periuk berapi tu,yang apinya hampir cecah ke siling rumah.

Masa tu dah buntu,dengan badan melecur, masuk toilet nampak baldi..kuar toilet nampak alas kaki tebal.
Zupppp dalam kepala otak lagi..okeh cakap dalam hati "aku kena berani",
dengan kekuatan dah ketabahan,cepat-cepat saya capai periuk berapi tu menggunakan alas kaki dan masukkan ke dalam baldi, then tutup baldi dengan alas kaki..
berlari-lari saya turun tangga dan bawak benda alah tu ke kawasan lapang..masa tu lega sangat rasa.
Lega sangat-sangat-sangatttttttt

Abis semuanya,membe tegur,"murni hang kena p hospital cepat, badan hang dah melecur nie".
Baru perasan yang badan melecur, masa tu baru la mula rasa bahang di badan.
Bayangkan lah kita kalau kena api hujung jari pon dah sakit teramat kan..rasa panas, pedih dan berdenyut-denyut, apatah lagi saya yang dari jari kanan sampai belakang leher melecur.
Then, dalam sakit-sakit drive ke hospital klang untuk dapatkan rawatan.

Begitulah ceritanya, apa kaitan dengan thesis?? 
so dalam keadaan camtu agak-agak ada mood tak nak siapkan kerja?????
Daripada 1 kerja yang tak siap dah jadi 2 kerja..minor (batik) dah rosak kena api.
Hilang segala mood tapi tetap teruskan buat thesis sebab due date dah hampir.
Dalam masa yang sama ulang alik shah alam ke penang semata-mata pergi jumpa pakar kulit untuk ambil ubat. So, kecuaian diri sendiri jugak tak inform supervisor(sv).

Sooooo, dah siap semua,hardcover semuanya...sv tak nak terima sebab dah lambat..
Omaigoddddd...berdesup darah dengarrrrr...(mata berkaca)dugaan dan ujian akhir sem (terpaksa redho)
sv dah masukkan markah ke dalam sistem...nasi dah jadi bubur.

Terpaksa terima hakikat yang tak dapat Grad bersama rakan-rakan pada tahun ini..sob..sob
Mungkin Allah dah merancang sesuatu yang lebih baik kepada saya..rezeki ada di mana-mana.
Cemuhan dan tomahan orang kepada saya..saya terima sebab mereka tidak berada dalam situasi saya.
Mereka tak rasa apa yang saya rasa.

Begitulah ceritanya...tapi dalam kesedihan Allah hantar seseorang dalam hidup saya,
Dia adalah bakal suami saya..Insyallah..Ikatan telah dibuat, hanya menunggu masa untuk disatukan.
Semoga kawan-kawan dapat mendoakan kebahagiaan dan doakan jodoh kami berpanjang di dunia dan di akhirat kelak..aminnnn

Ada part yang best, nanti masa grad suami yang temankan..then ada dua family besar..yeayyyy
Mungkin itu kebahagiaan diberi-Nya nanti...ikatan silaturahhim..Think +ve murnie.

Okeh itu baru mukadimah untuk entry kali nie..hahhhh amik kau,panjang berjela.
itu bukan cerita rekaan,itu benar-benar terjadi.

Sekarang nie banyak sangat benda yang tak settle lagi contohnya saya tak pergi lagi kursus kawen, tak g buat ujian HIV n Thalassemia lagi..huhu bila agaknya nak pergi.

Then,apa yang saya pikir sekarang nie baju kawen n hantaran...Tapi barang hantaran mengatasi baju kawen, dah rancang dah nak beli apa...kehkeh

Untuk perempuan
1. Telekung & Al-Quran
2.Beg tangan & kasut
3.Perfume
4.Cincin & duit hantaran
5.Jubah
6.Manisan
7.Buah-buahan

Untuk lelaki
1.Sejadah
2.Clucth
3.Perfume
4.Belt & purse
5.Jam tangan
6.Kasut
7.Kemeja
8.Manisan
9.Buah -buahan

Sekarang saya dah mula survey barang-barang yang hendak dibeli...ohh sangat excited tau.
Yang pasti tak membazir dan tak over budget...oraitee

1.Telekung dan Al-Quran yang menjadi pilihan.

 Google images
Google images

Suka sangat dengan Al-quran sofia sebab bukan sekadar luaran yang cantik dan kemas malah kandungan Al-quran nie juga, terdapat terjemah  dan ayat peringatan kepada kaum wanita.
Telekung by bella ammara nie sangat cantik..saya suka material lycra sebab berat dan kalau solat nanti telekung tak terangkat ditiup angin.

