Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 31 Disember 2013

Antara minat dan bakat


Assalamualaikum w.b.t
Malam nie terasa nak hupdate blog la pulak.
Sebab dah kumpul banyak-banyak gambar yang nak dimasukkan.
Setiap orang ada minat tersendiri, macam saya, saya minat melukis dan memasak.
So, berbekalkan bakat melukis yang ada, dari situlah pupuknya minat.
bila dah bole melukis, masakan pon dianggap satu seni dalam perlaksanaanya.
Saya suka hias makanan..kalo bole nak ceduk nasi pon nak berseni..nak hias-hias.
Terpengaruh tengok Master Chef nie..haha

So, benda yang paling saya suka buat adalah dessert,
Saya sangat suka mencabar diri membuat sesuatu yang sukar, sebab dessert nie perlukan teknik yang betul.
Agak sukar lah nak menghasilkan perfect dessert.
Saya pon banyak belajar dari youtube dan dapatkan tips dari blog masakan.
Bagi saya memang susah belajar dessert nie sebab saya hampir putus asa .

Sebagai contoh pavlova, teknik dan cara penghasilan sangat lah leceh.
Walaupon bahan-bahannya kurang tapi memang sangat layak dijual dengan harga yang mahal.
Untuk pavlova, percubaan kali ke 4 baru menjadi dengan sempurna.
Sekarang dalam proses menghasilkan macaroon..dah masuk kali ke 4 masih belum berjaya.
Usaha tangga kejayaan...hehe

Pavlova adalah fevret saya..suka sangat sebab texturenya macam marshmellow.
Lembut dan manis..siapa yang tak tahan manis tidak digalakkan makan.

Pavlova saiz mini

nyummmmm

2 tier pavlova

Sengaja buat gemuk-gemuk

Pavlova untuk majlis makan-makan bersama family

Pavlova berserta ucapan.

Menghias cupcakes paling seronok
Alhamdulillah kali nie mendapat tempahan.
Selain daripada improve skill..saya juga dapat mencuba resepi baru.
Kali nie saya buat red velvet cupcakes with cream cheese filling.

ohh..terlupa sekarang barang dah naik harga, barang masakan pon dah mahal..hadoiiiii
Beginilah nasib rakyat biasa.(mengeluh seketika sambil fikirkan masa depan)

Cupcakes dibawah adalah request design daripada cust.
Cust kasi saya design dan saya tiru design tersebut.

suka sangat :)

Macam comel jerrr

harmoni

katak

lala bee

owl

ladybird

teddy

Bila dah ada cake lebih..mengada-ngada pulak nak hias.

comel kan.

Kesimpulannya, banyak benda yang saya belajar sendiri..kebanyakkan tengok gambar dan ikut step by step.
Alhamdulillah bila tangan dah berseni buat apa pon menjadi.
Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku bakat semulajadi yang sangat bernilai.

Insyallah masuk Februari nanti bagi yang tinggal sekitar kuantan bolelah kalo nak tempah.
Email: ekinmurni@gmail.com
Facebook: Eykin Murnie