Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 14 Oktober 2013

Pilihan terbaik Khas untuk bakal pengantin


Assalamualaikum w.b.t
Salam Aidiladha untuk seluruh umat islam di seluruh dunia.

Ohhhhh..jauh di sudut hati, betapa nervousnya daku fikir persiapan untuk hari bahagia, cewahhhhh 
Sebenarnya..sebenarnya saya buntu membuat pilihan..ohh tidak sebab sekarang nie banyak sangat benda yang cantik-cantik, semakin hari semakin cantik...huhu 
sekarang nie kena pikir betul-betul dulu dan bincang dengan wedding planner,
ye lah takut nanti apa yang kita nak dia tak mampu nak buat atas sebab-sebab tertentu kannn.

Sekarang nie dalam dilema untuk pilih design pelamin,
kang wedding planner saya marah nanti sebab asyik nak tukar ja..tak tetap pendirian betul lah.
Semua gambar dalam entry nie adalah pelamin butik yang berbeza-beza.
sekadar untuk mencari idea dan buat rujukan..tak salah kan..hehe

ini adalah contoh pelamin sebelum berubah pendapat


Pastu..pastu berkenan yang nie pulak..huhu


Masalahnya dua-dua pon cantik kann..kannn..kalo lah dekat dah amik khidmat diorang nie.
hurmmm...kena bincang dulu takut-takut nanti harga berubah..kurang takpe kang bertambah pulak..abislah duit mak saya nanti.

Pelamin dah, pastu untuk wedding guest table.
Banyak sangat idea yang cantik-cantik..rambang mata tau.Jom kita tengok.



google images

Sangat kreatif dan super duper cantik okeh...terpukau mata tengok nie.
rasa nak nagis pon ada...betapa cantiknya gubahan bunga yang diorang buat.
Tapi servis nie area selangor...sob..sob....sobb 
saya duduk Pulau Pinang..huhu

goggle images

Ini pon cantik jugak..mari menangis ramai-ramai.
Walaupon simple tapi saya suka...tidak serabut...yang penting adalah 'bunga hidup'.
Sebab bunga hidup penaik seri..tak percaya cubalahhh

Kemudian, guest book pulak..
shareyourlovewithcards.blogspot.com menerima tempahan guest book yang super cantik n comel.
memang cantik sangat-sangat hasil kerja tangan diorang.
sampai speechless lah...jom kita tengok.




ohhhh...bertapa cantiknya kesemua ini...dunia...dunia...hahahaha
Pastu kad kahwin pulak..nak yang jenis sekeping sahaja...murah dan mudah kan.
nie contoh kad kahwin sekeping..pon cantikkkk..omggggg

google images

Selain buat kad kahwin, saya bercadang nak tempah juga bunting dan stiker bulat.
Ada survey www.facebook.com/stikerkucom....kesemua design dia memang terbaik dari ladang.
Memang sangat cantik n marbeless, harga pon berpatutan tau.




Nampaknya sambil mencari idea sambil promote kan..takpa dapat pahala.
Mudah nanti kalau anda-anda semua nak cari sumber...saya dah sertakan link tauu...baik kann
Yang takda link tu minta maaflah sebab tak jumpa laman web yang betul-betul empunya gambar tuh.
Seronok sangat bila google cari benda nie semua, bertambahlah nervous hahhh plus excited..hehe

Untuk doorgift pulak..mak ayah cadang nak letak dalam jar kaca.
Nampak kemas dan lebih mudah diurus nanti....comel kannnnn
saya suka bentuk spiral n swirl..unik


Ada lagi, aritu pergi butik untuk pilih baju sanding tau..ada la cuba 2-3 helai baju.
Ingat nak amik warna purple sebab tema purple tapi nanti sama pulak dengan alas meja..taknakkk
Tapi cantik pulak purple nie..tapi..banyak sangat tapi....nanti pakai tudung tutup dada dah tak nampak manik yang bersinar-sinar tuhh...kannnn

maaf tukang ambil gambar pon nervous..so gambar gegar -gegar jadinya


Baju sanding nie cutting maxi dress..sangat cantik kalo tengok yang real..temanya bollywood..veil untuk dress nie pon cantik..dress nie nampak sangat sopan tau..berkenannya.
Adakah ini akan menjadi pilihan saya?????hehe

Sebelum nie ingat nak buat baju untuk sanding sebab dah beli lace semua tapi pikir balik nanti nak pakai sekali ja, macam rugi pulak habis ratus-ratus untuk sehelai baju.
Sewa sepasang dah dapat harga sehelai baju tempah..memang tak berbaloi
sewa lebih jimat sebab dapat aksesori lengkap semuanya.
Dalam pakej yang saya amik tu dapat 2 helai baju sanding..ingat nak sewa lagi sehelai untuk pakai masa akad nikah nanti...mestilah warna putih baru suci dan murni.

Oklah nampaknya dah banyak kongsi idea disini..dah penat menulis.
Kalo ada apa-apa perubahan dan idea baru akan diupdate lagi kay.

Sebelum tu kalo nak gambar yang cantik bagi sesiapa yang tinggal di area Pulau Pinang,
Bolelah amik photographer ini sebab hasilnya sangat cantik tau.
Untuk tunang, kahwin, convo n untuk apa-apa sahaja semuanya boleh..
Harga sangat berpatutan, lebih murah daripada Photog yang lain tau.
Kalo berminat bole terus ke fb ini

Ini adalah contoh gambar yang diambil..Gambar saya semasa tunang tempoh hari.#repost


Terima Kasih

Tiada ulasan: