Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 3 Disember 2013

Cuti-cuti Malaysia :Terengganu, Kelantan dan Sarawak


Assalamualaikum w.b.t
Setelah hampir seminggu meninggalkan blog, akhirnya saya kembali untuk menghupdate,
tapi kali nie bukan pasal persiapan or perkahwinan tetapi pasal percutian.
Family saya jenis orang kuat travel, pergi sana sini tetapi dalam Malaysia yang banyak,
Luar daripada Malaysia ikut bajet yang ada..tak mampu eden nak poie jauh-jauh nie hahh..pitis takdok.

Awal November saya ke Terengganu dan Kelantan, ikut rombongan cikgu-cikgu sekolah emak.
seronok jugak pergi sana setelah beberapa tahun tak pergi, last pergi Terengganu masa 14 tahun, Kelantan pulak slalu pergi, tapi last pergi umur 20 kot..dah tak ingat.

Macam biasa kalau berjalan, shopping tu pasti...yang penting kalo berjalan saya paling suka bab makan, suka mencuba masakan istimewa yang menjadi simbol negeri tu.
Bab makan memang no 1, saya suka mencuba, sedap tak sedap lain cerita yang pasti merasa.
Baru boleh cerita pada orang apa keistimewaan negeri tersebut.

Kemudian, budaya dan tempat, kalo melancong mesti melawat tempat bersejarah dan mengenali budaya tempat tersebut...sepanjang perjalanan mesti nak tengok sekeliling dan kaji.
lain orang lain ragam, berbeza cara dan adat diorang jika dibandingkan dengan negeri or negara kita.
Itulah yang paling menarik sekali.

Sampai dah malam, terus pergi melawat Masjid Kristal pada waktu malam,
cantik sangat dengan lampu-lampunya.

Kitorang menginap di BTPN Negeri Terengganu. Boleh tahan tempat nie, lagipon disponsor,
Tempat tidur free,seronok. Dapat pulak bilik pink n comel.

Hari pertama pergi tempat penghasilan keris.
bawak budak-budak rombongan tengok bagaimana keris dihasilakan.

Makanan paling sodap, makanan pertama yang saya makan..nasi dagang, bertapa sedapnya nasi dagang nie, sampai tiga hari berturut-turut makan nasi dagang, ada lauk ikan tongkol dan ikan aya.
Makan bersama budu tempoyak n kepok goreng sangat-sangat sedap tak terkata baq hang.
Ada perbezaan antara nasi dagang Terengganu dan Kelantan. Kelantan punya nasi berwarna putih coklat.
Ganu punya nasi warna putih. Makan di gerai tepi jalan n foodcourt Pantai Batu Buruk.

makan ais krim goreng di Pantai Batu Buruk..sodappppp nak lagi


Shopping di Noor Arfa Batik ,Desa Murni Batik dan Pasar Payang..hehe
Biasa la cikgu-cikgu, semuanya kaum-kaum wanita, memang sakan lah membeli belah.
Di Noor Arfa saya juz beli kain sarung untuk hantaran nanti, Desa Murni Batik beli bermacam-macam jenis tudung dengan harga yang sangat murah...saya ulang, sangattt murah.

Macam biasa di Pasar Payang, mak-mak beli kain batik n baju batik modern wajib.

Sate ikan, dah lama tak makan...susah nak cari di Penang.
Dekat Pasar Payang nie besar-besar dan sedap, bole pilih nak kuah manis or pedas.

Kuih sekaya sangat sedap..rasa dan texture kuih nie macam puding karamel cuma warna kurang menarik.

Then, kitorang makan kepok losong rebus dan goreng...bagi saya yang rebus lagi sedap dan terasa ikannya.
Hampir sempadan negeri Kelantan, ktorg singgah beli kepok lekor pulak.

Dah masuk Kelantan, tak lain dan tak bukan singgah Pasar Siti Khadijah.
Apa lagi...memburu makanan lorr.

Sebab nie lah saya suka datang kelantan, makan sedap-sedap dan menarik.
macam-macam kuih ada, kuih akok, nasi tumpang, taik itik dan lain-lain lagi lah.
kuihnya manis semanis wajah orang Kelantan..hehe

Makanan wajib makan, buah keranji, nasi kerabu dan laksa lemak...tak sempat makan laksam..sob..sob

Dah puas makan, singgah di Masjid Beijing untuk solat, senibina masjid nie macam di China.

Akhir sekali, singgah Rantau Panjamg, masa nie mood shopping dah takda sebab dah letih berjalan dan pikir nak balik Penang ja...dah puas....Tapi mood makan tetap ada..orang bershopping saya n mak duduk di kedai sambil makan k.teow sup siam, bihun tomyam siam memang kaw kaww...sedap gilossss,
Pastu, bole pulak beli macaroon di Cafe yang terdapat kat Rantau panjang nie, memang sedap..terbaikk
Berakhirlah percutian di Terengganu dan Kelantan.

Baru-baru nie, pada hujung November saya ke Kuching Sarawak pulak,
Bak kata emak, hadiah birthday bawa pergi Sarawak, terima kasih ayah dan emak.
Tapi, yang sebenarnya ayah ditugaskan mengajar di Sarawak setiap hujung minggu, so,bulan November last mengajar, selalunya emak teman ayah pergi,kali nie bawak ramai sikit, duduk lama sikit, jalan jauh sikit.
Sarawak nie seronok sebab budaya dan makanan berbeza daripada negeri kita.
Sarawak sangat kaya dengan hasil bumi tau...macam-macam hasil pertanian hingga perikanan yang kita tak pernah jumpa ada disana.
Tempat pelancongan yang okeh pon di Kuching, kalo ke daerah lain jauh.
Semasa perjalanan pon kiri kanan hutan dan gua...cantik sungguh ciptaan tuhan.

Sedang menunggu flight tiba di balai ketibaan...budak nie dah berisi sikit kan..haha

Pergi bersama ayah, emak n maktok :)

Tempat wajib untuk dilawati dan bergambar of coz, arca kucing yang comel dan manja.

Tempat pertama yang kitorg pergi, Pasar satok di Kuching,
Sewa teksi, uncle teksi datang ambil di airport dan bawa ke Pasar, memang seronok datang sini.

Kami bersarapan dengan mee kolok, first time makan memang teruja..Sedap, mee kolok macam maggi segera tapi lebih kenyal dan sedap. Ada setengah kedai masak mee kolok dengan kicap, yang saya makan kena masukkan kicap sendiri.

Buah Dabai, kena rendam dalam air suam baru boleh makan, texture lembut rasa berlemak..sedap dimakan dengan garam dan kicap...bagi saya tak sedap maybe tak biasa.

Buah paling sedap dan unik, buah kristal...manis, rasa macam rambutan plus laici..texture kulit keras, isi tebal berwarna putih lutsinar.

Durian kampung, comel-comel, duri halus dan panjang, terdapat warna merah dan hijau..isi kuningggg.
First bite manis sedap lemak, seterusnya rasa pahit-pahit..bole makan tapi tak bole makan banyak.

Semenanjung pon ada buah-buahan nie tapi susah nak jumpa..kat sini senang sangat jumpa,
buah besar dan gemuk-gemuk..ada pink guava, buah nona, durian belanda.
Yang best semuanya organik tanpa racun serangga.

Destinasi kedua adalah, waterfront...tempat femes dan banyak orang pada hujung minggu,
tambah budak-budak muda berdating sakan nohhh.

Wahhhh cantikkan pemandangan sini, untuk ke foodcourt waterfornt kena merintasi sungai dengan menaiki bot..sekali naik kena bayar RM 0.50-RM 1.00.

Sampai ja sana terus order laksa sarawak...hmmm memang terbaik n sedap sangat-sangat,
kena dengan selera saya nie hahhhh...dapnyeeee, ada isi udang dan ayam.
Kuah lemak dan rasa herba, makan bersama sambal dan diperah limau..perghhh nyaman

Singgah di Mira cake house untuk membeli kek lapis..fav saya kek lapis cheese..so yummy

Keesokan hari, ktorg ke Pasar Serikin, serikin nie sempadan Malaysia dan Indonesia iaitu kalimantan,
Boleh dikatakan kebanyakkan barang yang dijual disini dari Indonesia.

Banyak hasil pertanian dijual disini..segar-segar semuanya.

Makan durian again n again, kali nie durian sangat sedap sebijik RM 5 sahaja,
Dah la murah, sedap,manis n berlemak...tapi sampai ke harinie rasa panas badan n sakit tekak.

Banyak hasil perikanan yang dikeringkan macam ikan, sotong dan udang, pengunjung datang sini semata-mata untuk membeli udang kering, makan saja pon sodap tau.Harga murah dari semenanjung.
Keropok ikan bulat-bulat tu my fav uolllss.

Masa untuk pulang ke Penang, sangat seronok berjalan bersama family.
Percutian terakhir kot sebagai seorang bujang...keh3

Tak lupa, Ikan buntal masin buah tangan dari student ayah...sangat exotic tau.
Macam takut ja nak makan, semua orang tau ikan buntal beracun.
Tapi ada jenis-jenis ikan buntal yang bole dimakan macam ikan buntal kuning.

Gambar dari blog inoreqbaya.blogspot.com

Ini gambar ikan buntal kuning yang dijadikan makanan orang sarawak..comel kan

Ikan buntal telah pon berubah menjadi masak lemak cili padi yang sangat enak, isi lembut dan manis...sedap lah wlaupon first time mencuba..tak sia-sia. Lauk-lauk lain gulai buah binjai, ikan terubuk masin goreng dan ikan kembung goreng..sudah cukup menambat selera.Amin rezeki

Alhamdulillah terima kasih kepada emak dan ayah yang sangat bersifat kekeluargaan,
selalu sangat bawak pergi bercuti kemana sahaja, sikit pon tak kedekut dengan anak-anak.
Bagi apa yang anak-anak nak tanpa mengungkit atau mintak semula.
Sangat memahami anak-anak walaupon takda benda yang aku lakukan dalam hidup yang dapat membanggakan mereka...mungkin belom tiba masanya.
Terima Kasih Ya Allah sebab kurniakan aku emak dan ayah yang cukup sempurna.
InsyaAllah suatu hari nanti pengorbanan mak ayah akan ku balas walau macam mana pon kehidupan aku selepas nie..aminnn semoga Allah panjangkan umur emak ayah dan diberikan kesihatan yang baik.

Tiada ulasan: