Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 9 Oktober 2013

Sejujurnya


Assalamualaikum w.b.t dan salam subuh
Allahumma salli ala sayyidina muhammad ( selawat 3x )
ya, entry kali nie berkenaan dengan isu hati, perasaan dan hubungan sesama manusia.

Benar " setiap manusia pasti berubah"
begitu juga orang yang disekeliling saya..berubah dan terus berubah

bagus, jika perubahan ke arah kebaikan,
hampa, jika berada di takok yang lama,
sedih, jika perubahan ke arah keburukan.

Anda pilih dan nilai siapa diri anda dan dimana kedudukan anda sekarang.
sebab itulah kita dilarang untuk menilai seseorang itu, mungkin dia punya sebab tertentu.
positif lebih baik daripada bersangka buruk.

Jika kita berkecil hati, maka kita yang akan menanggung dosa.

Pada saat ini saya terfikir untuk tidak terlalu rapat dan tidak terlalu memberi muka,
ya, diberi madu, hempedu balasnya...pahit sekali..perittt

Duluuuu,masalah berlaku, bertindak lebih matang adalah jalan terbaik,
tomahan, cacian semua saya telan..manis sekali rasanya persis madu.
berdiam tanpa lawan dikatakan pengecut,
dalam hati, biarlah itu hanya senda gurauan..haha

Bila ditimpa masalah, kawan tempat mengadu,menangis,
kawan sebagai penasihat, kadang-kadang berguna, selalunya unsur negatif diterapkan.
manusia yang lemah seperti saya, termakan juga kata-katanya,
dendam, benci semakin dalam...jahilnya saya ketika itu,
tetapi..hanyalah kejahilan dalam hati bukan dalam tindakan.

saya cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik,
mencari jodoh yang baik supaya dapat membimbing saya ke jalan yang baik.
Alhamdulillah, ketemu juga akhirnya...amin ya rabbal alamin

Manusia, bila menjalankan amanah dan tugas yang ikhlas,
sering dianggap negatif, sering menyalahkan sesama sendiri.
ungkitan, ugutan, wang ringgit adalah punca.
nasihat, kata-kata yang baik dibalas dengan lentingan.

manusia, pantang dicabar, budi bicara yang baik dibalas makian,
sabar, sekadar boleh bersabar..jika sabar itu hilang, belom tentu dibalas dengan kekasaran.
terlalu menjaga hati..hati sendiri terguris.

wang, duit, money, punca utama masalah.
kerjasama, toleransi , bertanggungjawab jauh sekali.
pentingkan diri sudah sebati dalam diri.

Mulut paling berbisa, lebih bisa dari sang tedung..benar
bila mengeluarkan kata-kata habis semuanya,
yang cantik buruk jadinya, yang manis pahit jadinya, yang baik jahat jadinya.
yang benar, adalah yang salah.
yang salah, adalah raja segala kebenaran.
bertapa hebatnya kuasa mulut.

fitnah berleluasa, semakin hari semakin diketahui,
tindakan saya, hanya dengar, senyum dan ketawa tanpa henti.
kenapa perlu membuka keaiban sesama manusia?
tidak semua orang sempurna, kalau mahukan kesempurnaan,
biar anda saja menjadi sempurna.

Jujur, perhubungan perlukan kejujuran,
saya tahu apa yang berlaku,
apa tindakan saya?
menjaga hati, tidak pernah bertindak kasar.
namun, sampai bila?mahu menipu?

sekarang rasanya semuanya sudah terbalas,
yang terbuku, dikeluarkan.

terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada memori hidup saya.
apa yang saya ingat adalah ' jasa anda',
saya telah memaafkan semuanya. belajar memaafkan lebih baik daripada mengharapkan kemaafan seseorang....muhasabah diri, saya lakukan setiap hari.
ingat...dosa terhadap Allah dapat diampunkan dengan bertaubat, tetapi dosa sesama manusia perlukan kemaafan oleh manusia itu sendiri.
begitu juga dengan hutang, hutang dibawa sampai mati.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:”Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”
Minta maaf dari sekarang jika ada melakukan kesalahan terhadap orang lain supaya tidak muflis di akhirat nanti. Muflis akibat habis pahala kebaikan diambil dan terpaksa pula menanggung dosa kejahatan orang lain (sekiranya tidak cukup pahala untuk membayarnya).


Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)



sekadar renungan bersama :)

senyum itu sedekah :)

Tiada ulasan: