Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 7 Januari 2014

Memory 2013


Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim

Tak terlambat lagi rasanya untuk membuat ucapan dan entry sempena tahun 2014.
Tahun nie umur saya sudah pon mencapai 23 tahun..macam tak percaya ja.
Terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita.
Baru ja rasa tamat tingkatan 5, rupanya sekarang dah pon tamat degree.
apa-apa pon Alhamdulillah masih lagi hidup dan sihat di samping keluarga tersayang.
Terima Kasih Ya Allah.

Banyak perkara yang saya tempuh sepanjang tahun 2013 yang menjadi kenangan pahit dan juga kenangan manis.
Bagaimana daripada sebuah persahabatan menjadi permusuhan.
Daripada perkara yang positif hinggalah negatif.
Semua itu ada ujian, sejauh manakah tahap kesabaran kita dalam diri.
Perkara-perkara beginilah mengajar kita erti kesusahan, kesenangan, kehidupan dan kematangan.

Kita imbas kembali detik-detik or perkara-perkara yang berlaku semasa tahun 2013.

Keluarga:
Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja, rezeki keluarga bertambah-tambah.
Ayah dan emak membawa saya bercuti diluar dan didalam negara.
Ayah menukar kereta baru yang diberi nama Oppa...haha
Sebab kereta tu buatan Korea.
Kasih sayang terhadap ayah emak adik dan abang tak pernah pudar.
Sentiasa mendoakan kesihatan yang baik dan perkara-perkara yang baik sahaja untuk mereka.
Hubungan kekeluargaan bertambah erat.

Raya 2013

Padang & Bukit Tinggi, Indonesia

Hatyai, Thailand

Melaka

Sarawak

Terengganu & Kelantan

Cameron Highland

Persahabatan:
Banyak perkara yang berlaku tanpa disedari mungkin terlalu pentingkan diri atau mungkin masing-masing stress dengan final sem.
Kawan yang pantang ditegur dan menganggap teguran itu sesuatu yang serius sehingga putusnya persahabatan.
Terlalu beri muka sehingga dipijak kepala.
Rupanyan wujud friend for benefit malah terlalu ramai.
Muhasabah diri dan meminta maaf walaupon tak tahu salah siapa tetapi malangnya ego mereka terlalu tinggi..itu hal mereka dengan tuhan..tugas saya sudah selesai.
Sahabat sekolah masih lagi setia dan ada juga yang membawa haluan masing-masing.
Ada juga yang sudah bergelar puan..hehe

Raya 2013

Cameron Highland, Pahang

Syaz kawen

Percintaan:
Pada tahun 2013 adalah tahun yang ke-3 kami mengenal hati budi masing-masing dan masih lagi mengenal antara satu sama lain.
Akhirnya, kami diikat dengan ikatan pertunangan pada 12/8/2013 (Raya ke-5).
Mungkin terlalu awal bagi saya ketika itu, Insyallah jika sampai jodoh tak kira usia kita berapa pon. Kami bakal membina masjid tidak lama lagi, semoga hubungan ini diredhoi Allah dan kekal hingga ke Jannah. Amin

convo

Makan-makan

Pertunangan


Pelajaran:
Pada tahun ini merupakan sem akhir yangs angat mencabar sebab adanya degree show untuk kos saya iaitu fine art (seni halus).
Alhamdulillah selesai sudah sesi pembelajaran untuk degree tetapi masih belom grad disebabkan oleh thesis yang terlewat hantar. Tapi saya bersyukur kerana disebalik ujian yang Allah beri pasti ada ganjarannya.
Mungkin saya tak dapat grad sekali dengan rakan-rakan batch saya, tetapi janji Allah itu pasti.
Insyallah pada tahun 2014 ini saya akan grad ditemani suami dan.........
Insyallah jika dikurniakan rezeki awal. Amin
Semoga dipermudahkan segalanya.

 Degree show

Dinner
Arabian Night

ETP

fine art forever

Kerjaya:
Buat masa sekarang saya hanya fikir persiapan untuk hari bahagia dan juga siapkan thesis yang perlu dibuat semula. Namun, dalam kesibukkan ini, saya sempat mencuba nasib dalam membina kerjaya.
Pada mulanya, saya menjalankan perniagaan secara biasa-biasa untuk tempahan props majlis.
Untuk bisnes props ini sambutan agak bagus, dalam masa 2 bulan saya mendapat 5 orang customer. Itu cukup menggembirakan saya sebab props ini digunakkan untuk majlis, so bukan semua orang akan beli, lainlah kalau tudung pasti ramai beli.
Ohhh....saya dah lupa, sebelum perniagaan props saya ada menjual tudung bersama sahabat baik saya.
Ktorang juz cuba nasib dan ambil pengalaman dalam perniagaan.
Mungkin nasib tak menyebelahi sebab tak ramai order on9, ramai yang beli secara face to face.
Keuntungan tetap juga dapat.
Saya juga mengambil order untuk cupcakes fondant yang comel.
Untuk tempahan cupcakes, bagi yang mengenali saya saja yang tempah sebab saya tak buka for orang ramai sebab nanti tak menang tangan nak handle semuanya.
Saya ada menyertai kursus untuk membuat buku cerita, dengan menghadiri kursus ini tak disangka-sangka itu adalah rezeki saya, saya ditugaskan untuk melukis berdasarkan jalan cerita dan skrip yang disediakan penulis. Dengan melihat bakat yang saya ada, saya dioffer untuk menjadi illustrator untuk sebuah syarikat dan juga under sebuah Jabatan. Tetapi saya tidak dapat menerima kerja ini disebabkan banyak faktor, salah satunya saya akan berkahwin dan tinggal di kuantan tempat bakal suami.
Tetapi saya tidak kecewa, kerana saya pasti rezeki itu akan datang dan bertambah selepas kawen nanti.









Kesihatan:
Alhamdulillah buat masa sekarang kesihatan baik cuma baru-baru ini saya membuat ujian darah dan mendapati saya kurang darah dan platelet dalam darah rendah.
Saya dinasihatkan oleh doc untuk sentiasa menjaga diri, jika saya mendapati hamil kena sentiasa dipantau takut berlaku pendarahan semasa atau selepas melahirkan anak.
Saya sangat happy sebab berjaya naikkan berat badan saya, orang selalu cakap saya keding sekarang nampaklah berisi sikit...no more keding ding ding
Sebenarnya banyak perkara yang tidak disangkakan berlaku, saya jatuh lubang lah, saya melecur separuh badan. Saya anggap ini sebagai penghapus dosa-dosa saya.
Paling saya tak bole lupa adlah masalah jerawat yangs angat teruk dalam hidup.



Kewangan:
Bab kewangan masih lagi bergantung pada ayah dan emak, dan juga tunang..haha
Duit yang saya dapat saya gunakan sepenuhnya untuk persiapan perkahwinan, shopping untuk diri sendiri tu masa awal-awal tahun sahaja, masuk pertengahan tahun dah sibuk nak beli barang kawen.
Tapi dalam membeli itu dan ini rezeki saya tak penah putus, sumber kewangan sentiasa ada walaupon saya sebenarnya seorang yang boros.
Masuk tahun ini, azam saya tidak boros dan bijak menguruskan kewangan sebab nanti saya menjadi suri rumah sepenuh masa untuk beberapa bulan..hurmmmm



Alhamdulillah sudah masuk 2014.
2013 melabuhkan tirai.
Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.
Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
sama-sama kita mencari keredhoan Allah pada tahun ini.


Tiada ulasan: