Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 12 Oktober 2013

Berdua lebih baik



Assalamualaikum w.b.t dan salam subuh
saya suka menaip entry di pagi hari sebab saya rasa otak tengah fresh so dapat karang ayat dengan jumlah yang banyak..keh..keh dan juga sifat rajin muncul untuk membina ayat yang bernas..ye dokkk

mari kita mulakan dengan 'bismillahirrahmanirrahim'
dan juga selawat keatas nabi 'allahumma salli ala sayyidina muhammad' (3x)
semoga pagi kita diberkati hendaknya...amin

Okeh jangan salah sangka ya n cakap saya nie bajet alim ke tak sebab perkara nie tak menunjukkan kita nie alim ke tidak sebab apa..sebab semua orang islam tahu dan amalkan setiap hari kan.
Dalam setiap pergerakkan kita, kelakuan kita dimulakan dengan bismillah.
tanamkan sifat husnuzon dalam diri dan sesama umat islam...okehhh

Kan dah cakap, intro pon dah panjang kan.so, entry kali nie nak cerita tentang kawan saya.
Saya ramai sangat kawan bernama ain nie..kebanyakkan semuanya baik-baik belaka.
Dalam entry nie nak cerita kawan saya yang bernama Nurrul Ain..sangat comel orangnya, ayu n manis.
kadang-kadang tu manja terlebih, rasa nak siku ja..hahaha (lawak ja ain nohh)
harap-harap dia tak baca lah entry nie..hehehe

Yang bagusnya ain nie, dia suka berjalan, samalah macam saya..dia suka shopping sama jugak,
dia suka makan laksa pon sama..kami slalu keluar berdua kemana-mana sahaja.
Selalu kongsi masalah n pendapat..kongsi kesedihan dan sebagainya.
Apa yang saya nak, ain tunaikan dan apa yang ain nak saya tunaikan selagi termampu.
semoga persahabat kita kekal sampai bila-bila..takmau gaduh-gaduh..takmo..takmo okeh
saya sayang dia sangat-sangat tapi tak pernah cakap lah kang nagis jugak dia kat situ sebab terharu.
harap-harap ain tak sedih lah nanti bila saya dah jadi isteri orang, milik orang.
dah tak boleh keluar bersama-sama lagi..sob..sob..sob
'jaga diri baik-baik tau ain...jangan makan banyak sangat, patut aku yang makan banyak'

Setiap kali cuti mesti keluar dengan ain dan fatin,
kami sentiasa bertiga tapi sekarang susah keluar dengan fatin sebab dia belajar S.Alam,
so yang tinggal kat penang nie hanya saya dan ain sahaja.
Kali nie dah lain sebab tiap kali keluar mesti ada agenda, iaitu membeli barang hantaran,
jumpa wedding planner, semuanya untuk persiapan kahwin lah.
Sorilah ain, banyak susahkan hang, hang banyak sangat membantu,
Terima kasih tau :) wink..wink

Tiap kali keluar mesti makan..tak makan tak sah.
Aritu ain ajak makan dekat seoul garden sebab dia teringin sangat.
saya ingat kat penang nie cuma ada satu ja dekat Autocity rupanya ada banyak..
tulah lama tinggalkan penang sampai tak tau dalam penang ada apa.
So, kami decide untuk pergi dekat Queensbay Mall dan alang-alang tu shopinggggggg..hehehe

nampak tak sayur tuh..nyam..nyam
kami pilih kuah tomyam...sedap tapi pedass

ada ayam pelbagai jenis,seafood n sayur (ain tak makan sayur)

Dari tak tau guna chopstik terus pandai guna..hehe
Bila dah pandai semua nak letak kannn.


Bertapa gembiranya terpancar di wajah ain yang comel tuh..hehehe
Memang makan sungguh-sungguh...tak toleh kiri kanan dah kan ainnnnn.
Macam-macam kami amik, makan sampai nak pecah perut...kembung air punya pasal.

muka kelaparan dan bajet ayu (bak kata budak-budak yang tak kenal)
mata tanpa eyeliner ternyata kecik benorr


Nahhhh..amik terpampang beso muka tuan blog yang berdarah manis ini..hehe
sebenarnya muka tak flawless sangat pon..parut banyak..ini sebab lighting yang molek.
sampai tahi lalat pon tak nampak..wajah pon nampak berseri-seri.

Pastu..pastu nak letak jugak gambar masa kami makan di Kenny roger's

 sweetnya ain sebab editkan gambar nie..hehe

Then, kami beli beg yang sama..cantikkkkk
Tapi beg nie beli di Jusco...pada mulanya nak beli hari isnin tapi tengok harga 
OMGGG...sampai 300++..terkubur harapan tetiba sinar datang, ayat takleh blah.
akak promoter datang cakap kalau datang hari sabtu ada diskaun sebanyak 70%..berpinar biji mata
hambikkkk hanggg 70% banyak tuhhhhh....so, harga beg nie juz tinggal RM 104.00 sahaja.
Kebetulan hari sabtu ain ponteng kerja, kami pon pergi membeli dan hampir-hampir berebut dengan orang.
Dasyat tak jalan cerita..sanggup tunggu dari isnin sampai sabtu tauuu.


ni haaaa begnya punnn

2 in 1..boleh ubah ikut kesukaan..nak pakai warna pink boleh, biru pon bole.

Rasanya dah bole berhenti menulis kot..next entry nak cerita pasal kahwin jelah.
seronok sangat dapat sahabat yang sekepala nie...rasa bahagia sangat..hehe

p/s: Jika sahabat anda benar-benar ikhlas berubah biarkanlah dia berubah, tidak perlu mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar kerana kata-kata itu akan termakan diri anda sendiri.
mungkin bukan pada anda tetapi dibalas pada zuriat anda..fikirkan lahhhh.
kebaikan datangnya dari Allah dan keburukan datangnya dari diri kita.

Berdakwah pada diri sendiri tu penting, ajak diri sendiri ke arah kebaikan, jauhi kemungkaran.
Perlahan-lahan berubah...InsyaAllah...Allahu Allah