Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 15 Disember 2013

Tahniah Sahabat


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah seorang sahabat baik sudah pun bergelar Puan,
Kejap ja masa berlalu, tengok dah kawen dah, kalo ikutkan ramai membe kelas yang dah mendirikan rumah tangga, tapi yang paling rapat dengan kita mestilah kita terasa kan.

Teringat lagi zaman sekolah dulu, saya banyak belajar daripada dia lah,
Kami kelas sama-sama 4 dan 5 Al-Farabi ( kelas Akaun )
Kalo bergaduh, kecik hati tu perkara biasa lah kan dalam persahabatan.
Dulu, dia amik lesen motor, saya pon amik..dia amik lesen kereta, saya pon amik.
Kalo bole semua nak sama..haha

Orang pertama yang ajar saya pakai contact lens, bawak jalan, tidur rumah.
Petang-petang habis kelas tambahan ja singgah makan laksa.
Abis sekolah, dia ajak kerja..pastu saya pulak ajak dia g belajar komputer..haha
Lawak betul bila teringat zaman belasan tahun.
Rindunya lahaiii.

Perkara yang tak boleh lupa, malam tu tido rumah dia.
Esoknya tu mak call cakap anak hamster saya semua dah mati.
Punyalah sedih sampai nagis-nagis.
Betapa baiknya sahabat saya nie, ajak g beli hamster baru...hehe
Terima kasih syaz.

Then, kami terpisah sebab masing-masing sambung belajar,
syaz dapat politeknik dekat ja dengan rumah dia.
Saya pulak jauh di Seri Iskandar, perak masuk UiTM,pastu sambung degree di UiTM Shah Alam pulak, bertambah-tambah jauh lah kami.

Tanggal 8 Disember 2013 (Jumaat) sahabat saya sah menjadi isteri kepada suaminya Naim,
Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja..saya pulak rasa cam nak nagis.
Dia steady ja boleh gelak-gelak lagi.

Sedikit sebanyak gambar semasa majlis pernikahan Syazlyana dan Naim.


Hantaran yang sangat sweet, buat sendiri tau oleh kawanku.
Omgggg...benda first yang saya nampak adalah jam Rolex tu, sangat cantik okeh.

Yang comel lote nie model hantaran kita.

Serius cantik...makeup nampak flawless ja..suka.

Saat kemuncak.

Pasangan mempelai yang secocok..bagai merpati dua sejoli.

Hantaran kedua-dua belah pihak..tak tau lah jumlah yang sebenar berapa.

Bergambar dulu dengan Puan Syazlyana..hehe

Pada 15 Disember 2013 (Sabtu) diadakan kenduri sebelah pihak perempuan.
Malangnya terlupa bawak camera dan sempat snap guna camera enset ja..sob..sob
Ikutkan hati nak duduk lama-lama tapi sebab datang dengan mak ayah, pastu ada kenduri tempat lain,
so, terpaksalah pulang awal.

Cantik sangat baju syaz masa nie, dengan fresh flower hand bouquet...pelamin pon sangat cantik.
kenduri aku nanti takda semua nie..huhu, yang penting bakal pengantin amik berkat.

Selamat Pengantin Baru Syaz, semoga berbahagia selalu dengan insan tersayang,
Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah.
Jangan lupa buat anak comel-comel tau..haha

Kenduri aku nanti jangan lupa mai, masa tu maybe hang tengah pregnant..sonoknya..haha
Terima kasih jemput datang kenduri, dan terima kasih jugak jadi sahabat aku selama nie.
Semoga hubungan persahabatan kita kekal selamanya.Amin

1 ulasan:

Bie Cimbelang :) berkata...

Hai murni! Hee kte nak tnya camne awk try gain weight (previous2 entry). Nak gain weight jugak ni.. Kte mmg jenis sama bdn payah naik...