Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 26 November 2013

Random post: Persiapan demi persiapan


Assalamualaikum w.b.t
Allahuma sholi ala sayyidina muhammad (3x)
hahhhhh setelah berfoya-foya dengan bakal tunang hujung minggu lalu,
arinie nak cerita sedikit sebanyak progress untuk majlis nanti.

Yeayyy...akhirnya kitorang dah decide untuk memakai baju bertemakan gold untuk majlis bertandang nanti.
Gambar-gambar takleh masukkan sebab nak kasi suprised..boleh percaya ka??

jeng...jengg..jengggg 

Sabtu lepas tunang datang ke penang dengan membawa kad kawen yang telah siap dicetak.
Kesian datang naik bas bawak berkotak-kotak.
Takpa demi family tunang tersayang kan...semua boleh..hehe
Terima Kasih banyak-banyak ler awok.

Kad kawen dah siap cetak..hasilnyaaa sangat-sangat memuaskan hati.
comel sangattt..comel tak terkata..hambikk
Kad kawen nie disertakan dengan sampul putih sekali.
Bermula lah pekerjaan tanpa gaji, duduk saja-saja isi kad dalam sampul.


comel kan..kan...kan

Then, apa yang seronok, tasbih tempahan pon dah siap mengikut tema yang ditetapkan.
Hasilnya sangat cantik...suka sangat.

saya pilih warna purple plus kuning..tengok yang real lagi cantik dari gambar tau.

Jumaat aritu birthday saya, sabtu tunang datang konon-konon nak sambut birthday lah.
Then, saya suruh sambut hari ahad...malangnya tak kesampaian.
Hari sabtu ja sempat keluar makan-makan dan jalan-jalan.

banyak betul amik makanan...hehe

bole nampak perubahan..pipi dah naik..hoyehhh

macam biasa makan di tempat fav..seoul garden, tapi kali nie di Gurney Plaza,Penang.
Keesokan harinya, saya diserang cirit-birit, muntah serta demam serentak..maybe food poisoning,
tapi tak tau punca dari makan apa...sehingga la harinie dah beralutan  sehingga 3 hari berturut-turut cirit-birit.
bole kurus camnie...huarghhhh baru ja nak gemok sikit dah cirit-birit.

So, paling sedih tak jadi sambut birthday di Domino's..juz pergi beli tapau bawak balik rumah.
Itu pon masa g beli dah pening-pening muntah-muntah dalam kereta.
Bau pizza pon dah tak bole..penangan cirit-birit terlampau.

Paling tak puashati, sempat makan 2 keping, selebihnya dimakan oleh abangku...hurmmmm
Daripada 2 kotak..nanti suruh dia ganti..baru dia tau adik dia kedekut.hehe

yeayyyy...dapat hadiah birthday daripada ayah dan emak, setelah enset lama dah tak bole on.
Terima kasih mak ayah, sayang mak ayah sangat-sangat.

Ingatkan, masalah cirit-birit nie dah baik, bole pulak keluar dengan mak ayah g shopping,
makan tak ingat dunia, makan mee ketam special, laksa penang padahal perut blom stabil.
Arinie punya cerita menagis lah daku menahan keperitan dan kesakitan perut yang amat dasyat.
sebarang bentuk makanan atau minuman yang masuk pasti keluar kembali...samada melalui mulut atau tutttt.
pening kepala sangat-sangat, tapi malam nie macam okeh sikit, curi-curi update blog..hehe

cantik tak..cantik tak...ingat nak beli sebab ayah pon on nak belanja...then pikir semula,
nantilah beli sebab nak survey tempat lain pulak, mana tau jumpa lagi cantik daripada nie kan.
btw kasut nie daripada sembonia. ada tiga color, gold, hitam n silver.

Hahhh, berita baik untuk diri sendiri...saya dah betul-betul kompem nak buat pelamin ala-ala cenggini.
dah siap edit guna photoshop tau...macam cantik jerr kannn

google images

meja makan beradap nak swoh letak bunga banyak-banyak sebab nak tutup makanan pengantin yang ala kadar tuh..hahaha

google images-so in love w this...sukaaaa

Asyik fikir pasal pelamin ja, terpikir pulak tentang hand bouquet, patutkah saya d.i.y or tempah sahaja.
Hurmmmm....sangat-sangat berkenan bunga hidup tapi tak tahan nanti.
so, saya mengambil langkah selamat untuk memilih pearl hand bouquet...cantik pon cantik tau.

google images

google images

Sukanyaaaa....cantik sangat-sangat tau..modal yang banyak diperlukan..hurmmmmm
It's okey, nanti saya pilih jalan untuk berjimat...hehe

ok, cukup sudah entry untuk kali ini.
Sebelum mengakhiri entry kita kena tempek seketul dua wajah tuan blog..hehe


hopefully semuanya berjalan lancar..Amin

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah

Doakan kebahagian saya dan bakal suami till jannah.