Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 10 Januari 2014

Persiapan Perkahwinan Part 4


Assalamualaikum w.b.t.
Dup dap dup dap tinggal lagi 3 minggu dan 1 hari untuk majlis kami,
Dalam kiraan hari tinggal lagi 22 hari.
Ya Allah dah mula rasa macam-macam dalam hati nie.
Sabar, sabar dan tenang..huhhhh

Sebelum mulakan entry saya nak cerita sikit tentang kahwin muda dan pendapat sesetengah pihak.
Kawen muda itu sangat bagus, banyak kebaikan kawen muda tapi,
hahhh tapi kita kena tengok pulak diri kita macam mana.
Jangan kita tengok member kawen kita pun turut nak kawen jugak..duduk sorang-sorang muhasabah diri,
Tolong pikir masa hadapan jangan kita fikir waktu sekarang, waktu muda nie.
Waktu muda memang seronok nak kawen sebab tengah hangat bercinta, semua bole kongsi kan.
Nanti bila dah masuk alam perkahwinan semuanya akan berubah.
Saya cakap ini untuk peringatan diri sendiri jugak.

Saya bagi contoh, seorang perempuan yang tak tau masak, tak tau mengemas tapi nak kawen.
Nak kawen boleh tapi kena ubah sikap tu dulu..memang kita bole belajar benda tu selepas kawen.
Tapi dalam pemerhatian saya tak, kalo macamtu perangai dia semasa muda, perangai tu akan terbawak-bawak selepas kawen..percayalah.
Semua orang boleh masak, tapi samada sedap atau tak..bagi saya kalo nak masak biar sedap.
Semua orang bole mengemas, masalahnya kemas tak macam kemas. 
bagi saya kemas biar rapi dan bersih..takda istilah kotor tapi kemas.
Memang masa tengah bercinta pasangan kita cakap " sayang, i tak kisah u tak pandai masak, u bole belajar, tak pon kita makan luar jerr"
Larat pulak nak makan luar hari-hari kan tambah sekarang kos sara hidup makin tinggi,
Gaji 2k pon belum tentu cukup pada zaman sekarang nie.
Lama kelamaan laki kita pon dah bosan, kadang-kadang itulah yang berlaku pergaduhan.

Zaman kita nie semuanya pakai duit tau, jangan kita amik mudah semua benda.
Nak kawen perlukan duit, lepas kawen nak pakai duit, beranak pon pakai duit, ada anak nak pakai duit.
Nasihat saya nak cari calon suami biarlah yang bekerja dan berkemampuan untuk menanggung kita.
Tak kisahlah gaji besar atau kecil, sapa tahu rezeki kita nanti kan, berjaya dari sudut lain.
Asalkan bekerja, bukan duduk rumah goyang kaki isteri yang pulun kerja.

Itu hanya pendapat saya, kalau tak bersetuju tak mengapa...tapi dalam hubungan kena ada sikap toleransi.
Sikap bertolak-ansur sesama kita..saya cukup pantang lihat pasangan yang ego dan taknak mengaku salah walaupon tahu salah sendiri...apatah lagi mengeluarkan perkataan maaf..cukup payah.
Dannnnn saya tak suka pasangan yang bergaduh mengeluarkan kata-kata kesat pada pasangan,
Itu sangat tidak matang plus tidak sopan ok.
Jadi bagi wanita kahwinilah lelaki yang matang ,yang paling penting tidak panas baran dan cemburu buta.

Okeh dah cukup kot bebelan diatas..itu sebagai mukadimah entry kali ini 
juga merangkap nasihat pada diri sendiri.

Alhamdulillah barang yang ditempah sudah pon siap semuanya.
Hasilnya sangat cantik dan memuaskan hati.
Nak tau barang apa..jom tengok

Button badge nie untuk semua ahli keluarga dan orang yang terlibat dalam menjayakan majlis nanti.
Direka khas oleh bakal pengantin nie.

Excited sebenarnya nak tengok semua orang pakai mesti cun mehhhhh.

Bunting untuk diletakkan di pintu masuk dewan pon dah siap..cantik okehhh
terharu tengok muka sendiri yang besaq gedabak tu..malu la titeww nanti.

Purple color

Pink color

Seterusnya bahan-bahan hiasan untuk meja guest book dan sudut photobooth telah pon siap print.
Semuanya comel-comel belaka bertemakan glass jar,
Tak tahulah kenapa saya minat sangat glass jar nie.

Penat saya design benda nie..semata-mata nak tengok yang comel-comel.

 Untuk gustbook table

untuk photobooth..props belom buat lagi.

Arinie shopping kasut kawen..hoyehhhhh dapat sudah kasut yang berkenan di hati.
Yang paling best murah rezeki bakal pengantin nie.
G pilih kasut then org kedai cakap beli dua pasang dapat diskaun 20%,
Pastu gtau mak, akak sebelah dengar..akak tu pon cakap " xpelah la dik, kongsi dengan akak bayar sekali dapat harga murah"
Saya pon apa lagi on jelah sebab kasut 100++ dapat diskaun 20% kira berbaloi lah.
Alhamdulillah murah rezeki saya n akak tu arinie walaupon tak kenal.

Cantik tak bling-bling gitu...kasut nie akan dipadankan dengan bunga tangan pearl yang cantik.
Tunggu pearl hand bouquet sampai pulak.

Begitulah kisah persiapan part 4..nantikan yang part 5 pulak, kalau tak buzy dan sempat update.

Tiada ulasan: