Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 2 Ogos 2013

Padang & Bukit Tinggi Part 3


Assalamualaikum w.b.t
Okeh sambungan daripada ho holiday part 1 and part 2
banyak tempat yang menarik yang saya kunjungi..sangat seronok
rasa macam nak buat rumah kat sana pastu ujung minggu pergi duduk (banyak duit kau)
Suasana disana sangat seronok sebab 90% majoriti orang beragama islam.
Peniaga islam..pergi semua tempat orang islam yang banyak..alangkah seronoknya.
Banyak masjid...bole dikatakan sepanjang jalan ...Ya Allah seronok sangat-sangat tau.
Perasaan jadi lain bila pergi ke sana..kalau mengaku orang indonesia pon saya mahu..hehe

Pagi-pagi bangun siapakan diri...sarapan dulu di hotel sebelum keluar meneruskan aktiviti.
Makanan yang disediakan teramatlah sodappapap...memang sangat sedap

post ala-ala model wajib ada..tehee

nampak tak..yummmm

nasi goreng,mee goreng yang rasa macam mee sedap dan tempe ikan bilis

masakan yang menambat hati..nasi himpit dimakan dengan masak lemak nangka muda..sedapppppp

dessert yang menawan kalbu...pisang goreng cheese...sedap sangat..tambah 5x

Maktok n atir makan sampai tak pasan orang snap gambar

emak yang sentiasa bersedia bab snap gambar nie

begitu juga anak daranya..mana tak tumpah kuah kalo tak ke nasi kannnn

After breakfast, berehat perut di lobby sementara tunggu Pak Jufri sampai.


Big boss

Masa yang ditunggu-tunggu,pagi-pagi dah pergi melawat lobang jepang (Lubang jepun)
actually ini adalah tempat tinggal orang jepun pada zaman penjajah dahulu...tapi yang hairannya...lubang tu sangat besar dan luas..siap ada bilik-bilik lagi.
Macam mana diorg korek tanah agaknya n dimana tanah tu dibuang...itu persoalannya??

Pemandangan pagi yang indah dan nyaman...Alhamdulillah

Pintu masuk ke lubang jepang

beratus anak tangga rasanya...turun ok steady

naik..semua penat



muka still letih sebab masa nie baru je abis degree show terus pergi bercuti.

Destinasi yang ke-2..paling menarik antara semua.
Ktorg ke rumah menjual barangan kulit..yang dijual dengan harga yang sangat murah.
Lokasi atas bukit yang sangat nyaman..seronok

Sebenarnya lokasi utama ktorg mahu ke bekas gunung berapi
disekeliling bekas gunung berapi terbentuk tasik yang sangat luas.
apa yang ada dalam tasik tu taktau lah.
Suasana tanah yang subur dan pokok-pokok padi yang masak rasa cantik sangat.
Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Bawa anjing untuk memburu babi daripada merosakkan tanaman.



 kedai kulit

Pemandangan daripada kedai barangan kulit.

Teruskan perjalanan dan singga di gerai menjual kacang tanah original tanpa pengawet.
100% sedap,bersih dan enak banget.

fevret ayah adalah kekacang


sawah padi/ padi bukit...pemandangan lubang bekas gunung berapi terbentuk tasik

duduk di gerai dan makan
dan menikmati kuih-muih tradisional indonesia
takde beza pon dengan Malaysia..sodap lembut
macam biasa apam, bengkang, popiah dll








Suasana kedai makan yang best macam tahun 80-an je

Then,kebetulan ada pakcik jual durian di luar kedai.
Ktorang pon beli lah sebiji sebab nak rasa...resultnya urmpppppp
manis,lemak berkrim disukai ramai...makan seulas pon dah puas sebab isi tebal dan berlemak.
harga jangan tanya lah...murah teramat RM 8.00 untuk sebijik besar gedabak.

Sedar tak sedar dah masuk waktu zohor..Pak Jufri nak berhenti solat.
Ktorg musafir takpe....tapi nak juga solat sebab terpenggun dengan nama masjid nie.


Masjid nie sangat cantik dan wangi.

Teruskan perjalanan ke destinasi terakhir.
Istana Pagaruyung...Sumatera Barat
Istana yang sangat cantik..tengok istana nie rasa kagum dengan senibinanya
macam dalam cerita dongeng pulak bila datang ke sini.

bentuk minangkabau.

happy family :)



kuda untuk ditunggang


istana kecil dan comel..macam cerita cartoon

ukiran bunga timbul yang mantoppp


cantik sangat...menangis tengok

Selesai sudah percutian 3 hari 2 malam di Bukit Tinggi,Indonesia.
Pengalaman yang sangat best...ada rezeki nak datang lagi..Insyallahh
Terima kasih kat mak ayah yang sponser hidup ini...hehe
Insyallah nanti murni balas balik jasa mak ayah yang tidak ternilai tu..aminn