Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 22 September 2013

Masakan: Red velvet cake



RESEPI KEK RED VELVET MOIST  (Chef Obie)

(kek sebenar red velvet agak rapuh dan kering sedikit)

resepi ini telah diubah untuk selera orang kite.. peace

Bahan-bahan

(kering)
280 g tpg gandum
50 g serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil garam

A
125 g mentega unsulted
260 g gula castor

B
2 biji telur (gred B)

C
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka putih @cuka kurma @ cuka epal
1 sudu besar pewarna merah bright

D
240ml buttermilk 
(Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)atau boleh beli aje buttermilk di pasaraya..sekarang dah mudah untuk mendapatkannya.
optional boleh gantikan yogurt jika tiada buttermilk.


CARA-CARA:

1.Ayak kesemua bahan kering-ketepikan

2.Pukul (A) sampai kembang & ringan.Masukkan (B) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (C)-pukul hingga sebati

3.Kemudian Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.

4.Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

RESEPI KRIM CHEESE :

300 grm whipping cream-brand anchor
150 grm cream Cheese-brand Phillidephea atau tartura
100 gm mascarpone cheese
60 grm gula icing
100 grm butter
2 titik lemon paste

Cara -cara :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda


Atau:

250 grm cream cheese (nak sedap pakai Philidephea)
150 grm butter 
60 grm gula icing
2 sudu makan perahan lemon
1/2 esen vanilla





nampak moist kan..penah buat sebelum nie menggunakan resepi asal red velvet texture agak rapuh dan kering..tapi sedap bila dimakan bersama cream cheese.

Jenis lembab dan berat lagi sedap daripada rapuh dan kering..cubalah :)

Tiada ulasan: