Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 21 Oktober 2013

DIY: Guestbook d.i.y


Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi, mulakan hari dengan senyuman.
Sebelum tu jangan lupa baca doa dipermudahkan segala urusan.
'Rabbi yassir wala tu'assir,rabbi tammim bi khair'
Ya Allah permudahkanlah jangan persulitkan ya Allah sempurnakan dengan kebaikan.
Amin.

Okeh,nampaknya guestbook mendahului semua, aritu turun Shah Alam singgahlah kedai buku yang famous dikalangan student art nie, terletak di Seksyen 7.
Then, belilah buku hardcover, sebenarnya itu adalah skech book tapi lantak lah,
lepas beli buku tu excited sangat-sangat dah nak buat guestbook nie tapi apakan daya, kemalasan yang terlampau sangat, tersadailah buku tu bawah katil.

Semalam, mimpi apatah tetiba rajin nak menghias buku tu...nampaknya dah gatai tangan sangat-sangat nak berkarya nie..kononnya
Pastu terfikir barang-barang takde nak hias, kebetulan pulak tengah mengemas setor jumpalah bahan-bahan yang tak terpakai, beli bukan main lagi pastu buat pekasam.
lalu, saya pon taknak lah membazirkan, membazir tu kan amalan syaitonnn
Pakai ja barang apa yang ada, menggelakkan diri daripada membeli sebab taknak susahkan mak ayah asyik mintak duit je kan. ( anak yang tak bertanggungjawab..sob..sob )

Terhasil sebuat guestbook yang kusam warnanya..haha 
coklat kuning-bahan warna nie ja ada (redho)

kos:
Buku kulit tebal saiz A3 RM 39.90 ( ada kad ahli tinggal RM 36.90)
Hiasan kad: RM 7.00 ( Mr. diy)
Riben, manik, lace dan kain : (barang yang sedia ada dirumah)
Total: RM 44.00..less than RM 50.00 kan.

Ini untuk hiasan atas guestbook table nanti..murah ja, beli di Mr.diy

Serabut..bahan-bahan yang digunakan

in progress

belek punya belek rasa ada benda yang kurang, pastu tambah sedikit demi sedikit sampailah puas hati.
Gambar last fully lengkap.

Close up guestbook bunga-bunga cinta..tudiaaa
Guestbook version jimat kos daripada saya.






Mudah je nak menghias guestbook nie..buat dengan ikhlas..kompen menjadi.
Orang cakap selagi bole jimat kos dan mampu buat sendiri..baik buat sendiri ja..baru puas hati kan.
Kalo tempah range harga dalam RM 100 dan keatas.
Yelah bahan-bahan digunakan mahal dan kos upah lagi..memang patut letak harga tu.

Untuk bunga saya gunakan kain chiffon, potong bentuk bulat dalam 4-5 saiz yang berbeza.
Kemudian, layur tepi-tepi kain tu atas api..automatik kain tu akan melengkung.
Susun saiz besar bawah dan kecil atas..lastly letak manik pelbagai saiz untuk penambah seri.


Tengok nie, belom sempat guestbook siap dah buat setting, padahal setting atas katil ja..haha
Yeayyyy...sangat happy bila guestbook dah siap..boleh fokus benda lain pulak nanti.

Step terakhir, print nama dan tampal.siapppp