Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 26 November 2013

Random post: Persiapan demi persiapan


Assalamualaikum w.b.t
Allahuma sholi ala sayyidina muhammad (3x)
hahhhhh setelah berfoya-foya dengan bakal tunang hujung minggu lalu,
arinie nak cerita sedikit sebanyak progress untuk majlis nanti.

Yeayyy...akhirnya kitorang dah decide untuk memakai baju bertemakan gold untuk majlis bertandang nanti.
Gambar-gambar takleh masukkan sebab nak kasi suprised..boleh percaya ka??

jeng...jengg..jengggg 

Sabtu lepas tunang datang ke penang dengan membawa kad kawen yang telah siap dicetak.
Kesian datang naik bas bawak berkotak-kotak.
Takpa demi family tunang tersayang kan...semua boleh..hehe
Terima Kasih banyak-banyak ler awok.

Kad kawen dah siap cetak..hasilnyaaa sangat-sangat memuaskan hati.
comel sangattt..comel tak terkata..hambikk
Kad kawen nie disertakan dengan sampul putih sekali.
Bermula lah pekerjaan tanpa gaji, duduk saja-saja isi kad dalam sampul.


comel kan..kan...kan

Then, apa yang seronok, tasbih tempahan pon dah siap mengikut tema yang ditetapkan.
Hasilnya sangat cantik...suka sangat.

saya pilih warna purple plus kuning..tengok yang real lagi cantik dari gambar tau.

Jumaat aritu birthday saya, sabtu tunang datang konon-konon nak sambut birthday lah.
Then, saya suruh sambut hari ahad...malangnya tak kesampaian.
Hari sabtu ja sempat keluar makan-makan dan jalan-jalan.

banyak betul amik makanan...hehe

bole nampak perubahan..pipi dah naik..hoyehhh

macam biasa makan di tempat fav..seoul garden, tapi kali nie di Gurney Plaza,Penang.
Keesokan harinya, saya diserang cirit-birit, muntah serta demam serentak..maybe food poisoning,
tapi tak tau punca dari makan apa...sehingga la harinie dah beralutan  sehingga 3 hari berturut-turut cirit-birit.
bole kurus camnie...huarghhhh baru ja nak gemok sikit dah cirit-birit.

So, paling sedih tak jadi sambut birthday di Domino's..juz pergi beli tapau bawak balik rumah.
Itu pon masa g beli dah pening-pening muntah-muntah dalam kereta.
Bau pizza pon dah tak bole..penangan cirit-birit terlampau.

Paling tak puashati, sempat makan 2 keping, selebihnya dimakan oleh abangku...hurmmmm
Daripada 2 kotak..nanti suruh dia ganti..baru dia tau adik dia kedekut.hehe

yeayyyy...dapat hadiah birthday daripada ayah dan emak, setelah enset lama dah tak bole on.
Terima kasih mak ayah, sayang mak ayah sangat-sangat.

Ingatkan, masalah cirit-birit nie dah baik, bole pulak keluar dengan mak ayah g shopping,
makan tak ingat dunia, makan mee ketam special, laksa penang padahal perut blom stabil.
Arinie punya cerita menagis lah daku menahan keperitan dan kesakitan perut yang amat dasyat.
sebarang bentuk makanan atau minuman yang masuk pasti keluar kembali...samada melalui mulut atau tutttt.
pening kepala sangat-sangat, tapi malam nie macam okeh sikit, curi-curi update blog..hehe

cantik tak..cantik tak...ingat nak beli sebab ayah pon on nak belanja...then pikir semula,
nantilah beli sebab nak survey tempat lain pulak, mana tau jumpa lagi cantik daripada nie kan.
btw kasut nie daripada sembonia. ada tiga color, gold, hitam n silver.

Hahhh, berita baik untuk diri sendiri...saya dah betul-betul kompem nak buat pelamin ala-ala cenggini.
dah siap edit guna photoshop tau...macam cantik jerr kannn

google images

meja makan beradap nak swoh letak bunga banyak-banyak sebab nak tutup makanan pengantin yang ala kadar tuh..hahaha

google images-so in love w this...sukaaaa

Asyik fikir pasal pelamin ja, terpikir pulak tentang hand bouquet, patutkah saya d.i.y or tempah sahaja.
Hurmmmm....sangat-sangat berkenan bunga hidup tapi tak tahan nanti.
so, saya mengambil langkah selamat untuk memilih pearl hand bouquet...cantik pon cantik tau.

google images

google images

Sukanyaaaa....cantik sangat-sangat tau..modal yang banyak diperlukan..hurmmmmm
It's okey, nanti saya pilih jalan untuk berjimat...hehe

ok, cukup sudah entry untuk kali ini.
Sebelum mengakhiri entry kita kena tempek seketul dua wajah tuan blog..hehe


hopefully semuanya berjalan lancar..Amin

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah

Doakan kebahagian saya dan bakal suami till jannah.

Rabu, 20 November 2013

Persiapan Perkahwinan Part 2


Assalamualaikum w.b.t
Mulakan entry terbaru dengan Bismillah.
Wahhhhhh dah lama rasanya tak hupdate blog nie,
tapi harinie nak jugak update walaupon tak tau nak cerita apa untuk entry terbaru nie.
saya cerita apa yang terlintas dia dalam kepala ja...random

Okeh untuk majlis akad nikah nanti, saya akan memakai busana berwarna putih,
tapi malangnya pakai kejap ja sebab pastu majlis persandingan pulak, tukar kepada busana pink.
so, sah2 lah gambar akad nikah sikit kan, ingat nak upah photog shoot outdoor untuk keesokan harinya.
banyak nau duit hang murni..haha

untuk busana putih, ini menjadi pilihan, entry sebelum taknak tunjuk kan..janji palsu ja tuhh


sewa baju nie agak mahal lah kalo tak amik pakej..cecah 800 jugak rasanya untuk sepasang tapi saya amik busana perempuan sahaja.
sob...sobb badan tak cantik sebab kurus sangat..tapi takpa sekarang dalam proses menaikan berat badan.
hampir berjaya..perlukan 6kg lagi..gigih murni gigih

Untuk baju sanding, saya pilih pink blossom..memandangkan pink adalah my fav color ever. 

pattern sama ja macam baju akad nikah...hehe

Untuk baju bertandang still lagi blom membuat pemilihan.
sekarang nie dalam dilema nak warna purple atau hijau...tapi tunang cakap biru pulak..mana satu nieee.

kalau hijau nie pattern peplum...hijau plus purple

purple plus gold ala-ala jubah.

Okeh biar dulu, tunggu tunangku datang sabtu nie untuk pemilihan terakhir..hehe 
excitednya bila pergi dengan bakal suami...rasa lain sangattt.

Untuk wedding photoshoot...memang berkenan tahap gaban nak buat ala-ala picnic.
sukanya macam nie...suka sangat-sangat.

google images
google images
google images
google images
google images

Harap-harap apa yang diinginkan tercapai..aminnn

Kalo pikirkan semula, memang rasa takut dan tak bersedia untuk berumah tangga,
rasa macam tak layak lagi tapi insyallah kalo niat betul, segala urusan dipermudahkan,
rezeki tu pasti ada wlaupon bukan dalam bentuk wang ringgit.

Okeh paling pening skali masalah pelamin nie...tak bole buat pilihan sebab terlalu banyak design yang cantik..dah rambang mata nak pilih yang mana...tolonggggggg
bole pengsan pikirkan sebab banyak yang cantik-cantik.

google images
google images
google images

Rasanya dalam hati berkenan no 2 dan last nie..ala-ala taman bunga..hehe
nak yang hebat je kann..haha
tengok jelah nanti macam mana jadinya pelamin saya.

Buat masa sekarang nie..segala persiapan dan barang-barang dah beli sikit-sikit.
Baru-baru nie dah order jar kaca sebanyak 3k...banyak tuhhh untuk doorgift orang dewasa.
Untuk doorgift kanak-kanak mak sedara nak sponsor lolipop chupa chups.
Alhamdulillah murah rezeki saya sekeluarga.

google images

Untuk doorgift marhaban, ktorg beli kain pelikat sebagai hadiah dan penghargaan.

google images

Yang paling seronok dah pergi kursus kawen n dah dapat sijil kawen..hoyehhhhhhhh


sentiasa bersama ain dimana jua..haha

Untuk negeri Pulau Pinang, akhir ceramah akan diadakan ujian minda untuk para peserta yang menghadiri kursus kawen..semuanya 30 markah..kurang daripada 10 markah tak layak dapat sijil.
Pernah dengar ka orang gagal kursus kawen??...takda kan..semua tu hanya latihan n nak refresh semula pengetahuan kita tentang agama dan ceramah yang diberikan.

Untuk pengetahuan semua, negeri Pulau Pinang jugak ada interview untuk bakal pengantin semasa memohon borang pernikahan nanti...omggggg 
dengar interview terus rasa ketaq lutut semuanya..huhu

next step, borang nikah dan juga ujian HIV.
semoga segala urusan dipermudakan..amin

muka happy disamping kain buruk..hahahaha
yeayyy berat dah naik 4kg...seronok sangat.

Selasa, 5 November 2013

Masakan: Perfect pavlova


Assalamualaikum w.b.t
Percubaan pavlova untuk kali ke 4...sangat menjadi
sebelum nie macam tak confident buat, setakat makan sendiri bole lah.
Untuk kali nie betul-betul menjadi...rasa pon kurang manis n sangattttt sedap.

Tambahan pula pakai strawberries yang mahal nak mam...sebab strawberi cameron habis tinggal yang USA sahaja...anggur pon sama yang USA punya so rasanya sangat sedap...berbaloi-baloi lah beli mahal.




Pavlova 2 tingkat...puas makan...nak lagiiiiiiii

Jumaat, 1 November 2013

DIY: Prop bergambar


Assalamualaikum w.b.t
Entry kali nie nak promote bisnes sendiri, meniaga suka-suka ja amik pengalaman kan.
Insyallah suatu hari nanti memang nak betul-betul serius dalam perniagaan,
Nak jadi event planner plssss...hahaha

Saya berniaga menerusi Instagram saya..bole follow kalau nak eykinmurni
Email pon boleh : ekinmurni@gmail.com 
Saya jual RM 15 (5 pcs) RM 30 (12pcs)
Bole pilih design sendiri, anda akan dapat apa yang anda inginkan..cewahh
Semuanya handmade ye kawan-kawan...material felt, glossy paper n kertas keras.
Lidi berbalut ribbon untuk tampak lebih cantik.

Ini adalah contoh prop yang berjaya dihasilkan.
Proses-proses penghasilan prop.










Gambar yang wajib ada..tehee

Sebarang pertanyaan atau tempahan bole emailkan ke ekinmurni@gmail.com
Instagram: eykinmurnie
Fb: eykinmurnie

Terima kasih : )