Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 30 Oktober 2013

Persiapan perkahwinan part 1


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera
Mulakan hari anda dengan selawat keatas nabi Muhammad s.a.w
"allahumma salli ala sayyidina muhammad" (3x)

Rasa macam lama pulak tak update padahal baru tinggal dalam seminggu lebih kan.
Mau tak nya, sebelum nie seminggu sampai 3 post kan..ye dokk
Banyak sudah idea yang saya kongsi dalam entry sebelum nie.
Biasalahkan orang nak kawen mesti macam-macam pikir dalam otak nie.

InsyaAllah majlis akan berlangung pada 2 Februari 2014,
Majlis akad nikah dan majlis kenduri kahwin buat pada hari yang sama atas sebab-sebab tertentu.
Pagi pukul 10.00 diadakan majlis akad nikah, pukul 12.00 tengahari terus ke dewan.
Majlis akad nikah akan dibuat di surau Institut Pedidikan Tuanku Bainun, kenduri di dewan Institut tu jugak.
Pada mulanya rancang nak adakan akad nikah pada 1 Februari tapi disebabkan pihak lelaki jauh terpaksa buat dalam masa satu hari sahaja...mesti letih punyalah.
Then, jumaat baru start cuti raya cina..diorg decided bertolak pada hari sabtu pagi.
Dari pahang ke penang hampir 10jam perjalanan, bayangkanlah.
Banyangkan saya balik kampung raya nanti..huarghhhhhh...jauhhhnyaaaaaaaa

Itu maklumat untuk majlis nanti padahal lambat lagi..hehe
Untuk pakej perkahwinan, saya taknak pening-pening kepala cari wedding planner jauh-jauh,
saya amik ja wedding planner dari AtuZ seberang jaya.
Banyak komen-komen yang menyatakan tak best kan..tapi kena ingat,
kita patut sumbang idea juga untuk majlis kita nanti, barulah menjadi seperti yang idamkan.
Kalo terlalu berharap 100% pada wedding planner memang bole tapi kita pulak yang tak puas hati nanti.
Kita ada hak untuk menyatakan pendapat, minta apa yang perlu dan bertanya apa yang patut.
Jangan takut dan segan sebab kita bayar okeh..buka free..itu duit kita hak kita.

Belek punya belek buku pakej yang diberi,
saya bercadang untuk amik pakej dewan starting harga 3799++
Booking tarikh perkahwinan kena deposit sebanyak RM 100.
Bagi saya agak murah jika dibandingkan dengan selangor atau KL.

Dalam pakej tu terdapat:

Pelamin:
Pelamin Royal (dewan)
2X Red carpet
Hiasan meja makan pengantin
2X kerusi makan pengantin
8X sarung kerusi makan
10X Piller

Busana:
1X busana persandingan L/P (Royal)
1X gaun & Coat L/P ( Saya tukar amik baju sanding, untuk dibawa pada majlis sebelah lelaki)
1X solekan ( Tak amik) -harga
Tudung & Veil
Sampin & Tengkolok
Kasut pengantin perempuan (Tak amik)
Aksesori pengantin L/P
Bunga tangan

F.O.C ( free of charge)
1X pintu gerbang
2X baucer AtuZ bernilai RM 20.00 (RM 40.00 semuanya)
Hiasan kereta
2X bunga telur 50 batang ( 100 batang semuanya)
1X bunting 3'x5'

Then, saya pilih untuk buat pelamin 3 panel atas dewan kena charge tambahan RM 300 dan saya sewa lagi baju untuk akad nikah perempuan kena tambah lagi RM 500 ( harga asal)
selepas tolak harga tinggal RM 350 sehelai.
Bermaksud harga pakej tu saya tambah lagi RM 650.

So, hari nie jugak nak tunjuk hasil daripada idea saya sudah menjadi kenyataan..syiokkkk
Bersengkang mata on9 24jam demi cari contoh kad kawen yang comel-comel, bunting yang comel-comel, cari stiker la, button badge lah..macam-macam lagi.
Theme purple, idea mesti mau gempak kan..hahahahaha
 Bila dah jumpa semua yang dikhendaki, dah plan siap-siap nak buat ala-ala macamtu,
bermaksud kena tempah dekat kedai tu lah kan...rujuk balik harga macam okeh.
Tapi lupa pulak abang kepada tunang ada kedai print, macam-macam boleh buat di situ contohnya kad kawen, bunting, stiker, button badge, magnet petiais.
Sekarang nie diorang tengah buat promosi..harga sangat murah berbanding kedai lain.
berbaloi-baloi lah kalo gunakan khidmat diorang, jimat banyak.
Penghantaran pon percuma untuk semenanjung sahaja.
kalo korang nak kad kawen dll yang murah bole ke fb/ laman web ini okeh.

