Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 27 Januari 2013

Hatyai Part 3 - Floating Market


Sambungan entry Hatyai Part 2,
Tempat ke-3 tempat yang paling best antara semua,( Floating Market )
Banyak makanan yang sedap-sedap dijual disini dengan harga yang sangat murah.
Sedap..murah..banyak..menarik lak tu.

Rugi kalo ke Hatyai tak datang makan-makan disini dahulu.
Tak perlu risau pasal makanan sebab semua yang dijual disini HALAL
Bole dikatakan semua peniaga kat situ Islam dan bertudung serta berkopiah.
Melainkan kalo ke Floating Market di Bangkok, disitu kena pandai memilih makanan 
sebab kebanyakkan peniaga di sana tidak beragama Islam.

Ktorang sampai dalam pukul 4.00 p.m.
Floating Market nie mula beroperasi pada pukul 3.00 p.m. sehingga malam.

Di pintu masuk floating market nie ada gong besar

Gerai-gerai sepanjang jalan..banyak makanan bestttt

sotong bakar.sotong sumbat,isi ketam yang pasti murah.
10 baht = RM 1.00 / 20 baht = RM 2.00 / 25 baht = RM 2.50 sahaja

Hotdog dan telur puyuh goreng ( comel-comel telur puyuh tu)
setiap satu 20 baht = RM 2.00

Mangga muda, pulut, keledek purple n kacang tanah

ohhhh Miangkam fevret sepanjang zaman...sedap sangat
2 bungkus 50 baht = RM 5.00

 Betik dan Momordica Cochinchinensis ( carian oleh encik google)
Nak tau isi didalamnya, anda boleh klik sini

Inilah dia Floating market

Kebanyakkan makcik-makcik bertudung yang berniaga

 Pakcik berkopiah pon ada sedang menjual otak-otak

Otak-otak yang super duper sedap..teramat sedap sangat.
20 baht = RM 2.00 setiap satu.

ini cara diorg pulangkan duit baki...cool

Makcik nie jual air, kita pilih bekas apa yang kita nak samada seramik atau batang buluh,
Kita dapat bekas for free...kat straw siap ada bunga lagi..rajin diorg hias
Air berharga 25 baht = RM 2.50

Makcik nie pulak jual manisan macam jelly, ada pelbagai jenis bentuk buah-buahan,
cili,carrot, terung, pisang,manggis dll lagi.
 Jelly nie diisi dalam bekas daun pisang n ada juga seramik berbentuk itik.
Harga 20 baht = RM 2.00

Ini pulak dinamakan Dim Sum dan Pau..macam-macam warna..meriahhhhh

Ada jual soto, bihun, kerabu dan telur masin

Telur masin yang berwarna pink..so sweet
Ada banyak lagi warna, biru, kuning, hijau..baru seronok, nak makan pon rasa happy ja.

Ini makanan yang dibeli..tengak berebut-rebut mak ayah nak makan otak-otak..haha
Depan tu ketam goreng..3 ekor ketam berharga 20 baht = RM 2.00
murah sangat-sangat...dan ktorg beli air kelapa.

Ini pulak kentang putar goreng perisa BBQ dan Udang goreng Tepung.
Setiap cucuk berharga 20 baht = RM 2.00.
Berbaloi-baloi sebab udang tu besar dan puas makan.

Aiskrim coffee kisar bersama whipping cream n chocolate cair.
Harga 25 baht = RM 2.50...bekas dapat percuma.

Bekas air kelapa yang ktorg beli..cantik n unik

Ayah n mak pekena kopi dulu

 Coffee time :) buih ja banyak

Ini pula dibahagian atas..ada banyak gerai makanan dan souvenir 

Buah mata kucing dan nenas kecil

Pokok bromolied..baru tau nama pokok nie.
Cantik pokok nie,bole ditanam secara gantung mahupon letakkan dalam pasu.
Ada hijau, Merah, hijau merah, hijau pink, hijau pink belang n hijau tompok-tompok.
3 pokok 180 baht = RM 18.30

Mug nie sangat kelakar okeh.

Pembuatan cincin menggunkana kaca..Murah ja 3 untuk 50 baht = RM 5.00

Ulat, Maggots, Ulat kuang, belalang, cengkerik dan lipas goreng

Ulat kuang / ulat batang pokok..nampak cam best ja..hehe

Lipas goreng..besar kot lipas nie

Pokok hiasan yang comel..Harga 3 pokok untuk 100 baht = RM 10.20

Ikan keli bakar...menyelerakan bukan.

Lampu tidur..satu 100 baht = RM 10.00

Ikan laga / Beta fish

Lotus seed / kepompong bunga teratai..sedap kalo goreng

Barangan manik..Jam tangan, kerongsang, cincin, gelang n sepit rambut

Keychain manik..semuanya comel-comel..3 untuk 50 baht = RM 5.00

kuih kepit versi Thailand..colourful

Kuih taik itik,,manisan yang diperbuat daripada kuning telur.

Manisan berbentuk buah-buahan

Waffle and donut kecil

Air minerak jenama nestle....kau ada?

bergambar dulu 

Inilah tuk-tuk yang ktorg sewa, Pakcik tuk-tuk yang sangat baik.
Okeh ayuh kita pergi ke destinasi seterusnya.

bersambung.......

Hatyai Part 2 - Ice Dome


Sambungan entry Hatyai 1,
Sebenarnya malas nak buat entry panjang-panjang dan letak semua gambar dalam 1 entry,
Nanti jadi serabut.Cara terbaik,saya asingkan entry mengikut tempat-tempat yang saya lawati.
Lagipon gambar yang masuk blog akan selamat berada disini,
Kalo laptop rosak ke apa still ada backup gambar..itu gunanya blog

Tempat kedua yang ktorg kunjungi adalah Ice Dome.
Bermula dengan menyewa tuk-tuk di hadapan hotel dan hoyeeehhhh
mari kita enjoyy..wuhuuu

emak dan anak daranya

awang atir yang bajet macho

Perkara wajib setiap kali keluar..hehe

Mereka yang ku sayangi..muah..muahh

Sewa tuk-tuk agak mahal tapi berbaloi-baloi sebab antara satu tempat ke satu tempat agak jauh,
ktorg sewa dari petang sampai lah jam 9 malam,lama tuhhh
kesian pakcik tuk-tuk.,(sewa tuk-tuk 1500 baht / RM 152.50 )

Boleh dikatakan 98% rakyat Thailand tak boleh berbahasa English,
Biasa la tuh bukan semua orang boleh kan tapi diorg nie faham pun tak.
Ktorg nie mcm ayam itik bercakap...tak fahamm
Kalo Bahasa Malaysia kebanyakkan peniaga-peniaga yang tau terutamanya peniaga Islam.
Bayaran masuk ke Ice Dome 300 baht = RM 30.50 untuk dewasa.


Patung-patung kain di hadapan pintu masuk Ice Dome.


sawadeeka.....kembang kempis hidungku

kakak kurus adik pon kurus..genetik begitu

posing dulu


yeayyyy...dapay jaket pink


Selepas selesai pakai jeket n sarung tangan,
duduk dan dengar penerangan daripada staf terlebih dahulu..bahasa Thai oiii..tak fahammm.
bermulalah masuk peti ais...sejukkkkk


















 Semua arca dan ukiran samada bagunan mahupon binatang diperbuat daripada 100% ais,
cantik sangat...siap ada lampu-lampu lagi...meriah gitueww
Ukiran yang berwarna nampak macam puding..rasa nak makan sebab nampak macam manis.
banyak sangat macam.

bersambung........