Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 25 Mac 2014

Persiapan terakhir bakal pengantin



Assalamualaikum w.b.t
Akhirnya..Alhamdulillah selesai sudah majlis
Ikutkan tarikh arinie dah masuk 2 bulan berkahwin..kejap je
Saya pon sekarang stay di kuantan, ikut suami.
kerja saya surirumah sepenuh masa..hehe

Okeh, arinie baru berpeluang menaip entry persiapan terakhir sebelum majlis.
Ya Allah, tak dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa penatnya saya.
semua benda lakukan sendiri..tapi yang penting sangat berpuas hati.
Terima kasih jugak kepada ahli keluarga, jiran n sahabat yang banyak membantu.

Kita mulakan cerita, bila majlis dah dekat..pastikan goodies siap sedia.
Asingkan doorgift untuk kanak-kanak dan dewasa.


Konon-konon tema purple yellow...tetiba ada merah..hentam sajalah labuuu
Bunga telur digantikan dengan jelly orange..yummm

Manyaknya..part paling tak best masa angkut naik van..fuhhh ponek eden

Dah ada doorgift, hasruslah ada bakul dan hiasan yang comel-comel kan....hehe
suka sangat buat benda camnie...suka 3x



Doorgift kanak-kanak sagon dan waffle.
Hiasan bunga hijau untuk meja vip.
Hand bouquet manik..tempah sebulan sebelum kahwin. 


Beralih pula kepada pelamin..pelamin dipasang awal 3 hari sebelum majlis sebab majlis saya jatuh pada raya cina..so, tauke mau cuti maa..dia arahkan pekerja pasang awal.

Sebelum...wajah-wajah orang yang banyak membantu.

Inilah pelamin saya yang bertemakan purple white..sukaaaa!!!

Hiasan dalam dewan

Cantik kan..kan..kan
Pelamin dari AtuZ wedding house


Untuk meja makan pengantin juga dari AtuZ..cuma meja makan tetamu sendirian berhad punya.
Kain kitorg potong dan jahit sebab tak amik katering.
Ktorg gunakan khidmat kampung memasak.


Meja makan beradab daripada AtuZ Seberang Jaya


Then, saya hias sendiri photobooth dan juga guestbook table.

simple but nice kan..haha puji diri sendiri

Guestbook table

Baju pengantin juga sudah disiap sedia..baju juga dari AtuZ wedding house,
masa tu berdebar ja rasa...tak sabar nak pakai.

Putih akad nikah..Pink untuk dewan.

Hantaran semua siap...cincin untuk lelaki dibeli saat akhir..hehe


Part paling sedih adalah part kek kawen.
Order la kek daripada bakey terkenal jugak lah...kek fondant
Bayaran agak mahal sebab order kek fondant kosong putih bersih tanpa hiasan.
Apa yang saya dapat kek fondant yang sangat teruk rupanya walaupon kosong.
Rasa kecewa sangat...saya memang order kosong sebab nak hias sendiri tapi tak sepatutnya dia letak harga yang begitu tinggi sedangkan rupa kek sangat hodoh..sedih memang sedih.


Bole tahan..puji diri sendiri lagi

Nasib baik saya ada lah jugak skill menghias..hehe
nampak gayanya semua benda dari a sampai z saya buat sendiri.
Sebab tu orang cakap buat sendiri puas hati..ye dokkk

Okeh, ini saja entry persiapan terakhir saya..lepas nie tak sabar pulak nak update detik-detik terindah bergelar suami isteri, photoshoot, honeymoon dan banyak lagi..hehe


2 ulasan:

Zana Mk berkata...

Betul2..buat sendiri lagi puas hati.. btw SELAMAT PENGANTIN BARU :)

Zana Mk berkata...

SETUJU, rasanya lagi puas hati buat semua persiapan sendiri kan :)
btw, SELAMAT PENGANTIN BARU :)