Jalan mudah, suruh member yang teror graphic tiru balik design yang saya kasi kat dia tu.
Dannnn nak tau tak, memang jadi sebijik sejibik apa yang saya nak..seronok tak terhingga.
semua berbayar tau mana ada benda free, tapi ain cakap bagi ja berapa pon takpa.
Alhamdulillah....rezeki dia ..hehe padanlah dengan hasilnya.

kad kahwin 

Banting untuk letak di kiri dan kanan pintu masuk dewan.


stiker goodies

button badge untuk semua orang pakai masa hari kenduri nanti-design by me
bercampur dah bahasa melayu dengan omputih.

macam cantik jer..macam cantik jer..macam comel jer..kannn

Hampir semua barang-barang hantaran dah beli.
Ktorang agih barang sorang sikit, ini yang saya beli...tinggal Al-Quran dan kain pelikat ja belom.
Kain pelikat beli masa pergi terengganu kot sabtu nie..hoyehhhhh
Tunang pulak tinggal nak beli kemeja dan jam tangan ja..suruh beli sendiri ikut citarasa dia.

Lelaki: set pencuci muka NATIO ( shave cream, moisturizer, cleanser) , Gucci guilty black perfume ( bau kejantanan terserlah), wood perfume lotion ( free gift)  n bodyshop soap (strawberry) sumpah wangi gila.

Perempuan: Victoria's secret fragrance Set ( body shower, body lotion, body mist) recomended sebab fresh sangat bau dia n manis-manis, Gucci by gucci perfume lotion n Gucci by gucci perfume.
(suka sangat Gucci by gucci sebab bau elegent, matang n mewah)

Men clucth yang menjadi trend masakini..idea saya suruh tunang pakai lagipon dia pon suka.
Belt pattern terbaru jenis button..itupon baru tau lepas promoter gtau.
Charles berkeley, 100% leather....bole beli di leather avenue.

Jam tangan Bonia menjadi pilihan hati..design jam nie sama macam design jam Rolex tau.
Harga ja berbeza..keh3

Beg tangan Guess Shiri idaman kalbu..puas hati dah dapat plus sebagai hantaran pulak tu,
lagilah saya suka n hargai sangat-sangat.

Flat shoes dari sembonia, sebenarnya kasut nie kosong ja..berkenan sangat-sangat memandangkan saya tak suka pakai high heels, so belilah buat hantaran pastu pandai-pandai tambah brooch sebab nak bagi sepadan warna dengan beg..keh3

Pastu nak buat hantran yang super duper simple macam gambar bawah nie.
( ambil sebagai rujukan )...guna polisterin ja lebih jimat sebab nak buat sampai 9 dulang kan.
Then, dulang berkaki pinjam member, juz beli bunga plastik dan polisterin ja nanti.

Sumber: ribbonsnties
Sumber: ribbonsnties


Entry sebelum nie cakap batalkan air sembahyang dengan sebentuk cincin kan.
Itu atas permintaan saya sendiri tapi tunang cakap dia nak kasi rantai tangan,
saya apa lagi on jelah..hehe
so, bermulalah sesi googles contoh rantai tangan yang menarik untuk acara membatalkan air sembahyang.
Nak beli sama-sama jauh sebab tunang di kuantan saya pulak penang.
Taknak lah susahkan dia suruh datang penang kan, lagipon dia busy dengan kerja.
kasi gambar jelah kat tunang suruh dia beli ala-ala camtu..tehee

google images

google images

google images

Kesemua nie pilihan hati..tak pernah tengok lagi orang kasi yang terjuntai-juntai sebagai mas kawen.
memang suka jenis terjuntai-juntai nie sebab bila pakai nampak sweet tambah pulak saya memang minat design bulat n berbiji-biji nie. 
Tapi takut jugak nak pakai, sebab gelang saya yang mak bagi sebelum nie asyik hilang ja, cincin pun sama..careless betul lah...harap-harap yang nie tak..aminnn

Untuk doorgift pulak..nak hias simple-simple ja jar kaca tuh.
tampal stiker bulat n ikat riben ja..nak jar kaca orb nie lah senang sikit tampal stiker nanti.


google images

Kandungan dalam jar maybe.....

google images- Marshmallow twist

google images- Biskut aiskrim


google images- Kurma

google images- Kismis

Semua nie hanya cadangan bergantung pada big boss dengan mem besar yang tentukan.
Harap-harap diorang pilih marshmallow atau biskut aiskrim sebab comel..tu ja sebabnya.