2.Handbag dan kasut (kasut belom rancang lagi)

Google images

Cantiknyaaaa...tambahan pulak pink color memang fav color..nomnomnommm


3.Perfume

Google images
Google images

Set victoria secret wajib ada sebab suka sangat dengan haruman yang fresh n sweet.
Pastinya love spell menjadi pilihan..dalam set tu terdiri daripada body mist,losyen n shower gel.
Then, perfume coco mademoiselle atau Gucci...walaupon jarang memakai perfume kira berbaloi lah beli,dapat bertahan lama. Channel agak mahal berbanding Gucci..sooooo...hurmmmmm

4. Cincin 

Google images

Subhanallah...cantiknya kedua-duanyaa...nak design ala-ala camnie..simple n nice,(simple konon)

5.Jubah
Tunang ada hasrat nak hadiahkan jubah..yang tu kita bagi dia yang buat pilihan..hehe



Barang untuk lelaki seharusnya perempuan juga yang urus..hahaha
Nampak sangat gila kuasa..hehe

1.Sejadah (sejadah dah beli masa mak tunaikan umrah memang sangat cantik,handmade)
Tapi takde gambar.

2.Men clucth bag

Google images

Memandangkan tunang saya seorang yang bekerjaya n nampak berkarisma...so saya nak bagi clucth nie untuk dia..nampak elegant n smart bila dipakai.


3.Perfume

Google images

Dia taknak beli perfume tapi saya paksa jugak suruh beli..then dia cakap okeh tapi nak samada hugo atau polo ja..amboiiiii..hehe skali skala kan.


4. Belt n purse

 Google images

Dua-dua cantik..tengah pikir nak beli yang mana..hurmmm..belom tanya dia lagi.

Google images

Saya berkenan sangat dengan belt nie..harap-harap dia pon suka.


5.Jam tangan

Google images

Ketiga-tiga cantik..nak yang mana nie..kena tanya tuan badan sebab dia yang nak pakai nanti.


6.Kasut


Google images

Kasut ada empat pilihan..lagilah pening.kenapa saya pilih kasut jenis nie sebab si dia kerja turun site so perlukan kasut bekerja yang tahan lama dan kukuh..pijak semut pon mati tau. yang penting safety first.

So ini saja barang menjadi pilihan untuk malam ini..kemungkinan ia akan berubah-rubah mengikut citarasa dan keadaan..hahaha

Assalamualaikum dan selamat malam..bye

Selasa, 3 September 2013

Hobi: Gila beg!!


Assalamualaikum w.b.t
Yeayyyy...kembali lagi dengan entry yang biasa-biasa..hehe
so today, nak cerita sikit tentang tabiat yang sukar dibuang,maybe sejak azali dilahirkan sebegini.
Nak cakap hobi bukan hobi lah, memang sangat-sangat suka membeli beg or handbag,
then kalo rasa selesa salah satu, asyik ulang-ulang pakai handbag tu je.
yang lain bole simpan dan buat pekasam.

Kadang-kadang sampai mak marah beli itu beli ini tapi tak pakai,
dalam marah-marah bole kasi hadiah handbag lagi, kang dah bertambah-tambah.
tapi saya okeh je...suka sangatttttt

Dalam banyak-banyak beg nie, tak tau lah kenapa mata saya suka sangat pilih color yg dull,
warna coklat ( bak kata mak taste orang tua)..ehh orang tua sekarang layan color block je tau.
jangan main-main.

Maybe saya jenis tak minat color yang menonjol kot..tapi memang pon.
So,kesimpulannya saya suka warna nature..ala-ala tanah,ranting,pokok semua ada.
Paling saya minat animals skin print..bukan original animals skin ya. 
leopard n snake skin memang fevret..aritu beg banyak makin lama makin kurang.
Banyak beg yang hilang tanpa khabar...sebab banyak sangat tak sempat nak check satu persatu.
Kadang-kadang teringat cari memang dah tak jumpa dah..sob..sob..sob
Ada jugak yang rosak terus saya buang..sayang memang la sayang tapi dah menggelupas.

Sebelum...

merah n hijau bukan beg saya*

Ini yang ada sekarang :) :) dah beranak sikit





Bole nampak kan rona coklat lebih menonjol daripada yang lain.
Sekarang tengah ada masalah berat nie sebab berkenan dengan beg furla pulak..adoyaiiiii

berkenan sangat yang ini..plssss come to mama

cantik kan...sakitnya hati ini kalo tak dapat..huhu

Kemudian, saya suka sangat isi barang dalam handbag sampai berat..
kalo bole nak bawak 2,3 purse sekaligus.

 barang yang wajib dibawa purse 2 daripada 4, shades salah satu,
note book wajib.kunci wajib, tisu dan ubat titik mata sangat wajib.

Inilah yang dinamakan perempuan....sukakan kecantikan, sukakan barang-barang.
Agaknya lepas kawen suami nak belanja handbag tak..hehe

Opssss...terbeli..maafkan saya

okeh,ini saja untuk arinie..tata