Ini idea saya untuk goodies VIP, buat dalam 30 beg sahaja.
Maybe rombongan pihak lelaki dalam 20-25 orang..buat lebih takpa jangan kurang.

Nak paper bag camnie...tapi jauh nak g beli..huhu
Sapa-sapa nak tolong belikan tak dekat KL, kampung baru


Google images-Air kotak

Kek bekas SBE yang super sedap...perlukan sponsor daripada ayah n mak sedara..keh3

Mini tasbih..order 33pcs RM 49.50 sementara tengah promosi.( tapi saya pilih warna purple dan yellow)

Baju sanding warna pink blossom n baju akad nikah warna off white...dua-dua nie sewa di Butik pengantin AtuZ..gambar ada tapi taknak letak...konon surprised lah..hehe
Untuk baju betandang masih belom decided lagi nak warna apa...tungguuu
Baju perkahwinan saya biasa-biasa sahaja..tak nampak mewah pon..nampak biasa.

 Baju akad nikah lebih kurang camnie lah..hampir sama.

Baju sanding pattern cmnie..warna muda sikit..batu pon tak sarat sangat macam kat atas.
Lebih kurang baju nikah cuma warna pink blossom ja...simple ja kan.

Sekarang tengah tambahkan berat badan..harap-harap berhasil lah sebelum kawen nanti.
Takut nanti pakai baju kawen nampak sekeping ja kan...Family n tunang tak kisah pon.
Takut ada mulut-mulut yang mengata ja nanti..peace V

Dah ada baju n veil nanti kena beli selendang yang sesuai dan kasut yang sesuai sebab dekat AtuZ tu kasut dia kebanyakkan saiz besar...so, belilah high heels sendiri nanti..color silver pon cantik kan.
Bole padan dengan kedua-dua baju terus sebab manik pada baju warna silver.

google images- Macam cantik jer

google images- Macam comel jer

google images- Macam berkenan jer

Tak tau nak pilih jenis tertutup atau terbukak..kalo tertutup kaki cepat sakit n berpeluh..tak selesa pulak.
Pastu nanti pakai sekali ja.
Kalau jenis open, selesa sikit tapi nampak tak fomal pulak..pikir jangan tak pikir.
Yang pasti sederhana tinggi..taknak lah 4-5 inci bole terguling atas red carpet nanti...mintak simpang.

Stop update untuk harinie..harap-harap apa yang saya nak tercapai..aminnnn
next entry of coz tentang persiapan part 2 pulak ye.
Doakan jodoh kami kekal ke Jannah..amin
' Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bi khair'
Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulit Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan..Aminn
salam

Isnin, 21 Oktober 2013

DIY: Guestbook d.i.y


Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi, mulakan hari dengan senyuman.
Sebelum tu jangan lupa baca doa dipermudahkan segala urusan.
'Rabbi yassir wala tu'assir,rabbi tammim bi khair'
Ya Allah permudahkanlah jangan persulitkan ya Allah sempurnakan dengan kebaikan.
Amin.

Okeh,nampaknya guestbook mendahului semua, aritu turun Shah Alam singgahlah kedai buku yang famous dikalangan student art nie, terletak di Seksyen 7.
Then, belilah buku hardcover, sebenarnya itu adalah skech book tapi lantak lah,
lepas beli buku tu excited sangat-sangat dah nak buat guestbook nie tapi apakan daya, kemalasan yang terlampau sangat, tersadailah buku tu bawah katil.

Semalam, mimpi apatah tetiba rajin nak menghias buku tu...nampaknya dah gatai tangan sangat-sangat nak berkarya nie..kononnya
Pastu terfikir barang-barang takde nak hias, kebetulan pulak tengah mengemas setor jumpalah bahan-bahan yang tak terpakai, beli bukan main lagi pastu buat pekasam.
lalu, saya pon taknak lah membazirkan, membazir tu kan amalan syaitonnn
Pakai ja barang apa yang ada, menggelakkan diri daripada membeli sebab taknak susahkan mak ayah asyik mintak duit je kan. ( anak yang tak bertanggungjawab..sob..sob )

Terhasil sebuat guestbook yang kusam warnanya..haha 
coklat kuning-bahan warna nie ja ada (redho)

kos:
Buku kulit tebal saiz A3 RM 39.90 ( ada kad ahli tinggal RM 36.90)
Hiasan kad: RM 7.00 ( Mr. diy)
Riben, manik, lace dan kain : (barang yang sedia ada dirumah)
Total: RM 44.00..less than RM 50.00 kan.

Ini untuk hiasan atas guestbook table nanti..murah ja, beli di Mr.diy

Serabut..bahan-bahan yang digunakan

in progress

belek punya belek rasa ada benda yang kurang, pastu tambah sedikit demi sedikit sampailah puas hati.
Gambar last fully lengkap.

Close up guestbook bunga-bunga cinta..tudiaaa
Guestbook version jimat kos daripada saya.






Mudah je nak menghias guestbook nie..buat dengan ikhlas..kompen menjadi.
Orang cakap selagi bole jimat kos dan mampu buat sendiri..baik buat sendiri ja..baru puas hati kan.
Kalo tempah range harga dalam RM 100 dan keatas.
Yelah bahan-bahan digunakan mahal dan kos upah lagi..memang patut letak harga tu.

Untuk bunga saya gunakan kain chiffon, potong bentuk bulat dalam 4-5 saiz yang berbeza.
Kemudian, layur tepi-tepi kain tu atas api..automatik kain tu akan melengkung.
Susun saiz besar bawah dan kecil atas..lastly letak manik pelbagai saiz untuk penambah seri.


Tengok nie, belom sempat guestbook siap dah buat setting, padahal setting atas katil ja..haha
Yeayyyy...sangat happy bila guestbook dah siap..boleh fokus benda lain pulak nanti.

Step terakhir, print nama dan tampal.siapppp

Khamis, 17 Oktober 2013

Ikatan 12082013


Assalamualaikum w.b.t dan salam subuh
Ikatan telah terjalin sudah hampir 3 bulan,
Persiapan sedikit demi sedikit telah diuruskan.
Cuma tinggal kurang dari 4 bulan...Ya Allah permudahkanlah segala urusanku,
'Rabbi yassir wala tu'assir,rabbi tammim bi khair'
Ya Allah permudahkanlah jangan persulitkan ya Allah sempurnakan dengan kebaikan.

Post kali nie post bergambar..detik-detik semasa hari pertunangan yang tidak dapat dilupakan.
Yeayyyyyy....dah dapat semua gambar raw daripada photographer.
edit sendirilah nampaknya.
Semua gambar daripada camera yang berbeza-beza.
Warna pon berbeza-beza setiap gambar..original color gambar first.

Makeup by : Siti Nur Zulaikha Shaikh Rohmat (member UiTM)
Lokasi: Rumahku Syurgaku dan Tasik Mengkuang (Mengkuang dam)

mintak ika makeupkan natural looks n less foundation, nude lipstick.
even pakai fake eyelashes pon nampak macam tak pakai kan. natural abis lahhh.
ohh ya...kening tak cukur juz guna teknik hide...kening lukis sendiri..tehee

saat bakal ibu mertua sarungkan cincin..hehe nebesss

salam pon sambil senyum..hehe

sempat lagi bergelak ketawa..tak ingatlah gelak sebab apa.

cium pipi bakal ibu mertua...muahhh..muuahhhh

cincin di jemari...dah jadi tunang orang..tak percaya..omggggg




Gambar bersama family, bakal family dan kengkawan.

maktok tersayang n bakal ibu mertua

ayah dan emak tercinta n bakal ibu n ayah mertua.

Bakal akak ipar, adik ipar n anak buah...comel-comel semuanya.

emak-emak saudara dan sepupu..cantik-cantik kan semua.

Semua nie sepupu..kecik-kecik lagi, saya cucu perempuan sulung.

kawan-kawan sekolah menengah.

hehe..tunangku yang ensemm..auww
masa nie tengah gtau media tarikh perkahwinan ktorg..haha (bajet retis nampak)


Hantaran, cuma bagi manisan sahaja.

Last sekali gambar syok sendiri,
Saja gedik-gedik suruh photographer amik gambar extra.
outdoor shooting tapi sorang-sorang ja..sob...sob

Tengahari rembang pergi shoot memang panas melampau-lampau lah.
muka pon berkerut ja plus dengan tak reti senyum ikhlas.
Pastu muka tak simetri kena amik banyak dari sudut kiri atau straight depan..dari sudut kanan memang hancuqq gambaqq...huduh piangg
nampak sangat la kesengetan muka tu nanti...apalah nasib badan..huhu











Teheee...bole nampak eyebags yang besau sebab hampir seminggu tidur tak menentu siapkan apa yang patut...tak pasal-pasal dalam gambar jadi huduh.
Kebanyakkan gambar juz crop, edit saturation, size sebab malas nak edit bnayak-banyak..hehe

Okehlah ini saja gambar yang akan dimasukkan..pasnie bukan gambar tunang lagi..hehehe

Bakal menjadi family besar tak lama lagi...InsyaAllah dipermudahkan.
Doakan yang terbaik untuk saya rakan-rakan.